General Juhziz
Super Active Member
- Joined
- Apr 21, 2010
- Messages
- 8,683
- Reaction score
- 254
- Points
- 81
Presiden PKR dakwa slogan diguna perdaya bangsa (berita Harian)
PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu konsep Ketuanan Melayu dihapuskan yang menurutnya supaya anak-anak membesar dengan visi ‘bangsa bermaruah’ atau ‘Melayu Bermaruah’.
Isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, beliau sebagai seorang Melayu beragama Islam yakin bahawa tidak akan ada satu bangsa pun akan menjadi agung dan dihormati hanya apabila menggelar diri sendiri sebagai ‘tuan’.
Sambil mendakwa Ketuanan Melayu adalah slogan digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu bagi kepentingan sendiri, beliau berkata: “Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera masih tetap terabai. Orang Melayu dan Bumiputera sedang mengalami nasib hidup sangat menyedihkan.
“Mereka dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan”.
Berucap menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini semalam, Dr Wan Azizah berkata, Anwar yang juga Penasihat PKR adalah ‘insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan kepada kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat’.
“Jika beliau insan biasa seperti kita, (Anwar) sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlaku,” katanya.
Beliau turut mengajak ahli PKR bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum sambil menyifatkan kongres kali ini mungkin yang terakhir sebelum tiba hari pengundian bagi mendapatkan mandat baru daripada rakyat.
“Kita berkumpul pada hari ini dalam kongres yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13... kalau desas-desus (pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh terdekat) yang kuat bertiup itu benar,” katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/a...ww.sinarharian.com.my/SH/com...ory8463432.asp
Tinggalkan 'Ketuanan Melayu' Kalau Nak Maju Seru Wan Azizah (suara keadilan)
Oleh Suara Keadilan
wawi3PETALING JAYA 27 Nov - Dalam mempersiapkan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru agar slogan 'Ketuanan Melayu' yang dilaungkan oleh Umno ditinggalkan kerana ia hanya merupakan konsep untuk memperdaya dan memundurkan bangsa Melayu itu sendiri.
Malah kata Dr Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Persidangan Kongres Nasional Tahunan ke-7 di di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi tadi, jika Melayu mahu maju 'Ketuanan Melayu' wajib di tinggalkan terus kerana ia hanya menjadi landasan bagi segolongan kecil elit Melayu untuk kepentingan dan memperkayakan diri, keluarga, kaum kerabat dan kroni mereka sahaja.
"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Kitab al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi 'tuan' dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain.
"Sesungguhnya, semulia-mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling tinggi taqwanya (amalan baik dan kebajikannya kepada insan lain).
"Nyatalah bahawa sesuatu bangsa dan kaum itu hanya akan menjadi agung dan dipandang tinggi apabila mereka bermaruah. Lalu, andai sesuatu bangsa itu mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah mereka termasuk kepada orang Melayu," tegas beliau di hadapan hampir 3,000 perwakilan, pemerhati serta penyokong parti.
Tambah Dr Wan Azizah sesuatu bangsa iu tidak akan menjadi agung dan hebat dengan hanya memanggil diri mereka sebagai tuan malah tradisi orang Melayu, sendiri menuntut supaya mereka menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain.
http://suara-keadilan.com/v1/index....maju-seru-wan-azizah&catid=2:terkini&Itemid=2
komen rakan CG tlg beri pandangan implikasi kalau dilaksanakan bnda ni???
bagus @ xbagus utk kita ye???
TQVM

Last edited: