Hanya Satu Panggilan Palsu Diterima Bomba Perlis Tahun Lepas

CG Sponsors




AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
Hanya Satu Panggilan Palsu Diterima Bomba Perlis Tahun Lepas
KANGAR: Jika Jabatan Bomba dan Penyelamat di negeri lain menerima puluhan kalau tidak ratusan panggilan kecemasan palsu saban tahun, perkara sebaliknya berlaku di Perlis yang hanya merekodkan satu panggilan sahaja pada tahun lepas.

Timbalan Pengarah Bomba negeri, Mohd Fadzil berkata, angka itu menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi pada kalangan rakyat Perlis memandangkan pada tahun sebelumnya terdapat empat panggilan kecemasan palsu direkodkan.

"Sepanjang tahun lepas kita menerima 220 panggilan kebakaran dan sebahagian besar adalah panggilan kebakaran belukar," katanya kepada pemberita selepas majlis perbarisan tahunan 2010 dan penyampaian anugerah khidmat cemerlang jabatan itu di sini hari ini.

Beliau berkata, jumlah kerugian pula dianggar RM642,330.

Mohd Fadzil berkata, jabatan itu juga bersedia membantu mana-mana pihak yang ingin menubuhkan pasukan bomba sukarela termasuk membekalkan pakaian dan peralatan yang diperlukan.

Sehingga kini terdapat sembilan pasukan bomba sukarela di negeri itu, iaitu di Padang Besar, Kaki Bukit, Lubuk Sireh, Arau, Pauh, Kuala Sanglang, Kuala Perlis, Padang Melangit dan Simpang Empat. - BERNAMA
 
Sponsored Post

Abdullah

Active Member
Joined
Jul 7, 2007
Messages
1,294
Reaction score
11
Points
25
rakyat negeri perlis skit beb . x yah lah kecoh , lainlah kalau "Hanya Satu Panggilan Palsu Diterima Bomba Perak/Pahang/Sarawak/Sabah Tahun Lepas" baru boleh kecoh
 

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
biasalah beb, dah nama berita. tak nak baca buka forum lain beb.
 

FaRid^sp

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2009
Messages
5,745
Reaction score
13
Points
65
lepas ni ramai la yg buat call sebab dah ada advertise dalam paper & cg..
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
rekod dunia nie
 
Sponsored Post
Top
Log in Register