BTC USD 35,165.3 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga ayam naik mendadak di luar musim perayaan

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,191
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,191
Reaction score
3,196
Points
261
Awards
1
Ayam kita nak kene sunat dulu
Ayam oversea takyah
 
Sponsored Post

underscore

Legendary Member
gem
Messages
12,088
Joined
Sep 20, 2008
Messages
12,088
Reaction score
4,465
Points
266
Awards
2
Saya tak nak salahkan sesiapa.

Saya bela ayam sendiri. Saya bela ayam kampung kacuk. Saya tak jual dengan pemborong.

Saya dah cakap hari tu. Sayur, ayam dan daging ni naik harga sebab pihak yang beruntungan nak desak kerajaan ambil ayam, sayur dan daging import.

Bila sayur naik harga
Bila ayam naik harga
Bila daging naik harga
Nanti adalah media, NGO, pembangkang bising sana sini. Semua tu konon-konon je jadi hero.
Nasib petani macam mana?
Nasib penternak macam mana?
Jangan harap ada yang tengok dan bela. Saya berkata benar. Saya bela ayam sendiri. Sepanjang tempoh harga ayam naik. Saya tak naik kan harga pon. Saya juga tahu kawan-kawan penternak tak dapat pun harga yang cantik dari pemborong. Banyak je ayam yang lebih hari dan tak terjual. Macam mana boleh kata bekalan tak cukup.
Siapa je yang naikan harga ni sebenarnya?
Bukan petani, pekebun atau penternak.
Katanya orang tengah. Mereka boleh je sesuka hati naikan harga. Tengah hari harga lain, petang harga lain, malam harga lain.
Kenapa saya tahu?
Sebab saya pergi pasar borong setiap hari untuk beli sayur. Harga hari ni dengan semalam tak sama.
Macam-macam taukey tu cakap. Sayur mahal sebab hujan. Ayam tak ada sebab banyak permintaan.
Janganlah nak bodohkan bang oi. Macam mana boleh mendadak naik. Sayur kita tanam hari ni bukan boleh terus petik esok. Kalau lada perlukan 2 bulan dari tanam baru berbuah itu belum boleh dipetik.
Ayam, boleh naik sampai RM5 sekilo dari harga asal. Mana boleh tak cukup. Ayam boleh masuk peti sejuk beku. Bukan busuk pun. Lepas tu boleh jual bila ayam tak cukup.
Saya nak ajar korang satu je kira-kira. Saya bela ayam 5000 ekor je satu pusingan. Ada syarikat besar bela ayam 5 juta keluar sebulan. Kalau ayam naik harga RM2 je sekilo. Sehari berapa deorang dapat untung.
Lama lah dulu.
Saya ada seorang kenalan. Bukanlah rapat sangat. Tapi kira mewahlah. Dia kata dia bisnes import export. Sekali saya tanya lah dia. Bisnes apa?. Dia kata dia bekalkan kepak ayam dari luar negara. Hantar pasar raya besar. Sekali lagi saya tanya soalan lurus bendul. Halal ke ayam tu. krik krik krik dia tak jawab terus cerita lain.
Ingat lagi setahun lepas. Satu syarikat yang dapat AP di dakwa kerana telah cuba menipu dengan mengatakan membekal daging lembu sedangkan daging yang dibekalkan adalah daging kuda dan daging kanggaro.
Boleh percaya ke lagi syarikat yang dapat AP ni?
Kekadang jadi penternak ni katanya kerjaya paling bawah. Nampak bersusah payah. Nampak baju koyak, murah dan nampak bodoh. Plot-plot drama pun tayang orang kampung ni selalu miskin.
Rakyat kita pun nak yang murah. Deorang kempen sendiri kata daging import, ayam import, sayur import jauh lebih murah. Orang kampung ada seorang dua tanam sayur, bela ayam susah nak beli. Baik beli kat pasar raya. Ada class gitu.
Pernah dulu kerja kat Jordan setahun. Sebelahnya negara Palestine. Yang korang beri derma selalu tu. Mereka pun makan nasi basmati. Mana ada makan beras hancur. Kita ni dari dulu tak berubah. Anak-anak kita beri makan beras hancur, ikan paling murah. Macam mana anak-anak kita nak membesar dengan sihat. Berfikir dengan cerdas.
Saya surah isteri saya tukar beras. Kalau boleh anak-anak beri makanan yang paling berkhasiat. Dah tahu sayur import pakai racun yang merbahaya. Tapi sayur kita yang baik-baik kita export ke Singapore. Rakyat kita makan sayur yang kurang berkualiti.
Tak payah nak fikirlah. Dunia ni medan tipu-tipu. Hanya ada 2 pilihan untuk dibuli atau membuli. Selagi ada yang berkepentingan dan beruntung pasti perkara ini akan terus menerus mengikut pusingannya.
Bila saya tulis macam ni, ada yang mesej " ko pandai sangat ko jadi lah YB, bertanding lah. Jangan panda cakap je? ". Apasal pulak aku nak jadi YB, aku cuma pekebun cabuk je. Korang ni selalu cepat koyak le.

