BTC USD 62,267.7 Gold USD 2,645.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga beras Jasmine melambung

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 15 Sept. - Harga beras Super Special 5% jenama Jasmine Super Tempatan dan 15 peratus hancur (ST15) yang berbeza serta berubah-ubah dari satu kedai dengan yang lain disifatkan mengelirukan para pengguna.

Tinjauan Utusan Malaysia selain temu ramah dengan pengguna di beberapa pasar raya sekitar Lembah Klang mendapati harga bagi setiap kampit 10 kilogram (kg) ST15 Jasmine Super Tempatan adalah di antara RM27.50 sehingga RM33.50.

Harga bagi beras Super Special 5% jenama Jasmine Super yang diimport pula mencecah sehingga RM48.99 untuk setiap kampit 10 kg.

Selain itu, pengguna kini merungut kerana banyak harga barangan runcit yang mula naik tanpa amaran dan pada kadar tidak munasabah.

Penyelia syarikat, Kamaruzaman Ahmad, 42, berkata, perubahan harga beras jenama Jasmine sebenarnya bukan perkara baru dan ia mengelirukan pengguna.

Katanya, pihak berkuasa seharusnya memantau serta memastikan harga beras dan barangan lain tidak terlalu tinggi serta berubah dengan cepat tanpa sebarang notis.

''Saya minta pihak berkenaan segera pantau. Pengguna keliru kerana harga beras boleh berbeza dan tidak sama antara pasar raya dengan kedai runcit.

''Kalau boleh keluarkan garis panduan dan amaran supaya peniaga tidak sesuka hati menukar harga beras dan pelbagai barangan runcit lain tanpa makluman kepada pengguna," katanya.

Tambah Kamaruzaman, harga beras jenama lain juga sebenarnya mengalami perubahan tetapi tidak terlalu cepat dan tinggi seperti jenama Jasmine.

Seorang kakitangan swasta, Thilakavathi Muniandy, 48, berkata, perbelanjaan barangan runcit kini semakin meningkat dan benar-benar membebankan keluarganya.

''Saya tahu kenaikan ini kerana musim perayaan yang sudah semakin hampir. Bukan sahaja harga beras namun sayur, daging dan ikan juga sudah mula naik.

''Jangan biarkan pengguna susah. Kita minta kerajaan bertindak segera dan denda peniaga yang degil," ujarnya.

Mengulas isu yang sama, pesara kerajaan, Jomengah Mandol, 57, menjelaskan perubahan harga beras jenama Jasmine Super menjadikan keluarganya beralih ke jenama lain yang lebih murah.

Katanya, perbezaan harga beras jenama itu di pelbagai pasar raya memang sudah diketahuinya sejak sebulan lalu.

''Saya sudah perasan harganya lain sejak bulan lepas. Minggu ini naik sedikit. Mungkin kerana hendak hari raya," katanya.

Tambahnya, harga barangan runcit lain juga sudah mengalami sedikit kenaikan sejak minggu lepas.

''Saya jangka harga pelbagai barangan runcit akan menjadi lebih mahal minggu depan,'' jelasnya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman meminta kerajaan memperhebatkan tindakan dan pemantauan penguatkuasaan terhadap setiap aduan pengguna.

''Ini trend biasa menjelang perayaan. Kita juga jangka harganya akan naik lagi minggu depan.

''Pihak berkuasa perlu segera pantau semua barangan runcit terutama beras yang menjadi bahan kawalan kerajaan," jelasnya.

Oleh itu katanya, kerajaan seharusnya segera mengumumkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) sebagai garis panduan kepada peniaga dan pengguna untuk berurusniaga menjelang musim perayaan ini.


sapa makan beras ni?
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register