BTC USD 63,419.1 Gold USD 1,804.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga ayam naik mendadak di luar musim perayaan

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,412
Reaction score
801
Points
126

Harga ayam naik mendadak: Pengusaha restoran tertekan​


obj29695162_1630990681.jpg


81630991435_TBayam.jpg


BERNAMA
Kuala Terengganu: Kenaikan mendadak harga ayam secara borong dalam tempoh sebulan menyebabkan pengusaha restoran dan katering di Terengganu kini tertekan kerana terpaksa menyerap kenaikan kos tersebut dalam perniagaan mereka.

Pemilik Pak Awi Nasi Ayam Muhammad Adam Zawawi, 27, berkata, harga ayam secara borong ialah RM5.80 satu kilogram (kg) pada 1 Ogos lalu namun naik kepada RM7.40 pada 1 Sept dan meningkat lagi hingga RM8 hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu memantau perkara itu, kerana kenaikan harga ayam ketika ini agak luar biasa kerana selalunya ia hanya berlaku pada musim perayaan.
"Kalau harga naik mendadak musim raya kita faham sebab permintaan yang terlalu banyak... tapi kali ini pembekal tidak memberi sebarang alasan munasabah.

"Saya guna 220kg ayam setiap hari untuk dua cawangan restoran... memang sangat terasa dengan situasi ini, kalau berterusan naik hingga RM9 mungkin saya terpaksa kurangkan pekerja untuk minimakan kerugian," katanya.

Pemilik restoran ayam goreng Matt Orie Corner Mohd Harun, 46, pula berkata, beliau sangat tertekan dan kecewa dengan kenaikan harga ayam kali ini, kerana perniagaannya sudah teruk terjejas sebelum ini akibat pandemik Covid-19.

"Kerugian akibat pandemik pun belum dapat ditampung, terpaksa pula berdepan masalah baharu (kenaikan harga ayam). Pembekal tidak boleh menaikkan harga ayam sesuka hati kerana memberi kesan besar kepada pengusaha restoran, terutama yang menggunakan ayam sebagai bahan utama dalam menu makanan.

"Sekarang pun boleh dikatakan saya berniaga dalam keadaan rugi... hanya bertahan kerana mengenangkan nasib pekerja sahaja... saya harap sangat isu kenaikan ini dapat dipantau dan diselesaikan segera demi 'survival' peniaga dan pekerja restoran," katanya yang menggunakan hampir 200kg ayam setiap hari untuk dua cawangan restorannya di Kuala Terengganu.

Sharifah Mariam Shariff Along, 42, yang mempunyai lima premis restoran dan katering pula berkata, beliau bercadang pergi ke Kelantan sebagai alternatif terakhir, sekiranya harga ayam di Terengganu kekal pada harga RM8 untuk belian borong.

"Harga borong di Kelantan cuma RM5.50... kalau pergi sana saya akan borong 500kg ayam sekali gus dan akan simpan di bilik sejuk beku. Sebelum ini pun memang saya akan borong dari Kelantan sekiranya harga di Terengganu naik mendadak," kata pemilik katering Pinggan2 dan Restoran Kunyek itu.

Pemilik TY Cafe Food Family & Friends Taoyebah Aziz, 62, pula berkata, pengusaha restoran kini berada dalam dilema, sama ada mahu menaikkan harga atau mengecilkan saiz ayam yang dijual.

"Harga makanan sudah ditetapkan dan tidak boleh dinaikkan sesuka hati... mahu atau tidak terpaksa serap kos itu. Cuma bimbang kenaikan yang berterusan akan memberi impak yang teruk kepada perniagaan," katanya.

Sementara itu, tinjauan di Pasar Besar Kedai Payang mendapati harga ayam untuk jualan runcit ialah RM9.50 setiap satu kilogram.

Peniaga memaklumkan mereka terpaksa menjual pada harga itu kerana harga borong yang diperolehi juga mencecah RM8 dan berharap KPDNHEP segera memantau kenaikan tersebut.

 
Sponsored Post

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
22,682
Reaction score
1,613
Points
201
Harga ayam di pasaran dilaporkan naik secara mendadak dalam tempoh sebulan.

📲Sinar Harian juga ada akaun Telegram. Jom follow https://t.me/SinarHarianOfficial

 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,823
Reaction score
21,820
Points
1,671
Klo kt luar bandar rm10.50 smpai rm12 pun kadang. Baru sembelih la

Penah terbeli hati rm8 sekilo. Tgk harga tu rm3 je

Kepala ayam pun org jual tau. Rm1 satu. Ak klo bento ketam pakai kepala ayam je
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,303
Reaction score
15,060
Points
1,906
antara punca dikatakan peningkatan kos makanan ternakan
 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,688
Reaction score
2,531
Points
201
Ikan pun sama naik....camtu la kt hadap ja la
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,823
Reaction score
21,820
Points
1,671
Ni sebab dah bole dine in.

Peniaga start membeli harga naikla
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,303
Reaction score
15,060
Points
1,906
#melaka Peniaga ayam di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bachang meluahkan kebimbangan sekiranya harga jualan ayam terus melonjak melebihi RM10
https://www.hmetro.com.my/.../harga-ayam-segar-naik-lagi


Harga ayam segar naik lagi​


1631002427708.png



PENIAGA ayam menunjukkan tanda ayam mahal. FOTO Nuraliawati Sabri

Melaka: Peniaga ayam di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bachang, di sini, meluahkan kebimbangan sekiranya harga jualan ayam terus melonjak melebihi RM10.

