BTC USD 22,916.0 Gold USD 1,867.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hanya 2.6 peratus pencarum KWSP mampu bersara selesa

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,484
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,484
Reaction score
21,344
Points
2,866
Awards
1
#BHnasional Ramai pekerja tiada paras simpanan ideal RM600,000 untuk tampung hidup
https://bit.ly/3XRmCVn

Hanya 2.6 peratus pencarum KWSP mampu bersara selesa​


Januari 25, 2023 @ 12:13pm


BelanjaBujang_1674619978.jpg


SHAH ALAM: Kira-kira 97 peratus pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun dan ke bawah tidak mempunyai paras simpanan ideal sebanyak RM600,000 untuk bersara dengan selesa di bandar utama.

Menurut data terkini KWSP, hanya sebilangan kecil, iaitu 2.6 peratus atau 350,000 pencarum daripada 13.1 juta pencarum berusia 55 tahun dan ke bawah mencapai paras kecukupan simpanan atau paras ideal itu.

Anggaran simpanan persaraan ideal RM600,000 itu dikeluarkan oleh KWSP bagi membolehkan seseorang pencarum bujang menampung kehidupan untuk tempoh 20 tahun selepas bersara, iaitu kira-kira RM2,500 sebulan.

Jumlah itu juga sejajar dengan jangkaan tempoh purata jangka hayat di negara ini yang sudah mencecah 80 tahun.





Ketika ini, jumlah ahli KWSP di bawah usia 55 tahun ialah kira-kira 13.1 juta, sementara jumlah keseluruhan ahli adalah 15.7 juta.

KWSP melancarkan 'Belanjawanku: Panduan Perbelanjaan Untuk Individu dan Keluarga Di Malaysia' pada 2019 sebagai panduan yang menunjukkan perbelanjaan minimum bulanan atas setiap kategori barangan dan perkhidmatan yang diperlukan setiap isi rumah di Lembah Klang bagi mencapai taraf hidup yang baik.

Ia juga menyediakan panduan menyeluruh, termasuk peruntukan untuk keperluan asas, pembabitan sosial, simpanan yang disyorkan, pembayaran balik pinjaman dan keperluan kecemasan.

Panduan itu dihasilkan dengan kerjasama KWSP dan Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya.

Pencarum aktif 8.4 juta
Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, berkata paras RM600,000 dilihat sebagai paras ideal bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar utama seperti Kuala Lumpur bagi membiayai kehidupan selepas bersara.

Beliau berkata, bagi mereka yang tinggal di luar Lembah Klang seperti di Alor Setar, jumlah simpanan persaraan ideal ialah kira-kira RM500,000.

Nurhisham Hussein.


Nurhisham Hussein.

"Berdasarkan angka kami, kalau bersara atas duit simpanan persaraan, paras ideal ialah RM600,000," katanya kepada BH ketika diminta mengulas mengenai jumlah simpanan ideal untuk bersara di Malaysia.

Mengenai paras gaji pencarum KWSP ketika ini, Nurhisham berkata, berdasarkan perangkaan dalaman KWSP, gaji penengah pencarum yang aktif pada masa ini dilihat sudah meningkat berbanding paras sebelum COVID-19.

Nurhisham berkata, gaji penengah ahli KWSP yang aktif kini berada pada paras RM2,300, berbanding RM2,200 sebelum pandemik.

Katanya, ketika ini jumlah pencarum KWSP yang aktif adalah sekitar 8.4 juta, iaitu rekod tertinggi dalam sejarah pengurus dana pencen itu.

"Jumlah ahli yang mencarum secara sukarela juga telah meningkat kepada 398,000 pada 2022 berbanding 197,000 sebelum ini," katanya.

Selain itu, Nurhisham berkata, pendaftaran majikan baharu juga telah meningkat sebanyak 30 peratus kepada 94,000 pada 2022 berbanding 72,000 sebelum ini.

Beliau berkata, pembukaan semula ekonomi dan kembalinya keyakinan untuk menjalankan perniagaan adalah antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan pendaftaran majikan baharu.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,484
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,484
Reaction score
21,344
Points
2,866
Awards
1

Simpanan asas wajar pada usia 55 tahun adalah RM240,000 – KWSP​


Januari 24, 2023 @ 1:01pm


Sebahagian besar ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun hanya mempunyai baki simpanan persaraan di bawah RM10,000 yang dianggap berada pada paras tenat. - Foto hiasan
Sebahagian besar ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun hanya mempunyai baki simpanan persaraan di bawah RM10,000 yang dianggap berada pada paras tenat. - Foto hiasan

SHAH ALAM: Sebahagian besar ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun hanya mempunyai baki simpanan persaraan di bawah RM10,000 yang dianggap berada pada paras tenat.

