rijal2009
Marked as Scammer, (until issue resolved)
- Joined
- Jul 8, 2009
- Messages
- 9,169
- Reaction score
- 286
- Points
- 81
ALOR SETAR: Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan ke pusat pemindahan berkurangan kepada 1,806 petang ini berbanding 5,103 petang semalam.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara berkata, di Kota Setar, jumlah mangsa banjir sehingga jam 4 petang tadi terus berkurangan kepada 45 orang dan di Kubang Pasu terdapat 1,761 orang.
Antara pusat pemindahan yang masih dibuka di Kubang Pasu ialah Dewan Orang Ramai Kodiang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Megat Dewa, Sekolah Kebangsaan (SK) Tunjang, SMK Indera Putera, SK Kodiang, Surau Kampung Lahar Halban, SMK Permatang Bonglai dan SK Sri Muda manakala di Kota Setar hanya satu sahaja pusat pemindahan yang masih dibuka iaitu di SMK Hutan Kampung. -Bernama