Tinjauan mendapati, ayam segar dijual dengan harga RM9.90 sekilogram dan difahamkan kenaikan itu berlaku sejak seminggu lalu.
Difahamkan, kenaikan itu disebabkan harga dedak ayam didakwa tinggi pada ketika ini.

Peniaga ayam, Ghazali Abu Bakar berkata, harga itu antara yang paling tinggi dalam tempoh 10 tahun terpaksa dijual selepas berlaku kenaikan mendadak.

Katanya, disebabkan harga tinggi diperoleh daripada pembekal dan ladang, peniaga tiada pilihan selain menjual dengan harga RM9.90 berbanding antara RM7 hingga RM8 sebelum ini.


"Sepatutnya harga sekarang melebihi RM10 sekilogram, tetapi kami ambil keputusan untuk jual RM9.90, walaupun untung tidak banyak.
"Kesan kenaikan ini menyebabkan pembeli turut merungut, contohnya sebelum ini ada biasa beli dua ekor, tetapi disebabkan harga tinggi mereka hanya beli seekor sahaja," katanya.

Peniaga ayam, Ahmad Bakhtiar berkata, susulan kenaikan harga ayam segar, jualannya turut terkena tempias apabila merosot berbanding sebelum ini.

"Peniaga seperti kami tiada pilihan apabila harga sudah sedia ada tinggi, difahamkan kerana harga dedak naik.

"Jika sebelum ini untuk habiskan 100 atau 200 ekor senang sahaja, sekarang nak habiskan 100 pun susah jika terus berlarutan kami akan terjejas teruk," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna mengenai kenaikan harga ayam yang berlaku.
Beliau berkata, kenaikan berlaku bagi ayam segar di pasar namun harga jualan ayam di pasar raya masih sama.
Disiarkan pada: September 7, 2021 @ 4:10pm

 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,823
Reaction score
21,820
Points
1,671
Peniaga mengeluh harga ayam naik

KUALA TERENGGANU - Pengusaha restoran, kedai makan dan katering di negeri mengakui terpaksa berniaga dalam keadaan tertekan apabila harga ayam di pasaran dilaporkan naik secara mendadak dalam tempoh sebulan.

Rata-rata mereka mengeluh dan kecewa kerana ayam yang dibeli secara borong dengan harga RM5.80 sekilogram pada 1 Ogos meningkat kepada RM8 pada Selasa.

Pengusaha TY Cafe, Taoyebah Abd Aziz, 62, berkata, kenaikan harga ayam sebanyak RM2.20 dalam masa sebulan memberi impak kepada perniagaannya kerana makanan yang dijual tetap pada harga sama dan tidak berubah.

"Walau terpaksa menanggung kos, kita tidak boleh naikkan harga jualan kerana keputusan itu akan membebankan pelanggan. Saya bimbang jika harga terus naik, apa nasib kami sebagai peniaga," katanya.

Pemilik kedai makan Pak Awi Nasi Ayam, Muhammad Adam Zawawi, 27 mengakui terkejut dengan harga borong ayam mencecah RM8 sekilogram kerana pada kebiasaannya, kenaikan hanya berlaku apabila

Dia yang memerlukan 220 kilogram ayam sehari bagi operasi dua kedainya memberitahu, pihaknya tidak dapat mengelak dan terpaksa menyerap penambahan kos sekali gus menyebabkan keuntungan diperoleh semakin mengecil.

"Jika harga terus naik dan cecah RM9 sekilogram, saya mungkin terpaksa mengurangkan jumlah pekerja bagi meminimunkan kos operasi agar tidak menanggung kerugian," katanya yang mempunyai 20 pekerja.

Seorang lagi peniaga, Sharifah Mariam Shariff Along, 42 pula memaklumkan jika keadaan ini berterusan, dia mungkin akan mendapatkan bekalan ayam mentah dari Kelantan kerana harga di sana lebih murah.

Dia yang mengusahakan Restoren Kunyek dan katering Pinggan2 berkata, harga borong sekilogram ayam di Kelantan berharga RM5.50 dan dia memang mengambil bekalan dari sana sekali setiap bulan.

"Sekali pergi biasanya saya ambil stok sebanyak 500 kilogram dan bekalan akan disimpan di dalam bilik sejuk beku. Harga di sana memang murah dan jarang naik, paling mahal pun RM6 sekilogram," katanya yang menggunakan 100 ekor ayam sehari.

Dalam pada itu, pemilik Matt Orie Corner, Mohd Harun, 46 pula berharap kerajaan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pembekal tidak menaikkan harga sesuka hati selain memastikan harga ayam di pasaran stabil.

"Saya sebagai peniaga ayam goreng memang terkesan, kalau kita kecilkan saiz ayam, pelanggan akan mengadu. Jadi saya terpaksa tanggung tambahan kos,lebih-lebih lagi saat pandemik Covid-19," katanya yang telah mengurangkan kakitangan dari 50 kepada 15 orang di dua cawangan restorannya sejak tahun lalu.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di Pasar Kedai Payang mendapati harga ayam runcit dijual pada harga RM9.50 sekilogram manakala borong RM8 dan peniaga memaklumkan mereka terpaksa menjual pada harga tersebut kerana harga yang diperoleh daripada pembekal sudah mahal.

 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
23,281
Reaction score
3,530
Points
201
Zionis betul pembekal ayam jual harga tinggi....ambik kesempatan terhadap kesusahan rakyat.....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register