BTC USD 63,834.4 Gold USD 2,364.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga barang binaan naik

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,721
Joined
Apr 18, 2010
Messages
46,721
Reaction score
4,789
Points
266
Awards
1
2689052.jpg


SHAH ALAM - Harga barangan bagi sektor pembinaan meningkat hampir 30 peratus susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel baru-baru ini.

Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff berkata, peningkatan tersebut boleh dikatakan sebagai yang tertinggi dalam sejarah, malah pihak pembekal turut menetapkan harga-harga yang baharu bagi barangan pembinaan sejak Isnin lalu.

“Pembekal juga mengugut tidak akan menghantar bekalan sekiranya cadangan harga baharu tidak diikuti.

“Pihak kami merayu agar agensi kerajaan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pantau segera pembekal yang ambil kesempatan atas kenaikan diesel itu,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Tambah Azman, golongan kontraktor G1 hingga G7 antara kumpulan yang paling terkesan akibat situasi peningkatan harga barangan tersebut.

Menurutnya, kos pembinaan pasti akan meningkat dan dikhuatiri beberapa projek juga bakal lewat siap sekali gus menyebabkan kontraktor mengalami kerugian besar.

“Selain itu, berlaku juga kenaikan sewaan perkakasan mesin seperti jentera berat, jentera eskavator, jengkaut dan penurap, bagi projek infrastruktur.

“Harga bahan mentah iaitu campuran siap konkrit dan bahan- bahan binaan untuk kerja bangunan dan jalan turut meningkat sebanyak 30 peratus,” ujarnya.

 
Sponsored Post

abih lah pemilik2 rumah baru yg nk extend rumah.... baru yo dapek quotation dpd kontraktor last week, this week kontraktor dah tukar harga kasi naik laie 30% ekekekkeeke

masyukkkkk$$$$$$
kecikkan 30% dari plan asal?

bijak tak saya?
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register