Haram penanaman daum ketum

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136


KANGAR - Timbalan Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Perlis, Sabri Ahmad berharap Kerajaan Pusat akan menggubal undang-undang untuk mengharamkan penanaman daun ketum bagi mengelak rakyat terus menderita akibat ketagihan.

Sabri berkata, di negeri itu daun ketum juga dijual kepada penduduk di negara jiran yang sanggup masuk ke negeri ini untuk menyeludup daun ketum.

Katanya, segelintir penduduk yang menanam daun ketum di negeri ini menjadi kaya raya sehingga dapat membina sebuah rumah besar hasil jualan daun ketum.

“Pihak kami memandang serius kegiatan menanam daun ketum yang ditanam secara berleluasa terutama di kawasan kampung sehingga menyumbang kepada peningkatan jumlah penagih air ketum.

“Ketagihan air ketum menyebabkan ramai anak muda termasuk orang dewasa mahupun orang tua sanggup berhabis duit untuk mendapatkan air ketum tersebut.

“Selain itu, ketagihan air ketum juga boleh menyebabkan runtuhnya institusi keluarga, malah menyebabkan gangguan kesihatan,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pemadam Daerah Kangar ke 19 di sini, kelmarin.

Sabri yang juga Exco Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan, Pengangkutan, Pembangunan Wilayah, Koridor, Kawasan Pertumbuhan Baru, Bandar Baru berkata, pihaknya akan menyokong segala usaha kerajaan bagi membasmi ketagihan daun ketum.

Kelmarin, semasa sidang Dun di sini, Menteri Besar Azlan Man (BN-Pauh) dalam jawapan bagi menjawab soalan tambahan Khaw Hock Kong (BN-Titi Tinggi) berkata kerajaan Perlis telah mengusulkan kepada kerajaan persekutuan agar kesalahan bersabit daun ketum dimasukkan di bawah akta dadah berbahaya sebagai usaha membendung penyalahgunaan tumbuhan itu.
 
Sponsored Post

rustam

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2010
Messages
10,794
Reaction score
55
Points
125
Tanam pokok ketum tak pe
 

balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
kat kampung2 masih ada lagi tanam pokok ketum ni, rasanya masih ada orang tak tahu bahawa pokok ini diharamkan penggunaannya.
 

mr syazril

Freshie
Joined
Apr 18, 2014
Messages
35
Reaction score
0
Points
6
banyak sangat dekat hutan tu tak payah tanam dsini, ntah nak buat apa juga tu
 

balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pokok tak salah tapi manusia menyalahgunakan daun ketom ni.
 

pcbase

Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
1,893
Reaction score
25
Points
30
pokok ketum boleh tanam. yg salah daun ketum.
 

rafuzii

Active Member
Joined
Jul 5, 2009
Messages
1,460
Reaction score
30
Points
35
bukan shahidan ada ladang ketum ka?
 

kosongkosong

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2013
Messages
11,063
Reaction score
0
Points
110
kehkehkeh tinggi jugak nilai ketum ni.. sampai boleh kaya raya jual..
 

epbx

Super Active Member
Joined
Jun 9, 2008
Messages
7,015
Reaction score
6
Points
65
O...depa marah sbb penjual dh kaya raya...lps ni kn cukai ler jual ketum
 
Sponsored Post
Top
Log in Register