akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 58,861
Top Poster #1
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 58,861
- Reaction score
- 6,840
- Points
- 881
- Awards
- 1
Haramkan DAP kerana canggah Perlembagaan
IzwanJanuary 3, 2025
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Pemuda Bersatu, Harris Idaham Rashid menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang berhasrat mahu menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.
- Advertisement -
Ini berikutan kenyataan Hannah dalam buku ‘Becoming Hannah’ dan tindakannya dianggap melanggar undang-undang serta norma masyarakat Malaysia yang berbilang agama.
“Buku bertajuk ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ yang memuatkan unsur-unsur dakwah Kristian secara tersirat dan secara terang-terangan menggalakkan ideologi Kristian Evangelis termasuk kepada masyarakat bukan Kristian.
“Satu perkara perlu disiasat adakah kenyataan itu melambangkan parti DAP kerana lazimnya orang politik tidak berjuang di luar landasan dan sekiranya pihak polis mendapati ia melanggar prinsip DAP, maka parti DAP wajib diharamkan untuk jadi parti politik dalam negara.
“Ini kerana dalam undang-undang parti politik Malaysia, seseorang itu harus jalankan aktiviti parti selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak bercanggah dengan mana-mana perkara,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, hari ini bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam selepas berasa terancam dengan kenyataan kontroversi, Hannah Yeoh.
Terdahulu media melaporkan beberapa NGO membuat laporan polis bagi menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku terbitan Hannah yang disifatkan sebagai bahaya dan mengancam keselamatan negara.
Pada 23 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah difailkan terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung kenyataan dibuatnya pada satu forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM), empat tahun lalu.
Saman berkenaan yang difailkan pada 3 Julai 2020 mendakwa Musa dengan niat jahat membuat kenyataan tidak benar terhadap Yeoh pada forum ‘Wacana Isu Semasa Perjanjian Damai Hat Yai 1989: PKM Menyerah Diri?’. – HARAKAHDAILY 3/1/2025