BTC USD 63,257.6 Gold USD 1,746.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,520
Reaction score
1,949
Points
206
NUR FARHANA ABDUL MANAN | | 04 Mac 2021


989894.jpg

Harga daging tempatan dijangka naik sehingga RM45 sekilogram menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
A
A
PUCHONG – Harga daging tempatan dijangka naik sehingga RM45 sekilogram menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penternak lembu, Zainal Azhar Mohamed, 36, berkata, ia berikutan kenaikan harga dedak ternakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan Mac tahun lalu.

“Pihak kilang ada alasan sendiri bila ditanya mengenai kenaikan harga dedak, orang tengah pun mungkin punca harga naik.

“Kalau sebelum ini seguni dedak saya boleh dapat pada harga RM54, sekarang harganya sudah mencapai RM58,” katanya.

Zainal berkata, ketika ini harga daging tempatan sudah mencecah RM40 sekilogram dan tidak menolak kemungkinan akan mencapai RM45 sekilogram menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Isu kartel baru-baru ini menyebabkan pengguna kembali membeli daging tempatan dan dengan bertambahnya harga dedak, tidak mustahil harga daging akan naik lagi. Namun ia bergantung kepada kawasan dan permintaan.

“Sekarang pun harga daging sudah naik di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Desa Selatan Beef Sdn. Bhd, Kamaruzzaman Abdul Jalil berkata, terdapat banyak sumber negara import yang membekalkan lembu seperti Thailand dan Australia namun difahamkan kemasukan bekalan lembu dari Thailand pada tahun ini berkurangan.

“Peratus ternakan lembu tempatan sangat kecil tidak mampu menampung permintaan tinggi terhadap daging segar.

“Justeru, penternak akan membeli lembu pada usia setahun hingga dua tahun dari Thailand dan Australia untuk difidlotkan.

“Lembu itu akan diberi makan dan dijaga dalam tempoh setahun hingga dua tahun sehingga mencapai berat sepatutnya sebelum disembelih,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...ing-tempatan-dijangka-naik-hingga-RM45-sekilo
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,520
Reaction score
1,949
Points
206
odoh dah lamo x mkn daging fresh... mkn daging beger ajolah cmni burger ramly 6 keping dlm rm6.30, gaul2 dgn telur+roti+bawang buek cekodok burger makan2 sodap tuuu ekekekkeeke

dapeklah raso mkn daging walaupun burger ajo hehehe
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,774
Reaction score
1,609
Points
201
CNY skrip lain... dekat nak raya skrip lain
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,754
Reaction score
637
Points
126
3. Orang Kelantan akan cari daging lembu segar untuk hidangan makan. Bukan sejuk beku di kebanyakan orang negeri lain. Jadi jangan hairan, tengok tepi-tepi jalan orang berkerumun tunggu lembu tergantung daging segar tengah dilapah. Orang Kelantan rajin bela ternakan, jadi sumber daging banyak.

Rakyat Kelantan makan 30 ekor lembu sehari

UTU_KLT-LEMBU-KELANTAN009_preview.jpg
ZAKARIA Awang memotong daging lembu sebelum dijual kepada pelanggan yang datang ke gerainya di Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu berhampiran Kampung Jambu Merah, Melor pada 27 Februaru 2021. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU: Tahukah hampir 1,000 ekor lembu ‘ditumbangkan’ setiap bulan di Kelantan atau tidak kurang 30 ekor sehari sepanjang tempoh 2019? Dengan jumlah itu, negeri Cik Siti Wan Kembang jauh meninggalkan negeri-negeri lain yang merekodkan antara 10 hingga 26 ekor lembu disembelih sehari. Bilangannya juga didapati hampir setara pada setiap bulan, kecuali Mei (Hari Raya Aidilfitri) dan Ogos (Hari Raya…


Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,774
Reaction score
1,609
Points
201
masing2 da dapt KWSP kan??? tgk harga barang meroket sampai kebulan...

melayu ni memang wajib di tipu hidup2 la kot
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,704
Reaction score
2,627
Points
201
CNY skrip lain... dekat nak raya skrip lain


org kita ni RM45 pun beratur beli...lepas beli membebel harga mahal....raya kalau tak makan daging tak sah....peniaga pun tau...kalau RM60 sekilo pun org tetap beli..apa hal......hahahaha....aku pernah sekali.....raya masak mee kari seafood....sebab aku tgh sakit tak leh makan semau jenis daging......so berayalah dgn lauk seafood....hehe
 

noblegold

Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
2,038
Reaction score
79
Points
40
3. Orang Kelantan akan cari daging lembu segar untuk hidangan makan. Bukan sejuk beku di kebanyakan orang negeri lain. Jadi jangan hairan, tengok tepi-tepi jalan orang berkerumun tunggu lembu tergantung daging segar tengah dilapah. Orang Kelantan rajin bela ternakan, jadi sumber daging banyak.

Rakyat Kelantan makan 30 ekor lembu sehari

View attachment 349049 ZAKARIA Awang memotong daging lembu sebelum dijual kepada pelanggan yang datang ke gerainya di Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu berhampiran Kampung Jambu Merah, Melor pada 27 Februaru 2021. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU: Tahukah hampir 1,000 ekor lembu ‘ditumbangkan’ setiap bulan di Kelantan atau tidak kurang 30 ekor sehari sepanjang tempoh 2019? Dengan jumlah itu, negeri Cik Siti Wan Kembang jauh meninggalkan negeri-negeri lain yang merekodkan antara 10 hingga 26 ekor lembu disembelih sehari. Bilangannya juga didapati hampir setara pada setiap bulan, kecuali Mei (Hari Raya Aidilfitri) dan Ogos (Hari Raya…


Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya.
tokey serunding kampung laut pun dah lebih dari separuh sebulan
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,436
Reaction score
2,790
Points
201
Daging import ?
Aku tgk selamba je orang beli daging import..
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,704
Reaction score
2,627
Points
201
masing2 da dapt KWSP kan??? tgk harga barang meroket sampai kebulan...

melayu ni memang wajib di tipu hidup2 la kot


melayu....ada 2..kaki kencing dan kena kencing...hahahaha
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register