dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120

Pengarah dan penerbit berprofil tinggi, U-Wei Hj. Saari tidak akan menayangkan filem bikinannya, 'Hanyut', selagi beliau tidak memperolehi dana sebanyak RM2 juta. Dana sebanyak itu diperlukan untuk tujuan promosi bagi filem yang ditunggu ramai itu yang telah diperam sejak 4 tahun lalu.
Namun meskipun para pencinta filem tanah air terpaksa menunggu lagi untuk menonton karya yang terlah diisytiharkan sebagai filem kenegaraan tersebut, 'Hanyut' lebih dulu akan menemui penonton-penonton di negara Indonesia mulai 6 November 2014.
Menurut U-Wei atau nama sebenarnya Zuhir bin Hj Saari, 59, Hanyut tidak boleh ditayangkan jika tidak dipromosikan sebaik-baiknya. Untuk menjalankan sebuah promosi yang bagus, memerlukan kos yang besar. Kerana itu, beliau sudah membuat permohonan mendapatkan dana tersebut daripada Perbadanan Kemajuan Filem Negara (Finas).
"Saya nak tegaskan yang saya bukan mahu dimanja-manjakan. Tetapi saya cuma menuntut sedikit hak saya daripada Finas untuk mempromosikan Hanyut. Filem ini telah diisytiharkan sebagai filem kenegaraan sekaligus karya ini harus jadi kebanggan kita semua. Dengan perisytiharaan itu selalunya ada sedikit imbuhan dan saya kira, saya berhak mendapat dana tersebut untuk tujuan promosi filem ini.
"Pembikinan filem Hanyut menelankan kos sebanyak RM18 juta. Saya tahu ia satu bajet yang besar malah ada juga pihak yang mempertikaikannya. Tapi bajet pembikinan filem ini saya perolehi dengan hasil usaha saya sendiri beberapa tahun dulu. Apabila filem ini telah siap, saya terpaksa peram dia sehingga kini kerana bagi saya untuk sebuah filem berbajet besar perlu juga melalui promosi yang besar dan ianya memerlukan kos yang tinggi. Jika ramai yang sering berkata, filem kita harus bertaraf antarabangsa maka promosinya jugak perlu bertaraf antarabangsa.
"Saya sudah memohon kepada pihak Finas untuk mendapatkan dana tersebut. Daripada maklum balas yag saya perolehi setakat ini, pihak Finas sedang mengusahakannya. Tapi dalam pada itu, ada pihak daripada Indonesia iaitu Legacy Filem yang berminat untuk menayangkan filem ini di 100 panggung di sana termasuklah menjalankan promosinya nanti, katanya.
Tambah Pengarah Terbaik FFM ke-11 ini lagi, beliau menyambut baik tawaran pihak pengedar berkenaan kerana merasakan ini peluang terbaik unuk membawa Hanyut ke pasaran luar negara. Bagaimanapun sempena penayangannya di sana, 'Hanyut' telah diubah judulnya kepada judul 'Gunung Emas Almayer'.
"Sejarah selalu berulang kepada saya isalnya sejak filem seperti 'Perempuan, Isteri Dan...' (sekitar 1990-an) dan 'Jogho' (1999). Tapi ini adalah sejarah baru bagi saya bila Hanyut mendapat tarikan pihak Indonesia. Saya rasa kita semua perlu positif pada industri filem kita jangan asyik memandang negatif saja. Kenapa 'Hanyut' tak ditayangkan di Malaysia? Kalau ikutkan saya lagi mahu filem saya di release di sini sebab ini adalah filem negara. Tapi saya tidak mahu buang masa, apabila dapat tawaran, saya anggap ia peluang keemasan membawa 'Hanyut' ke luar negara. Saya juga target mahu membawa filem ini ke Singapura dan Brunei.
"Mungkin juga ini dikatakan tuah sebab sebetulnya salah seorang pelakon saya dalam filem ini adalah salah seorang pemilik bersama syarikat pengedar dari seberang itu. Selepas menyaksikan filem ini satu festival filem antarabangsa, mereka berminat untuk menjadi pengedar dan menguruskn hal promosi yang selayaknya untuk filem ini. Kalau mereka tidak percaya akan filem ini masakan mereka berani menawarkan untuk menayangkan di sana", tuturnya.
Sementara itu mengulas mengenai penukaran tajuk filem ini, U-Wei berkata dia menyerahkan keputusan itu kepada pihak berkenaan dan percaya penukaran itu rasional.
"Saya tiada halangan apabila mereka menyatakan mahu menukar tajuk menjadi 'Gunung Emas Almayer'. Alasannya, kerana mereka sudah membuat survey dan memastikan ia sesuai dengan masyarakat di sana. Jadi mungkin mereka sudah tahu apa tarikan dan rasionalnya tajuk itu. Malah promosi filem ini juga saya serahkan kepada kepakaran mereka dan mereka sanggup menyediakan bajet yang sepatutnya untuk promosi filem ini", katanya.
Bagaimanapun U-Wei tidak menafikan kebimbangan beliau sekiranya 'Hanyut' (Gunung Emas Almayers) di cetak rompak dalam bentuk DVD sejurus selepas ianya ditayangkan di sana nanti. Namun sebagai pembikin filem, kata beliau itu risiko yang perlu dihadapinya.
"Tentang kalau ada DVD selepas ini, saya berserah saja sebab tentang itu saya tak mampu mengawalnya. Sedangkan di sini juga terjadinya cetak rompak. Itu risiko. Kalau tidak berani berdepan dengan risiko, lebih baik jangan terlibat dengan pembikinan filem.
"Tapi apa yang saya fokus sekarang, adalah penayangan di sini. Bajet yang saya perlukan untuk promosi Hanyut yang sebanyak RM2 juta itu. Apa pun terjadi saya tetap akan berusaha untuk mendapatkan dana tersebut, jika tidak Hanyut akan terus berhanyut...", kiasnya.
"Tapi seandainya saya gagal dengan hanyut, itu mungkin tandanya industri perfileman Malaysia belum betul-betul bersedia untuk setanding dan bertaraf antarabangsa", katanya sebelum mengakhiri perbualan.
Hanyut memaparkan kisah tragedi berlatar belakangkan zaman penjajah di negara ini, khususnya di Borneo pada kurun ke-19. Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Adi Putra, Diana Danielle, Bront Palarae, Alex Komang, Khalid Salleh, Sofea Jane dan ramai lagi.
http://www.cari.gold/2014/11/hanyut-u-wei-ke-indonesia-dulu-sebelum.html