BTC USD 57,327.8 Gold USD 1,773.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hantu terdiam bila wanita ini mengamuk

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,394
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,394
Reaction score
2,966
Points
201

Hantu terdiam bila wanita ini mengamuk​

PETALING JAYA – Tular sebuah video mengenai seorang wanita telah memarahi ‘sesuatu’ di dalam siling sebuah premis dipercayai akibat terkena gangguan misteri seperti bunyi dibaling batu.

Menerusi perkongsian video oleh @Beaufit04 di laman aplikasi TikTok, kelihatan seorang wanita memanjat tangga untuk melihat punca bunyi yang ada di atas siling tersebut sambil memarahi ‘benda’ tersebut.


Berdasarkan video berdurasi 27 saat oleh @Beaufit04 di TikTok itu, selepas wanita tersebut memarahi ‘benda’ berkenaan kejadian bunyi misteri itu tidak lagi berlaku.

Difahamkan gangguan berkenaan dialami hampir setiap hari, namun pada kali ini mereka sudah tidak tahan lagi kerana bunyi tersebut semakin kuat seperti ada orang menebar pasir serta membaling batu di dalam siling itu.

Pemilik akaun itu juga mendakwa bahawa ada individu yang tidak bertanggungjawab telah menghantar sesuatu untuk mengganggu mereka.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan wanita berkenaan yang berani memarahi ‘benda’ itu dan orang ramai juga berkongsi pengalaman seperti kejadian itu..

“Ingat lelaki sahaja takut bila perempuan naik hantu, rupa-rupanya hantu pun takut bila perempuan jadi hantu, baru sekarang saya tahu siapa yang lebih berhantu,” ujar @Jolabu78.

“Hantu pun takut, jangan main-main dengan perempuan sekali dia marah habis semua saka lari balik dekat tuan dia,” kata @aishah_ecah1.

“Saya pernah kena kacau macam ini, lepas itu saya cakap kau tunggu aku melawat kau dekat neraka, lepas itu aku gelakkan kau pula nanti, terus dia berhenti kacau,” jelas @amirul.fikry.

Sehingga kini perkongsian tersebut mendapat 724,900 tontonan dan 53,700 tanda suka di TikTok. – K! ONLINE
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,786
Top Poster #5
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,786
Reaction score
22,055
Points
1,671
Kena bebel hantu pun cabut. Bernanah telinga
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register