Hang Tuah Menjadi Duta Di Vijayanagar- Panglima Vijayanagar Dikalahkan

CG Sponsors




rayz

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2007
Messages
12,938
Reaction score
727
Points
161
sapa cakap hang tuah tak wujud

ingat cerita fantasi pari2 ker



Ramai yang mengenali Hang Tuah sebagai laksamana dan hulubalang Kesultanan Melayu Melaka. Namun tidak ramai yang mengenali Hang Tuah sebagai seorang negarawan,duta dan pengembang silat Melayu di luar negara.

Tidak kurang yang mencemuh Hang Tuah sebagai fiksyen atau khayalan. Ini terjadi kerana orang-orang ini kurang membaca atau mengalami ‘denial syndrome’ yang disebabkan faktor-faktor sama ada mengalami racial hatred ataupun penyakit inferiority complex.

Kita mungkin sudah maklum akan kajian yang membuktikan peranan Hang Tuah di Okinawa dan Kerajaan Ryukyu, kini mari kita perhalusi peranan Hang Tuah di dalam kerajaan Vijayanagara, berdasarkan dari The Discovery of India (1946) oleh Jawaharlal Nehru, perdana menteri India yang pertama.

Jika kita buka minda dan melihat rekod-rekod di luar negara tentang negara atau sejarah kita,kita akan mampu membuat rujuksilang (cross-reference) yang mencukupi bagi menjadikan kita lebih cerdik dan terpelajar. Bagaimana orang-orang Eropah menghargai kebudayaan dan cerita-cerita rakyat seperti orang Inggeris yang berkongsi cerita Hansel & Gretel yang merupakan cerita tradisional Jerman walaupun Jerman pernah menjadi musuh ketat mereka.

Di dalam Hikayat Hang Tuah,kononnya Hang Tuah telah berlayar ke beberapa negara dan seringkali mempamerkan seni silatnya dan menewaskan ahli beladiri negara atau kerajaan yang dilawatinya.

Antaranya, melawat ke ‘Jepun’, ‘Benua ******’ dan ‘Rom’.

Membincangkan tentang lawatan Hang Tuah ke ‘Benua ******’, menariknya,sejarah Hang Tuah melawat Vijayanagara,salah satu empayar terhebat dalam sejarah India telah dicatatkan dalam sejarah malah direkodkan dalam sebuah drama sejarah! Drama sejarah ini bertajuk Bharat Ek Khoj yang dikeluarkan pada tahun 1988 oleh Doordarshan, sebuah badan penyiaran India. Ia ditulis, diarahkan dan diterbitkan oleh Shyam Benegal dengan sokongan pengarah fotografi V. K Murthy.

Ia mengandungi 53 episod yang merentasi sekitar 5000 tahun sejarah India dari sejarah awal hingga tahun kemerdekaannya dari era kolonial pada tahun 1947.

Apa yang menarik, drama sejarah ini berdasarkan buku The Discovery of India yang dikarang oleh Jawaharlal Nehru,perdana menteri India yang pertama.

Berikut adalah senarai episod dalam Bharat Ek Khoj:



Episod

.
1 Bharat Mata Ki Jai
2 The Beginnings (Indus Valley Civilization)
3 The Arrival of the Vedic People (the Rigveda)
4 Caste Formation
5 Mahabharata Part 1
6 Mahabharata Part 2
7 Ramayana Part 1
8 Ramayana Part 2
9 Republics and Kingdoms
10 Negation and Acceptance of Life
11 Chanakya and Chandragupta Part 1
12 Chanakya and Chandragupta Part 2
13 Ashoka Part 1
14 Ashoka Part 2
15 The Sangam Period: Silapaddirakam Part 1
16 The Sangam Period: Silapaddirakam Part 2
17 The Classical Age
18 Kalidas and Shakuntala Part 1
19 Kalidas and Shakuntala Part 2
20 Harshavardhana
21 Bhakti
22 The Chola Empire Part 1
23 The Chola Empire Part 2
24 The Delhi Sultanate and Prithviraj Raso Part 1
25 The Delhi Sultanate and Prithviraj Raso Part 2
26 The Delhi Sultanate and Padmavat
27 Synthesis
28 The Vijayanagar Empire
29 Feudalism
30 The Fall of the Vijayanagar Empire
31 Rana Sanga, Ibrahim Lodi and Babur
32 Akbar Part 1 (Din-e Ilahi)
33 Akbar Part 2
34 Golden Hind
35 Aurangzeb Part 1
36 Aurangzeb Part 2
37 Shivaji Part 1
38 Shivaji Part 2
39 Company Bahadur (East India Company)
40 Tipu Sultan
41 The Bengal Renaissance and Raja Ram Mohan Roy
42 1857 Part 1
43 1857 Part 2
44 Indigo Revolt
45 Mahatma Phule
46 Sir Syed Ahmed Khan
47 Vivekananda
48 Extremists and Moderates
49 And Gandhi Came Part 1
50 And Gandhi Came Part 2
51 Separatism
52 Do or Die
53 Epilogue



