balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUALA TERENGGANU - Demi menyelamatkan nyawa isteri dan cucunya, seorang pesara guru terpaksa mengorbankan kereta mewah miliknya apabila hanya melihat kenderaan itu dilarikan penjenayah yang menceroboh masuk kediamannya, dalam satu kejadian di Kampung Alor Keladi, Jertih, Besut, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, empat penjenayah yang bersenjatakan parang turut mengugut ketiga-tiga beranak itu, sebelum merampas kesemua barang kemas milik isteri mangsa.
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang baru pulang dari masjid berhampiran selepas menunaikan solat Asar ternampak seorang lelaki sedang membuka kereta miliknya.
“Sejurus ternampak kelibat mangsa, salah seorang penjenayah tersebut terus meluru ke arahnya sambil memegang sebilah parang dan mengugut agar tidak melawan.
“Penjenayah berkenaan memberi amaran agar mangsa berdiam diri. Turut sama diugut, isteri mangsa dan seorang cucu lelakinya berusia 12 tahun yang ketika itu berada di dalam rumah.
“Bimbang akan keselamatan mereka, ketiga-tiga beranak itu hanya berdiam diri sebelum dua daripada penjenayah berkenaan bertindak naik ke atas rumah dan memaksa isteri mangsa menyerahkan kunci kereta milik suaminya,” katanya.
Jelas sumber, difahamkan penjenayah berkenaan datang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna silver dan hanya dua daripada mereka melakukan samun manakala dua lagi menunggu di dalam kereta.
Susulan kejadian, mangsa membuat laporan di Balai Polis Jertih sejurus kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis daerah Besut, Superitendan Khaled Che Lah yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Dia turut menjelaskan siasatan kini sedang dijalankan dan usaha menjejaki penjenayah tersebut kini sedang giat dijalankan.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/hanya-biar-kereta-dilari-penjenayah-1.324977