Hantaran Aileen hina salam Islam tidak ditemui polis

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,151
Reaction score
1,533
Points
151
Hantaran asal hina Islam tidak ditemui - Polis
1600584979586.jpeg

KUALA LUMPUR: Polis belum menerima sebarang laporan berhubung satu tangkap layar daripada satu hantaran di akaun Facebook (FB) menggunakan nama Aileen Yan yang dikatakan menghina umat Islam dan tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata semakan pihaknya mendapati hantaran asal dan profil pemilik akaun FB Aileen Yan itu sudah tiada.

"Kita tidak dapat mengesan hantaran asal dan profil pemilik akaun FB berkenaan… tidak wujud.

"Buat masa ini tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung hantaran berkenaan," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Baru-baru ini, tular hantaran menunjukkan tangkap layar dipercayai daripada satu hantaran dimuat naik dalam akaun FB mengguna nama Aileen Yan yang seolah-olah mempersenda ucapan 'Salam' yang biasa digunakan umat Islam.

Menerusi tangkap layar hantaran yang tular itu, Aileen Yan dikatakan mempersenda ucapan 'Assalamualaikum' dan 'Waalaikumusalam' yang ditukar dengan bunyi yang hampir sama dalam dialek Hokkien.

Dia juga dikatakan mengkiaskan ucapan salam yang dialih ke dialek Hokkien itu dengan pandangannya mengapa kegiatan rasuah dalam kalangan pegawai yang korup di negara ini sukar dihapuskan.

Hantaran berkenaan yang ditularkan di media sosial mendapat kecaman daripada pelbagai pihak terutama dalam kalangan netizen yang mengatakan perkara itu menghina umat Islam.
 
Sponsored Post

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,109
Reaction score
115
Points
43
udam padam le, fb trus deactivate :LOL:
 

TamingSari

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 28, 2006
Messages
25,466
Reaction score
158
Points
138
Pening gak bila baca tajuk kat What New td huhu
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,443
Reaction score
1,950
Points
201
kelakar la .....tak jumpa..jadi beruang...lepas ni jadi Avengers pulak
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,151
Reaction score
1,533
Points
151
Dulu ada cybertrooper menyamar guna nama cina utk hina islam tp da kene cekup
 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,389
Reaction score
382
Points
51
hahaha..lawak..org tgk laman porno buleh pulak cari spi ke rumah tp org hina Islam pos dlm fb cari xjumpa..silapmata apakah ini?
 

cik_piz

Fun Poster
Joined
Jan 24, 2011
Messages
314
Reaction score
17
Points
15
ala viral kan je pic muka dia & nama.. lama2 nnti dapat la trace..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register