Episod di mana disebutkan peranan Hang Tuah itu di istana Vijayanagara ialah pada episod ke-28.

Kisah Hang Tuah ke Benua ****** dalam Hikayat Hang Tuah



Dalam Hikayat Hang Tuah jelas menceritakan bagaimana Hang Tuah telah menewaskan pahlawan Vijayanagara manakala dalam sumber dari India itu pula menyambung bahawa Hang Tuah tadinya yang telah mengalahkan pahlawan India itu dijadikan pula penasihat atau jurulatih kepada pasukan tentera Vijayanagara.



“..Titah baginda ( Raja negeri Bijaya Nagaram-Benua ******-India sekarang), `Hai Laksamana, tahu-kah engkau bermain pedang perisai?` Maka sembah Laksamana, `Daulat tuanku, tahu juga patek barang2 kadar-nya’…” ( ms:359)

“Maka baginda pun menyuroh memanggil pendekar yang tahu terlalu sa-kali pada bermain pedang dan perisai. Maka titah Kisna Rayan, `Hai pendekar, engkau hendak ku-surohkan bertuju dengan Laksamana Hulubalang Melayu.` Maka sembah pendekar itu, `Daulat tuanku, berapa puloh hulubalang Melayu itu akan bertuju dengan patek? Jika sa-orang dua, bukan lawan patik…” ( ms: 360)

“…Maka Laksamana pun melangkah pintu keluar. Maka di-lihat oleh Laksamana pendekar itu hadhir menanti dengan perisai di-luar pintu. Maka Laksamana pun segera mengambil pedang dan perisai di-luar pintu itu daripada tangan orang-nya. Maka Laksamana pun memekis serta menghunus pedang-nya, lalu melompat serta di-kirap-nya (ditangkisnya) perisai menyalahkan parang (tebasan) pendekar itu. Setelah lalu parang pendekar itu, maka di-parang (pancung) oleh Laksamana kena perisai-nya, belah dua lalu ka-pinggang-nya. Maka Laksamana pun menyarongkan pedang-nya. Maka Nala Sang Guna ( Perdana Menteri Bijaya Nagaram) pun memegang tangan Laksamana lalu di-bawa-nya masok ka-balairong.” ( ms 360 )



Ini adalah video yang telah disunting dari siri 28 Bharat Ek Khoj mengenai kisah Hang Tuah di ‘Bijaya Nagaram':


http://historianlodge.historiansecret.com/wp-
content/uploads/2015/12/hangtuah2.jpg.png

Perlahan-lahan kebenaran cerita di dalam Hikayat Hang Tuah semakin tersingkap. Ia seperti orang mencemuh kisah Hang Tuah mengalahkan samurai di Jepun dahulu. Kemudian didapati terdapat rekod-rekod perdagangan antara Melaka dan kerajaan Ryukyu dengan daftar barangan yang lengkap malah kini dibuktikan dengan penemuan surat ‘laksamana’ dan kajian lengkap peranan Hang Tuah di sana menerusi buku Hang Tuah: Catatan Okinawa hasil kajian dua pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM iaitu Prof Emeritus Dr Hashim Musa dan Dr Rohaidah Kamaruddin.