Ini kerana mengikut data KWSP, hingga akhir tahun lalu 51.5 peratus atau seramai 6.67 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun hanya mempunyai simpanan persaraan di bawah paras RM10,000.



Jumlah berkenaan meningkat sebanyak 9.7 peratus atau 591,000 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, berkata kebenaran pengeluaran itu memberikan kelegaan kewangan kepada ahli ketika pandemik, namun situasi itu menyebabkan jumlah simpanan mereka merosot dan ia perlu dibina semula.


"Sebahagian besar pencarum masih mempunyai simpanan yang rendah. Jumlah pencarum dengan simpanan bawah RM10,000 masih pada paras 51.5 peratus setakat akhir 2022. Situasi ini amat membimbangkan.

"Dianggarkan masa yang perlu diambil untuk paras simpanan kembali ke paras asal ialah antara tiga hingga lima tahun," katanya kepada BH dalam satu temu bual, baru-baru ini.

Tahap simpanan menyusut
Nurhisham berkata, sebahagian besar ahli KWSP yang membuat pengeluaran khas adalah terdiri daripada Bumiputera iaitu 5.1 juta atau 76 peratus.

Katanya, tahap simpanan penengah (median) untuk Bumiputera juga menyusut daripada RM6,600 pada hujung 2021 kepada RM4,700 pada hujung 2022, yang mana jauh daripada sasaran RM240,000 untuk simpanan asas.

"Jumlah simpanan yang rendah itu berikutan pelaksanaan empat kemudahan pengeluaran berkaitan COVID-19 iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra serta Pengeluaran Khas yang membabitkan pengeluaran keseluruhan berjumlah RM145 bilion.

"Ia juga berikutan paras gaji di negara ini yang masih rendah meskipun sudah mula mencatatkan peningkatan pada masa ini susulan pemulihan daripada tempoh pandemik COVID-19," katanya.

Beliau berkata, kemudahan pengeluaran itu dibenarkan memandangkan situasi yang dihadapi ketika pandemik adalah sangat luar biasa dan belum pernah dialami sebelum ini.

Mengenai sama ada KWSP akan membenarkan lagi kemudahan pengeluaran selanjutnya bagi membantu ahli yang terus terkesan, Nurhisham berkata, pengurus dana persaraan itu akan membiarkan perkara berkenaan diputuskan kerajaan.

Baginya, berdasarkan keadaan semasa, terdapat kaedah lain yang boleh dilaksanakan untuk membantu golongan terkesan dan tiada keperluan kemudahan pengeluaran seumpama itu dilaksanakan lagi.
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,484
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,484
Reaction score
21,344
Points
2,866
Awards
1

Khairul Azri


· 28m ·

51.5% bersamaan 6.67 Juta daripada keseluruhan 12.95 Juta ahli KWSP hanya ada simpanan bawah RM10,000 bagi kedua-dua akaun mereka.

Meningkat sebanyak 9.7% iaitu pertambahan 591,0000 ahli yang ada simpanan kurang RM10,000 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Sebahagian besar peningkatan disumbangkan oleh pencarum Bumiputera selepas pengeluaran ketika PKP.

Pencarum Bumiputera mewakili 5.1 Juta ahli bersamaan dengan 76% pencarum telah mengeluarkan wang dari akaun KWSP mereka melalu program I-lestari, I-sinar, I-citra dan pengeluaran khas berjumlah keseluruhan RM145 bilion.

Sumber:KWSP

324425937_508787131438629_8820350140692874326_n.jpg
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,484
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,484
Reaction score
21,344
Points
2,866
Awards
1

Khairul Azri

· 16m ·

Ada yang komen,

"Entah berapa percent je yg boleh hidup pada umur 55 tuu, bagi jelah duit tu depa rasa sementara dok ada".

Komen aku:
1. Setakat hari ini, Malaysia ada lebih dari 5.2 Juta orang yang berumur 55 tahun ke atas yang masih hidup, bersamaan hampir 16% keseluruhan rakyat Malaysia

2. Kadar purata jangka hayat bagi rakyat Malaysia bagi tahun 2023 adalah pada umur 76.65 tahun, dan jangka hayat sihat pada sekitar 65.7 tahun.

