BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Haram jadah: Najib enggan minta maaf

nubiefx

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
5,447
Joined
Jan 11, 2012
Messages
5,447
Reaction score
6
Points
65
Haram jadah: Najib enggan minta maaf



Uploaded with ImageShack.us
Muhammad Faizal, 25 Jun 2012

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan bertulisnya enggan memohon maaf serta menarik balik kata-kata kasar 'haram jadah' yang dikeluarkan sebelum ini. Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli yang memohon agar Perdana Menteri memohon maaf serta menarik balik kata-kata tersebut yang dihemburkan dalam ucapan beliau di Felda Jengka 8 pada 8 Mei lalu. Najib melalui jawapannya menjelaskan soal permohonan maaf tidak timbul memandangkan kata-kata tersebut diungkapkan sebagai eskpresi kolokial (colloquial expression) semata-mata tanpa ditujukan kepada mana-mana individu. Jelas, Dr Mohd Hatta apa yang dinyatakan oleh Najib melalui jawapannya itu tidak benar dan beliau perlu tampil memohon maaf bukannya cuba mengelakkan. "Secara jelas kita lihat kata-kata haram jadah yang dikeluarkan oleh Najib itu ditujukan kepada peneroka yang menentang penyenaraian Felda. "Dan perkara itu berlaku ketika beliau mengumumkan pemberian RM15 ribu kepada setiap peneroka," jelasnya. Katanya lagi, mana mungkin beliau mengatakan tidak ditujukan kepada mana-mana individu sedangkan jelas ia dilemparkan kepada peneroka-peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda serta kepada mereka yang membawa Felda ke mahkamah. "Najib menghina mereka yang dianggap menentang supaya tidak diberikan bantuan RM15,000 iaitu kumpulan 'haram jadah' jadi ianya bukan satu ekspresi kolokial yang begitu umum tetapi tuju khas kepada pihak-pihak yang mencabar Felda. "Kita mahukan Najib tampil memohon maaf jika beliau ingin memulihkan imejnya sebagai Perdana Menteri," jelasnya. Dr Mohd Hatta menegaskan Najib perlu meminta maaf dan kenapa perlu takut untuk mengaku salah.
 
najib ni klu kalah teruk nnt xtau la jd ape...malu besar die nnt,...
 
Hrp2 banyak ar pemandu2 teksi dari kawasannya..
 
dia ni akan jadi pak lah kedua..

dulu pak lah dulu pun berlagak gak siap cakap dlm paper "jangan cabar saya"..aku ingat lg..

last2 rakyat sahut cabaran,tumbang beberapa negeri kpd pembangkang, terus berenti jd pm..

bongkak sungguh
 
ni nama nya pemimpin bod0 sombong..

mintak2 kalah teruk nanti..br tau langit tinggi rendah..
 
Back
Top
Log in Register