Orang yang mengatakan Hang Tuah adalah khayalan jelas tidak akademik dan kurang cerdik. Padahal Merlin & King Athur jelas khayalan namun dihargai oleh orang Inggeris. Hari ini,sejarah Melayu mesti dibaca bersama-sama sejarah dunia,bukan dibaca bersama-sama orang gila yang merepek dan cetek pengetahuan.

kredit: Rodzuan Ramli (youtube), Sangtawal Sakranta (blogspot.my), The Patriots.my

http://historianlodge.historiansecret.com/?p=1030
 
Last edited:
Sponsored Post

ooz

Active+ Member
Joined
May 24, 2008
Messages
2,762
Reaction score
282
Points
41
mana pula kita kata dia fantasi..
Tapi difantasi kan..
sebab tak boleh lenyapkan fakta, paling mudah, twistkan fakta..

takkan melayu hilang di dunia, bukan ertinya penghapusan etnik,
bukan senang nak hapuskan etnik, tapi hapuskan jatidiri tu dalam proses..

peribadi den, takkan hilang di dunia tu sebab,
benua SEA asal usul tamadun malayu ancient,
peak nya pada empire malaka yang control maritim (macam US-China nak control sekarang), sangat banyak anak2 muda2 malayu merantau ke benua2 lain, dan setel down sana sini..maka bertebaran lah DNA malayu serata benua (tanpa depa sedar ada DNA malayu)..

(apa bole buat, semangat merantau malayu dah lenyap atau deactivated atau masalah jatidiri)
 

TengkuHaadi

Active+ Member
Joined
Mar 24, 2008
Messages
4,309
Reaction score
455
Points
41
Bukan Panglima Kerajaan Vijayanagar, tapi 'Putera Tawanan' Kerajaan Odissa, Prince Virabhadra anak kepada Maharaja Orissa Prataparudra. Vijajanagar dgn Orissa kira musuh ketat n Vijanagar tawan prince Orissa, Prince Virabhadra.

Kalau dalam Hikayat Hang Tuah panglima tersebut akhirnya kene bunuh di Hang Tuah.

Tapi kalau ikut Sejarah Kerajaan Odissa, Maharaja Prataparudra memerintah sekitar tahun 1497 - 1540. Dikatakan Prince Virabhadra dikatakan membunuh diri disebabkan malu sebab dipaksa berlawan dengan orang rendah darjat dan membunuh diri sebelum perlawanan berlaku.

Hikayat Hang Tuah berbeza versi Sejarah dengan Sulalatus Salatin (Kitab Melayu) terutama turutan nama Sultan Melaka, kisah pembunuhan Telanai Terengganu, Kisah Penculikan Tun Teja dan lain lain.

Laksamana Khoja Hasan menggantikan Hang Tuah selepas menghilangkan diri tahun 1495.

Catatan Okinawa takder pun menyebut pasal individu bernama 'Hang Tuah'. Sama jugak Catatan Alfonso Alboquerque.


---------

Catatan Ryukyu

Antara intipati transkrip ialah “Ke bawah Duli Tuanku Raja Melaka yang bijaksana telah mengirimkan “Dun-Man-Pu tungsi” dengan membawa pelbagai hadiah persembahan sebagai tanda persahabatan dan keeratan perhubungan dagangan.”

Perkataan “tungsi” bermakna utusan. Ini bermakna utusan yang dimaksudkan ialah “Dun-Man-Pu”. Untuk pengetahuan, terjemahan “Dun-Man-Pu” adalah dibunyikan dalam sistem fonetik Rumi Cina (Chinese Romanization). Dalam bahasa Melayu, ia dibunyikan sebagai “Tun-Man-Pu”.

Memang kelazimannya para pembesar Melaka ketika itu diberikan gelaran “Tun” berdasarkan kedudukannya. Dalam catatan Cina, bunyi seperti “ma” dalam bahasa Melayu, mungkin ditulis sebagai “ma” ataupun “man”.

Apakah nama pembesar yang dicatatkan sebagai “Man-Pu” itu ialah Hang Tuah? Maka adalah menjadi kewajiban para pengkaji di Malaysia untuk mengaitkan siapakah sebenarnya yang dinamakan sebagai “Man-Pu” itu.

