BTC USD 100,814 Gold USD 3,367.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hanya RM1.50 Mi Sanggul Kuah Kacang Jadi Tarikan Di Tapah Road

combat13

Super Active Member
Messages
6,250
Joined
Dec 18, 2007
Messages
6,250
Reaction score
201
Points
73
1922f22d80a75da77b505f385966d5866808c8292eb3e

24393b358d150db7d9d56089442426aa6808c96665cde

7d1f7f50a4fcaf81ce79e2636efd567e6808c809afb1d

Pemilik gerai Suriati Shairi, 41, melihat pelanggannya menikmati mi sanggul di Kampung Haji Hassan, Tapah Road yang menjual mi sanggul kuah kacang hanya dengan harga RM1.50 sepinggan.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Di sebalik kenaikan harga barangan, sebuah gerai makanan di Kampung Haji Hassan, Tapah Road di sini, menjual mi sanggul kuah kacang hanya pada harga RM1.50 sepinggan.

Mengekalkan resipi warisan turun-temurun sejak lebih 80 tahun lepas, gerai ‘Yeop Din’ sememangnya menjadi tumpuan penduduk sekitar kawasan Parlimen Tapah yang ingin merasai keenakan makanan itu pada harga tidak masuk akal.

Pemilik gerai Suriati Shairi, 41, berkata dia menjual mi sanggul kuah kacang pada harga RM1 sejak 2003 namun menaikkan harga sebanyak 50 sen pada dua minggu lepas.

“Ramai yang terkejut dengan harga ini dan mempersoalkan boleh ke saya dapat untung? Alhamdulillah, rezeki sentiasa cukup. Saya juga mampu menghantar anak sulung saya ke Universiti Malaysia Terengganu,” katanya kepada Bernama.

Suriati berkata penyediaan bahan bagi membuat makanan itu tidak rumit kerana hanya menggunakan, antaranya mi, kacang, minyak dan kicap namun keunikan menu berkenaan terletak pada dua bahan utama iaitu mi sanggul dan kuah kacang.

Mi sanggul berkenaan ditempah khas dari Teluk Intan, diadun menggunakan kaedah tradisional yang menghasilkan tekstur kenyal dan halus.

“Dulu kami buat sendiri mi sanggul itu, tetapi kerana kekangan masa dan pekerja, kami beli walaupun rasanya sedikit lain, tetapi rahsia utama masakan ini adalah kuah kacang istimewa kami. Apabila (kuah kacang) digaul dengan mi sanggul yang direbus dan digoreng, rasa dia memang luar biasa,” katanya.

Suriati berkata resipi berkenaan berasal daripada nenek suaminya Allahyarham Ramlah Hassan yang juga anak kepada peneroka awal Kampung Haji Hassan.

 
Back
Top
Log in Register