BTC USD 27,502.8 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Haqiem Stopa Didakwa Simpan Gambar, Video Lucah Bekas Kekasih

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,477
Joined
Jan 12, 2008
Messages
29,477
Reaction score
6,138
Points
481
Awards
1

Nor Zabetha

1j ·


Kalau ahli keluarga salah tolong tegur dan jangan galakkan dia.

Saya betul-betul tidak faham jenis manusia yang membela keluarga sehingga menutup kesalahan. Bukan kita suruh membenci atau berhenti saya, kita suruh tegur dan jangan galakkan.

Saya semalam membaca kes Haqiem Stop tentang dakwaan menyimpan gambar lucah bekas kekasih dan juga laporan yang berkaitan.

Saya pernah menulis tentang isunya ke sekolah. Jadi kadangkala, ada pembaca yang memberikan link isu-isu Haqiem Stopa ini melalui messenger. Jadi saya tahulah, sedikit isu-isu Haqiem Stopa ini.

Saya ada menonton satu video, dia berperang mulut dengan netizen. Bila dituduhnya dia lembut, dia naik angin. Kemudian, Haqiem dalam keadaan marah mencabar netizen "Bawa sini kakak kau tengok, nak tau jantan tak jantan aku, sampai koyak nanti belakang dia aku kerjakan!". Ini memang terang-terang kesalahan.

Ada video-video yang Haqiem ini memang meletakkan tahap wanita itu serendah-rendahnya. Pernah sekali dia buat dengan isyarat tangan tentang bahagian kemaluan wanita. Video dia biadap begini ditonton orang ramai dan adakala sewaktu sesi live.

Malangnya tiada laporan terhadap Haqiem, sedangkan ianya kesalahan undang-undang misalnya bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Barangkali, kita pun sudah malas hendak melayan si Haqiem ini. Biarkan dia. Banyak lagi perkara yang kita boleh fokuskan.

Tetapi kadang-kadang saya cuba hendak faham, kenapa dia seolah-olah menganggap wanita itu sekadar tempat dia hendak tunjuk jantan. Kalau dia hormat wanita, saya rasa dia tidak akan mencabar untuk tunjuk kejantanannya begitu.

Semalam menonton video dari pihaknya yang membelanya. Kemudian disambut pula dengan blog-blog tulisan 'Haqiem dianiaya'. Hmm..menukar naratif dari asalnya ada laporan polis dan dakwaan di mahkamah dan naratif kini bahawa Haqiem adalah mangsa keadaan.

Yang pasti, kes ini ke mahkamah kerana hasil siasatan polis bahawa Haqiem memang memiliki gambar lucah bekas kekasihnya itu. Barulah wujud elemen jenayah untuk didakwa bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan. Kalau fitnah pakai mulut sahaja dan bila polis siasat, tiada gambar-gambar lucah yang didakwa, kes tidak akan dituduh di mahkamah.

Bukan mudah hendak aniaya orang dengan buat dakwaan palsu sehingga dia dituduh ke mahkamah. Dari sudut undang-undang adalah menjadi kesalahan menyimpan gambar-gambar lucah.

Saya sentiasa dirujuk dan mengendalikan kes mangsa-mangsa seksual ini. Dalam kes jenayah seksual, kadangkala tidak tercapai dek akal, bagaimana ahli keluarga pelaku akan mempertahankan pelaku. Semua orang salah, bukan pelaku. Pelaku tidak salah merogol, pelaku tidak salah mencabul.

Kadangkala kasihan, bila mangsa pelaku itu kanak-kanak. Sudahnya, hendak 'twist' cerita, pelaku dan keluarga tukar naratif bahawa pelakulah yang mangsa.

'Play victim' itu memang mudah. Kalau kita kecam, kita juga disuruh merangkak di padang masyhar nanti. Nasib mangsa? Masa depan mangsa? Keadilan buat mangsa? Dituduhnya bulat-bulat walaupun mangsa itu masih kanak-kanak sebagai penyebab.

Bila lihat ahli keluarga yang membela pelaku ini. Itulah, kadangkala saya faham kenapa pelaku jadi 'kebal', jadi tidak rasa salah dan berdosa kerana banyak tukang bela dan membenarkan. Macam filem 'Anakku Sazali'. Anak itu sentiasa betul, semua si bapa percaya cerita anak bahawa dia tidak salah, sampai rosak si Sazali itu.

Kalau sayang ahli keluarga, jangan sampai jadi buta. Jangan sampai mereka tidak boleh ditegur langsung. Jangan salah tafsir kasih sayang. Kerana sayanglah kita perlu selalu menegur dan jadikan dia lebih baik, bukan sehingga rosak dan tidak boleh berubah.

Oleh Nor Zabetha
mcm mana org nak report video dia....audien pun sama level rendah dgn dia...mentaliti rendah akan layan lah stopa ni....bila tgk aksi stopa hina perempuan begitu...mrk pun seronok...dan kesan berangkai terpengaruh dgn stopa...akan layan awek mereka atau wife mereka mcm level stopa lah....tgk je lah crowd yg stopa bina....
 
Sponsored Post

sranua

Fun Poster
Messages
864
Joined
Jul 25, 2012
Messages
864
Reaction score
318
Points
41
Sayang kem tahanan ISA dah takde..tidak boleh hantar si stopa di duduk kt dalam. Bahaya duduk dalam masyarakat pun bakal merosakkan orang.
Aku ada je jumpa student yg takkan mengaku kesalahan yg dia buat. Seolah bangga pulak pernah tebuk sana sini. Siap ada bukti bergambar lagi. Ada pakcik, makcik ni datang jumpa aku..tak percaya la yg anak dia buat kerja terkutuk tu. Aku sengihkan aje..laporan bertulis dah baca kan..jom kita layan gambar. Baru terdiam tengok kelaku anak dara bolen x pakai apa-apa.
Yg pelajar laki siap berpeluk atas katil..'eh photoshop, ramai boleh buat ni' kata pakcik student tu. Ok tadi dia peluk kan..sekarang dia comolot dgn siswi tu. Cukup ke bukti atau nk tengok yg lg panas?
Last2 mengaku salah jugak lah.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register