325662867_1658090577941880_7102965947765070131_n.jpg
 

sapit87

Super Active Member
gem
Messages
8,773
Joined
Oct 4, 2012
Messages
8,773
Reaction score
644
Points
121
setuju..maksudnye majikan kene la naikan gaji supaya tolakan tiap2 bulan dapat tampung sampai pencen esok. ni basic pun rm1.3-1.5k je mcm manala kenaikan gaji dapat nk tampung pencen esok kalu stakat carum pun x seberapa..kwsp pun dividen kene la bg dividen tinggi lg jgn dok sembang je
 
Last edited:

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,484
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,484
Reaction score
21,344
Points
2,866
Awards
1


Mohamad Jamalee

· 35m ·

Sejujurnya secara peribadi dah tak nak sentuh bab KWSP sebab tahun lepas, selepas banjir Hulu Langat, saya sendiri kata ianya permintaan terakhir. So yeah, trying to keep true to my word lah.

Tapi bila baca alasan yang sama ni, buat rasa menyampah pulak

Pertamanya, desakan pengeluaran KWSP kali ini tak sehebat sebelum ni. So saya rasa patutnya KWSP buat derk je lah. Biar menteri-menteri handle benda ni. KWSP sendiri tak perlu keluar statement.

Keduanya, PM sendiri kata kerajaan harus memikirkan cara lain selain dari keluar KWSP ni. So kerajaan keluarkanlah solusi.

Bila KWSP sendiri keluarkan statement, statement pulak ulang benda sama yang orang dah banyak kali bidas, rasa menyampah tu timbul.

Contohnya pengulangan hujah "51.5 peratus pencarum kurang RM10,000".

Yang kurang tu lantak pi lah. Depa pun tau tak mintak. Yang mintak ni confirmlah yang tau berapa banyak depa ada dan berapa. Setakat RM10K ke, macam tak luak pun dekat akaun depa.

Kalau 51.5% tu bersamaan 6.67 juta ahli kurang dari RM10,000, ada baki lagi 48.5% yang ada lebih. Berapa juta pencarum tu? Berapa banyak pulak depa dapat bantu untuk gerakkan ekonomi kalau berjaya keluarkan duit?

Cuba bagi pecahan 51.5% atau 6 67 juta ahli yang kurang RM10K tu.

1. Berapa ramai kerja kurang dari 12 bulan?
2. Berapa ramai suri rumah?
3. Berapa ramai yang dah lama tak mencarum?
4. Berapa ramai yang skim pencen?

Dan begitu banyak lagi persoalan yang boleh buatkan 51.5% ni sebenarnya nombor yang tak menggambarkan keadaan sebenar pun.

Orang mintak pengeluaran ni sebab makin ramai terpaksa buat unnecessary debt.

Kalau dulu buat hutang untuk besarkan perniagaan, atau untuk tampung kos. Sekarang dah ramai tahap buat hutang tutup hutang. Tak sihat bang..

Reality is ramai yang mampu berbelanja pun dalam mode menyimpan sekarang. Semua dalam keadaan berjaga-jaga dengan keadaan ekonomi ke depan ni.

So bila ramai menyimpan dan berjaga, jualan terutamanya IKS besar impaknya. Terutama yang meniaga bukan barang keperluan.

Untuk orang berbelanja ni mudah je:
1. Sekuriti pekerjaan tu ada. Bulan ni berbelanja, bulan depan dapat gaji lagi. Tapi kalau keadaan sekarang menunjukkan ramai yang kena lay-off, siapa yang berani nak berbelanja.
2. Kerajaan sendiri kalau mode-nya berjimat, asyik ulang-ulang pasal hutang, tak tunjuk keyakinan untuk berbelanja, apatah lagi rakyat biasa. Kalau kerajaan sendiri yang boleh terbit bon, tambah hutang, dan pelbagai cara lain lagi untuk buat duit sendiri nak berjimat, eh orang biasa ni lagilah tak nak berbelanja.

Kalau kerajaan dan KWSP berdegil nak gunakan hujah nanti hari tua tak ada simpanan, orang lain pun boleh gunakan hujah untuk apa kalau boleh keluar hari tua nanti pun tapi hanya untuk digunakan bayar hutang dan faedahnya.

Malah lebih banyak kena keluar duit sebab nature hutang tu ia bertambah.

Kalau tak nak bagi keluar KWSP, tak apa. Tapi kerajaan hari ni kena tunjukkan depa tau dan jelas keadaan semasa dan nampak sedang berusaha tangani benda ni.

Tapi masalahnya tak.

326052673_734060771320378_2902793675524852752_n.jpg

326954625_2429370947215815_9105073746880887364_n.jpg
 
Sponsored Post

Top
Log in Register