BTC USD 38,167.2 Gold USD 1,831.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hanya pekerja asing Indonesia minat kerja di ladang kelapa sawit

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1

Hanya pekerja asing Indonesia minat kerja di ladang kelapa sawit​

December 7, 2021
Wee-Jeck-Seng-696x381.jpg

Oleh EVA NATASHA SADALI

KUALA LUMPUR
: Kerajaan tidak bercadang untuk mengambil pekerja asing selain dari Indonesia untuk memenuhi keperluan tenaga buruh bagi industri sawit negara.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Seri Dr Wee Jeck Seng, berkata ini berikutan pekerja asing dari negara lain kurang berminat terhadap sektor itu yang kebanyakan dimonopoli tenaga kerja dari negara jiran itu.


Katanya, kebanyakan pengusaha ladang sawit juga lebih suka mengupah tenaga kerja Indonesia berikutan pengalaman serta kemahiran mereka bekerja di industri itu.

“Bagi negara lain, mereka tidak begitu berminat kerana untuk membawa pekerja asing ke bidang ini juga kena pastikan mereka mampu dan berminat untuk menceburi bidang itu,” katanya menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Fadhli ingin tahu mengenai usaha kerajaan untuk membawa pekerja dari negara lain bagi memastikan kekurangan tenaga kerja dapat diatasi segera.

Menjawab soalan asal Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan), Jeck Seng berkata berdasarkan purata harga Minyak Sawit Mentah (MSM) sebanyak RM4,555 satu tan, nilai kerugian akibat kekurangan guna tenaga pada Ogos tahun ini adalah sebanyak RM14 bilion setahun.

Katanya, anggaran jumlah kerugian ini meningkat sebanyak 56 peratus dan lebih 100 peratus berbanding tahun 2020 dan 2019 yang jumlah kerugian akibat masalah kekurangan guna tenaga, masing-masing dianggarkan sebanyak RM9 bilion dan RM6 bilion setahun.

“Bagi memastikan angka kerugian tidak terus meningkat, kementerian berusaha membawa masuk pekerja asing ke Malaysia bagi mengisi kekurangan guna tenaga. Selain itu, kerajaan sentiasa menyarankan penggiat industri untuk menggunakan mekanisasi dalam proses kerja,” katanya. –HARAKAHDAILY 7/12/2021
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,430
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,430
Reaction score
22,256
Points
1,831
Awards
1
Mmg indon je kerja2 nyawit ni. Rajin, kuat. Bangla ada jgk bawak masuk tapi payah nak handle. Kerja nak ada kawan, sorg xdatang sume xnak masuk kebun. Alamak ai

Cuma indon ada tempat dah pandai demand harga skang. Xbole bagi harga dimintak, owner kebun lain bole bayar, cabut la dia
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1
Huntong laa
Keje sawit gaji besau 3ribu
Hujan emas di negri org
 

eizzbizz

Super Active Member
gem
Messages
9,849
Joined
Sep 2, 2009
Messages
9,849
Reaction score
1,083
Points
156
kalo bangla .. dorang tau mau bercinta dgn org tempatan .. kawin dan buat biz ...
keje kasar² ni dorang malas
 

theblur

Super Active Member
gem
Messages
7,769
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,769
Reaction score
1,022
Points
151
Ada sebab tu suka ladang sawit.. boleh bercucuk tanam dan buat reban ayam.


Kalau aku ada gaji rm5k, internet laju, ada sungai, memang aku suka keja dalam hutan/ladang.
 

silasroon

Active+ Member
gem
Messages
4,482
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,482
Reaction score
1,786
Points
111
Mungkin industri sawit pun ada 'dragon'......hehehehe
 

fardly83

Active Member
Messages
1,694
Joined
Mar 6, 2009
Messages
1,694
Reaction score
101
Points
33
nak keja sawit jauhnya dok di puchong. hahaha
 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,032
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,032
Reaction score
3,126
Points
261
Awards
1
Penat ooo buat kerja sawit nie, betoi2 pakai tenaga....klau sapa yg xbiasa sehari ja la kerja pastu lari mlm la hahaha
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register