Dengan lebih jauh, para penyelidik dari UPM telahpun membuat ketetapan bahawa utusan ini ialah Hang Tuah. Di manakah kredibiliti sebagai penyelidik akademik di pusat pengajian tinggi tersohor membuat ketetapan yang kurang bijak dalam menterjemahkan manukrip yang bukan dalam bidang mereka.

Menilai dokumen kerajaan Ryukyu mengenai kewujudan Hang Tuah: Megat Mohd Hisemudin
http://www.ismaweb.net/2015/12/29/m...nai-kewujudan-hang-tuah-megat-mohd-hisemudin/


Catatan Alfonso Alboquerque

“Semasa Afonso Dalboquerque belayar ke India selepas menakluki Melaka (1511), telah tiba dua buah kapal mereka (Lequea atau Ryukyu) di pintu masuk Singapura, dan mereka sedang menuju ke Melaka, namun atas nasihat Laksamana, iaitu Ketua Tentera Laut Melaka, mereka tetap berlabuh di situ, dan tidak akan bergerak setelah mendapat tahu yang Melaka telah jatuh ke tangan Portugis…. Laksamana ini seorang yang berumur 80 tahun, perwira yang handal, dan mempunyai reputasi yang baik dan ilmu yang tinggi. Apabila beliau mengetahui bahawa Raja Melaka telah kalah, beliau telah pergi ke Singapura dan bermukim di situ… Afonso Dalboquerque telah menghantar kepada Laksamana jaminan keselamatan, namun dia (Laksamana) enggan datang (ke Malaka)… Beberapa orang Islam di Malaka telah menulis sesuatu kepada Laksamana yang menahannya pergi (ke Melaka), kerana mereka khuatir Laksamana dengan kebolehannya yang istimewa akan dimanfaatkan oleh Afonso Dalboquerque demi kepentingan Melaka.”

Sekiranya Hang Tuah berumur 80 tahun semasa penaklukan Melaka, bermakna beliau lahir sekitar tahun 1430-an.

Catatan dari Laksamana Zheng He takder pun menyebut apa-apa tentang Laksamana Hang Tuah. Laksamana Zheng He meninggal pada tahun 1443, bermakna masa tu Hang Tuah baru berumur sekitar 13 tahun. Kemungkinan sebab masa tu Hang Tuah masih muda belum menjadi orang Istana.

Sama ada catatan Ryukyu atau pun Alfonso, kedua-duanya takder pun menyebut tentang Laksamana bernama Hang Tuah.

Kalau mengikut versi Sulalatus Salatin, Laksamana yang bertugas semasa kejatuhan Melaka bernama Hang Nadim, bukan Hang Tuah.
 

blitz5755

Fun Poster
Joined
Apr 17, 2007
Messages
669
Reaction score
6
Points
15
xde ke wujudnya orang mcm hang tuah pada zaman sekarang. Kadang2 org kita ni perlukan motivasi utk bersatu
 

rayz

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2007
Messages
12,938
Reaction score
727
Points
161
mana pula kita kata dia fantasi..
Tapi difantasi kan..
sebab tak boleh lenyapkan fakta, paling mudah, twistkan fakta..

takkan melayu hilang di dunia, bukan ertinya penghapusan etnik,
bukan senang nak hapuskan etnik, tapi hapuskan jatidiri tu dalam proses..

peribadi den, takkan hilang di dunia tu sebab,
benua SEA asal usul tamadun malayu ancient,
peak nya pada empire malaka yang control maritim (macam US-China nak control sekarang), sangat banyak anak2 muda2 malayu merantau ke benua2 lain, dan setel down sana sini..maka bertebaran lah DNA malayu serata benua (tanpa depa sedar ada DNA malayu)..

(apa bole buat, semangat merantau malayu dah lenyap atau deactivated atau masalah jatidiri)
yg bnyk cakap kutuk fantasi tu geng depa la bro, a

dlm fb dn youtube pun bnyk la mcm tu

sekali ini mcm video ada pulak.:eek:

dulu kutuk melayu malas beranak bnyk mcm arnab sekali jumpa arnab tu org lain la pulak:eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register