Info Hantavirus - Lebih Berbahaya Daripada Novel Coronavirus ?

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,316
Reaction score
3,057
Points
236
Ketika seluruh dunia sedang bergelut dengan kekacauan yang tercetus akibat novel coronavirus, satu lagi virus seolah-olah memperburukan lagi keadaan di China. Terbaru, seorang lelaki dari wilayah Yunnan di Tenggara China telah disahkan positif hantavirus pada 24 Mac 2020.



Menurut Global Times China, lelaki berkenaan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke wilayah Shandong atas urusan kerja menaiki bas yang disewa. 32 penumpang yang lain dalam bas terbabit juga diuji untuk virus ini. Kematian ini telah menyebabkan gelombang panik di kalangan orang awam kerana mereka bimbang sama ada mereka perlu bersedia untuk berhadapan dengan satu lagi virus membunuh.

Berita mengenai hantavirus ini muncul pada masa yang sangat kritikal ketika saintis dan pakar perubatan di seluruh dunia berlumba-lumba untuk mencari penawar COVID-19. Namun begitu, kita mungkin tidak perlu begitu bimbang dengan virus ini.


Apa sebenarnya hantavirus?



Menurut Pusat Penyakit dan Pencegahan Penyakit (CDC), hantavirus adalah keluarga virus yang tersebar terutamanya oleh tikus dan boleh menyebabkan sindrom penyakit bervariasi terhadap manusia di seluruh dunia. Hantavirus dinamakan bersempena dengan kawasan Sungai Hantan di Korea Selatan di mana wabak awal diperhatikan dan diasingkan pada tahun 1976 oleh Ho Wang Lee.

Jangkitan dengan mana-mana hantavirus boleh menyebabkan penyakit hantavirus pada manusia. Ia boleh menyebabkan sindrom pulmonari hantavirus (HPS) dan demam berdarah dengan sindrom buah pinggang (HFRS). Virus ini dikenali sebagai hantavirus "New World" di Amerika Syarikt dan satu lagi yang dikenali sebagai hantavirus "Old World" kebanyakannya ditemui di Eropah dan Asia.

Oleh kerana terdapat jenis hantavirus yang berbeza, setiap serotype hantavirus mempunyai spesies tikus perumah tertentu.


Adakah ia lebih berbahaya daripada coronavirus?



Walaupun hantavirus merujuk kepada keluarga berbahaya virus, ia tidak setanding dengan novel coronavirus baru. Hantavirus bukanlah sesuatu yang baru dan telah diketahui selama beberapa dekad. Ia tidak mudah dipindahkan antara manusia dan jangkitan biasanya berlaku dengan meminum air kencing, najis atau air liur atau tikus. Ia juga boleh menjangkiti seseorang daripada gigitan tikus namun agak jarang berlaku.


Perbezaan dengan coronavirus dan cara hantavirus merebak



Adalah penting untuk kita ketahui bahawa tidak seperti coronavirus, hantavirus tidak merebak dari seorang manusia ke manusia yang lain. Ia tersebar melalui sentuhan air kencing tikus dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut sendiri. Oleh itu, manusia yang dijangkiti dengan hantavirus biasanya bersentuhan dengan tikus yang membawa virus ini. Menurut CDC, serangan tikus di dalam dan di sekitar rumah kekal sebagai risiko pendedahan utama terhadap hantavirus.



Namun, pada tahun 2005 dan 2019, penularan virus dari manusia kepada manusia melibatkan virus Andes (keluarga hantavirus) dilaporkan di Amerika Selatan. Virus ini juga merebak apabila zarah-zarah yang mengandungi virus ini bergerak di udara dan jangkitan akan berlaku jika anda menghirup zarah virus yang ada di udara.

Inilah sebabnya mengapa kita perlu mengelakkan menyapu atau memvakum kawasan yang dipenuhi dengan tikus. Gejala Hantavirus Pulmonary Syndrome (HPS) dan Demam Hemorrhagic dengan Sindrom Renal (HFRS). Disebabkan jumlah kes yang dilaporkan melibatkan HPS adalah rendah, maka tempoh inkubasi virus ini masih belum diketahui dengan jelas.

Antara tanda-tanda awal HPS termasuklah:

  1. Keletihan
  2. Demam
  3. Sakit otot
  4. Sakit kepala
  5. Pening
  6. Mengigil
  7. Masalah perut

Tanda-tanda akhir HPS

Sekitar 4 hingga 10 hari selepas gejala awal HPS, gejala akhir HPS akan muncul, termasuklah:

  1. Sesak nafas
  2. Paru-paru dipenuhi bendalir

Tanda-tanda awal HFRS

Tidak seperti HPS, gejala HFRS bermula dengan tiba-tiba dan termasuklah:

  1. Sakit kepala,
  2. Sakit belakang
  3. Sakit perut
  4. Demam
  5. Mual
  6. Mengigil
  7. Kemerahan pada muka dan mata
  8. Keradangan
  9. Ruam

Tanda-tanda akhir HFRS
  1. Tekanan darah rendah
  2. Kejutan akut
  3. Kebocoran vaskular
  4. Kegagalan buah pinggang akut
Menurut CDC, keterukan penyakit ini berbeza bergantung kepada virus yang menyebabkan jangkitan.

Rujukan;
 
Top
Log in Register