..............
 
g-man

Super Active Member
gem
Messages
6,710
Joined
Jan 16, 2011
Messages
6,710
Reaction score
1,073
Points
151
Mmg kerja org tengah ni...
 
TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,437
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,437
Reaction score
22,258
Points
1,831
Awards
1
True. Mcm mana nak dpt generasi pandai2 klo makan dr awal lagi xjaga
 
notepad

Super Active Member
gem
Messages
9,814
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,814
Reaction score
884
Points
126

Harga maksimum ayam di peringkat pemborong ditetapkan beberapa hari lagi​

Bernama
Disember 3, 2021 00:30 MYT
Harga maksimum ayam di peringkat pemborong ditetapkan beberapa hari lagi

Nanta berkata libat urus bersama pihak penternak ayam telah dilaksanakan dan memberi jaminan menggunakan akta sedia ada bagi menetapkan harga di kedua-dua peringkat itu. - Gambar/ Bernama

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

(KPDNHEP) akan menetapkan harga maksimum ayam di peringkat pemborong dalam masa beberapa hari lagi sebelum menetapkan harga itu di peringkat peruncit.

Menteri berkenaan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata libat urus bersama pihak penternak ayam telah dilaksanakan dan memberi jaminan menggunakan akta sedia ada bagi menetapkan harga di kedua-dua peringkat itu.

"...dengan kepastian di harga ladang itu, (ia) sudah kita selesaikan bersama mereka, jadi dalam masa beberapa hari ini kita akan gunakan akta, kita tegas untuk letakkan harga maksimum di peringkat borong, kemudian barulah di peringkat peruncit untuk membantu peniaga-peniaga ini juga," katanya ketika menjawab usul Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, Persekutuan Persatuan Penternak-penternak Malaysia (FLFAM) memberi komitmen untuk mengekalkan harga ayam dan telur sepanjang Disember ini.

Beberapa media sebelum ini melaporkan harga ayam dan telur melonjak disebabkan peningkatan kos pengeluaran yang dihadapi penternak.

Sementara itu, Nanta berkata kementerian amat prihatin dengan nasib peniaga yang terkesan dengan kenaikan harga di peringkat borong sehingga menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga barang yang dijual kepada pengguna.

"Janganlah cakap kita menganiaya peniaga dan penjaja kecil, dalam jawapan saya kepada Yang Berhormat Bagan (Lim Guan Eng), jelas, sebab tu kita tidak tergesa-gesa untuk menetapkan harga maksimum selain di luar musim perayaan. Sebab kita tahu mereka kini terkesan sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), kita jamin akan pertimbangkan semua pihak, pengguna dan peniaga," katanya.

"Perkara ini perlu disegerakan kerana isu kenaikan harga barang asas secara mendadak seperti yang dilaporkan oleh akhbar rasmi dan saya juga telah mendengar banyak rintihan dan aduan daripada orang ramai.

