BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Hanya untung sebulan'

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
KANGAR: “Bulan pertama untung pelaburan skim yang saya sertai masuk terus ke akaun bank, tetapi mula terhenti masuk bulan kedua dan selepas itu, penganjur lesap,” kata Dr Hazlimi Salim, 45, yang mendakwa rugi hampir RM400,000 selepas menyertai skim dikenali ‘Celcom I Talk-Pra Bayar’.

Beliau berkata, beberapa ahli keluarganya termasuk bapa, isteri dan abang juga menyertai skim itu yang menjanjikan keuntungan mudah kepada ahli hingga menarik minat ramai penduduk kampung.

Katanya, ada penduduk terutama di sekitar Kedah termasuk Langkawi terpaksa bergolok bergadai untuk menyertai skim terbabit yang membayar 10 peratus keuntungan daripada jumlah pelaburan dalam 10 hari.


“Difahamkan saya antara 50 individu di sekitar Kedah menjadi mangsa penipuan membabitkan nilai pelaburan lebih RM4 juta selepas menyertai skim itu.


“Ia didalangi dua lelaki berusia 41 tahun yang menjanjikan keuntungan 10 peratus terhadap nilai pelaburan dalam 10 hari,” katanya ketika ditemui.


Dr Hazlimi yang mempunyai klinik sendiri di Langkawi melabur hampir RM400,000 selepas terpedaya dengan keuntungan mudah ditawarkan individu berkenaan pada 2007.


“Saya membuat lapan transaksi pemindahan wang ke akaun bank seorang daripada mereka membabitkan nilai keseluruhan RM385,000. Sebahagian besar wang itu diperoleh menerusi pinjaman bank.


“Pada minggu pertama pelaburan bermula Mac 2007, kumpulan itu memasukkan keuntungan 10 peratus daripada jumlah pelaburan hingga menarik minat saya menambahkan pelaburan,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, beliau sedar menjadi mangsa penipuan selepas dua bulan skim beroperasi apabila penganjur gagal memasukkan keuntungan dijanjikan, malah dua penggerak utamanya menghilangkan diri.


Justeru, beliau membuat dua laporan di Balai Polis Kuah, Langkawi iaitu pada 25 Oktober 2007 disusuli setahun kemudian pada 22 Oktober 2009 selepas tidak berpuas hati dengan proses siasatan terhadap laporan berkenaan.
 
2007 nyer cite....la ni dah 2010...skim camni mmg proses slow sesilap fail kes terus masuk je dlm laci tak bebukak dah...polis pon banyak keje lain lg...pas ni hati hati je la bile dgr skim skim ni...
 
Justeru, beliau membuat dua laporan di Balai Polis Kuah, Langkawi iaitu pada 25 Oktober 2007 disusuli setahun kemudian pada 22 Oktober 2009 selepas tidak berpuas hati dengan proses siasatan terhadap laporan berkenaan.

Perghhh kes dr tahun 2007 lg neh. BNM xde amek port ke? :-?:-?
 
keluor ayer mato darah pon tak kan dapek balek duet tu...
 
bnm nie bukan bley percaya...

depa biaq pemangsa bukak skim scam nie... dah kumpul beratus juta... then baru ambik tindakan... duit semua kena sita rampas... masuk court... n then semua duit tue BNM ambik semua...

dah faham sangat modus operandi BNM nie... mula2 biaq... dah colect berjuta then baru serbu...
 
sorang individu kira kes terpencil kot..

bnm nak amik pot mende
 
Back
Top
Log in Register