"Ia juga melibatkan kepentingan orang ramai memandangkan kenaikan harga barang asas tanpa kawalan ini menjejaskan kos sara hidup dan memberi tekanan bukan sahaja kepada pengguna bahkan kepada golongan peniaga kecil," katanya.
.
-- BERNAMA

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,501
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,501
Reaction score
17,707
Points
2,536

Tetapkan jangan mahal sangat
 
notepad

Super Active Member
gem
Messages
9,814
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,814
Reaction score
884
Points
126
ayam-pasar-650x406.jpg

Tindakan kerajaan ‘bunuh’ peniaga ayam Melayu kecil-kecilan​

Oleh MALAYSIA DATELINE / December 3, 2021

Tindakan kerajaan untuk membawa masuk ayam import kononya untuk menstabilkan harga sebenarnya bakal ‘membunuh’ peniaga Melayu yang berniaga secara kecil-kecilan.

Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn Bhd Mazlina Kamarudin MK menyifatkan lambakan ayam import itu nanti akan menjejaskan peniaga kecil yang kebanyakkan dalam kalangan orang Melayu.

Katanya, ayam import selalunya dijual di pasaraya dengan harga yang lebih murah sudah tentu peniaga kecil-kecilan ini akan turut menjual dengan harga murah bagi mengelakkan ayam tidak laku walaupun mereka mengeluarkan modal yang mahal.
Ayam import ni selalunya akan dijual di pasaraya. Berdekatan kawasan dia jual ayam segar. Pasaraya jual murah. Maka dia pun terkial-kial kena ikut jual murah. Walaupun modal dia mahal. Akhirnya dia hanya dapat air liur.

“Beli ayam proses. Jual semula. Kategori ini orang Melayu ramai. Nak sara anak bini. Jual 30 ekor. Kalau dapat RM1/ekor. Dapatlah RM30. Kalau ayam tak habis. Hutang tauke,” tulis beliau di facebooknya.

Beliau menambah, mereka yang mendapat untung hasil lambakan ayam import adalah tauke-tauke besar yang mempunyai kilang dengan mengeluarkan bermacam-macam produk seperti nuget, burger dan bermacam-macam lagi.

“Peniaga ayam ini, ada Grand Parent (atok ayam). Ada parent atau breeeder (mak ayam yang kalian makan tu). Ada kilang dedak. Ada broiler (ayam yang kalian makan tu). Ada kilang burger, nugget. Ada bisnes property. Ini Leong Hup, Huat Lai, CAB dan lain-lain,” katanya.

Katanya, peniaga ayam ini mempunyai banyak kategori ada yang mempunyai kilang, ada rangkaian pemasaran, outlet, ejen, stokis dan reseller.
“Ayam Bismi dalam kategori ini.

“Ada yang ada ladang ayam sahaja. Terpaksa berkuli dengan tauke besar. Dapat anak ayam teruk. Dapat dedak teruk. Maka teruklah. Ada yang kena serah ladang kepada tauke besar. Sebab bangkrap ciptaan. Sengaja di perangkap oleh tauke besar,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengarahkan bekalan ayam import dan ikan sejuk beku yang disimpan sebagai stok di bawah program Q’Fish dilambakkan dalam pasaran sebagai langkah segera menstabilkan harga.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengimport 200 hingga 300 kontena ayam sejuk beku seawal minggu depan.

Bekalan ayam import itu akan diputuskan oleh MAFI kerana terdapat banyak pilihan sama ada dari China atau Thailand.

nampak tak permainan mereka
 
maxpda

Super Active Member
gem
Messages
8,872
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,872
Reaction score
554
Points
121
Peniaga2 kecil kena clearkan stock mereka la minggu ni dan ambil ayam import juga..
 
Peniaga kecik ni selalunya orang Melayu
Kerja kartel la ni
 
akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,191
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,191
Reaction score
3,196
Points
261
Awards
1
Boikot pemborong
Kita beli dgn BMF direct
Abis cerita

rasanya dr dulu lg kita da bmf 😂
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register