BTC USD 36,241.7 Gold USD 1,841.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hang Soon arah tambah tulisan Cina dan Tamil pada papan tanda SJK

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1

Ulasan Apek Cina

19j ·

YB DAP kata, Bahasa Cina adalah jiwa kepada SJK dan Sekolah Menengah Persendirian Cina ( UEC ).
Kerajaan harus MENGHORMATI masyarakat Tiong Hwa.
Ulasan saya:-
Bahasa Melayu adalah jiwa kepada seluruh Malaysia .
Adakah Parti YB menyuruh Masyarakat Tiong Hwa untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita, sepertimana YB menyeru kerajaan untuk menghormati masyarakat Tiong Hwa ?
Kenapa masih ada YB - YB dari Parti YB ni guna Bahasa Bukan Melayu dalam posting media sosial dalam “isu-isu tertentu” ?
马来语马来文是整个马来西亚的灵魂。
YB的党有没有呼吁华社重视我们的国语,如要求政府尊重华社?
为什么还有一些贵党的议员用不是国语的语言,在“特定”的课题在社交媒体发文?
Saya kaum Tiong Hwa. Saya suka sangat Bahasa Ibunda saya. Tetapi saya anak Malaysia. Saya akan memartabatkan Bahasa Kebangsaan saya. Bahasa Kebangsaan adalah jiwa kepada semua warganegara.
Sekian
https://www.facebook.com/255057814552667/posts/5302573003134431/?d=n
—————————————————————-
1638077026638.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
kat Selangor ok je ada Bahasa Cina dengan Tamil pada papan tanda sekolah SJK .. negara2 lain dalam Malaysia x taula undang2 mereka ..

:D
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,223
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,223
Reaction score
3,201
Points
261
Awards
1
Kita tunggu aje keputusan mahkamah 21 dec
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1
Kita tunggu aje keputusan mahkamah 21 dec
tn akudotcom, keputusan mahkamah disember ni adalah pasal sekolah vernakular dan peruntukan kerajaan


yg dlm isu sekarang adalah pasal papan tanda di negeri pahang, melibatkan tulisan cina bahasa mandarin bahasa melayu tulisan jawi
papan tanda sjkc ni bawah bidang kuasa siapa, tu yg jadi persoalan
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,223
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,223
Reaction score
3,201
Points
261
Awards
1
tn akudotcom, keputusan mahkamah disember ni adalah pasal sekolah vernakular dan peruntukan kerajaan


yg dlm isu sekarang adalah pasal papan tanda di negeri pahang, melibatkan tulisan cina bahasa mandarin bahasa melayu tulisan jawi
papan tanda sjkc ni bawah bidang kuasa siapa, tu yg jadi persoalan
Kasi tutup aje mek skolah vernakular tu
Sudah byk kali bikin masalah
Liat betul skolah dragon komunis ni
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,438
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,438
Reaction score
22,258
Points
1,831
Awards
1
Pemangku pahang kasi tegur je puak ni. Taula senyap nnt
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1
Beliau sebaliknya berkata segala keputusan mengenai papan tanda itu melibatkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan kerajaan Pahang.

Halimah enggan ‘campur tangan’ isu papan tanda SJKC tiada tulisan Cina​


November 28, 2021 1:45 PM

HALIMAH_MOHAMED_SADIQUE_NATIONAL_UNITY_MINISTER_FMT_06082020-11.jpg


Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique berkata keputusan mengenai papan tanda SJKC itu melibatkan Kementerian Pendidikan dan kerajaan Pahang.

KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan Negara, Halimah Mohamed Sadique enggan mengulas mengenai isu beberapa sekolah rendah bantuan kerajaan beraliran Cina di Pekan, Pahang menerima papan tanda nama sekolah baru tanpa aksara Cina.

Beliau sebaliknya berkata segala keputusan mengenai papan tanda itu melibatkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan kerajaan Pahang.

“Oleh kerana ini (melibatkan) Jabatan Pendidikan, saya rasa kita patut mendapatkan respons daripada KPM dan kedua, kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 dan [email protected] Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025.
Beliau diminta mengulas laporan Sin Chew Daily baru-baru ini apabila Jabatan Pendidikan Pahang membekalkan papan tanda mengandungi nama sekolah SJK (C) dalam Bahasa Melayu dan tulisan Jawi, tetapi tidak dalam aksara Cina.



Sekolah terbabit adalah di SJK (C) Yoke Hwa dan SJK(C) Kee Wha.

Bagaimanapun semalam, Timbalan Menteri Pendidikan Mah Hang Soon dilapor telah mengarahkan jabatan pendidikan negeri membina papan tanda baharu yang mengandungi aksara Cina dan Tamil manakala papan tanda nama sekolah sedia ada tidak perlu diturunkan.
Dalam pada itu, Halimah yang ditanya adakah tindakan tidak memasukkan aksara Cina selari dengan perpaduan negara, beliau berkata Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan.

“Seperti yang saya sebut dari segi penjenamaan itu, Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan.

“Jadi kalau contoh nak diletakkan bahasa lain, itu patut jadi keputusan kementerian tersebut.

“Kedua, di peringkat negeri ada kaitan dengan kerajaan negeri, jadi kalau pada pandangan kerajaan negeri perlu ada keperluan itu, ia terpulang kepada kementerian dan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau juga enggan mengulas apabila ditanya sama ada tindakan itu dianggap tidak menghormati bangsa lain.

“Saya tidak mahu jawab yang itu kerana ia menjurus kepada perkara spesifik. Saya rasa kita dapatkan respons dan kenyataan daripada KPM,” katanya.
Isu berkenaan mencetuskan kebimbangan di kalangan kumpulan pendidik dan parti politik, dengan pemimpin DAP mengkritik tindakan tersebut sebagai penghinaan terhadap kepelbagaian budaya.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1
1638101934185.png


Papan tanda SJK(C) tiada tulisan Cina: Perlu tanya KPM, k'jaan negeri - Halimah


Diterbitkan: Nov 28, 2021 2:06 PM


Menteri Perpaduan Halimah Mohamed Sadique dilihat tidak menjawab secara terus isu berkaitan papan tanda bagi beberapa sekolah rendah bantuan kerajaan beraliran Cina di Pahang.

Halimah berkata perkara itu seharusnya dijawab oleh Kementerian Pendidikan dan kerajaan negeri.

"Oleh kerana (arahan) ini daripada Jabatan Pendidikan (Pahang), saya fikir kita patut dapat respons daripada Kementerian Pendidikan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sin Chew Daily berkenaan beberapa sekolah rendah aliran Cina di Pekan, Pahang yang menerima papan tanda baru nama sekolah baru tanpa aksara Cina.


Menurut laporan itu, papan tanda mengandungi nama sekolah SJK(C) dalam Bahasa Melayu dan tulisan Jawi.

Ketika diberitahu yang Sin Chew memetik Timbalan Menteri Pendidikan Mah Hang Soon yang berkata dia akan campur tangan dalam perkara itu, Halimah bertegas yang soalan lanjut perlu ditujukan kepada Kementerian Pendidikan dan kerajaan negeri.

Berhubung jika langkah itu menandakan ada agensi kerajaan yang tidak sensitif terhadap kepelbagaian budaya, Halimah berkata: "Ini adalah dari segi tanggungjawab yang berkaitan oleh institusi pendidikan. Walaupun di peringkat sekolah."

"Jadi apa-apa keputusan dibuat berdasarkan apa yang ada pada kementerian tersebut. Jadi yang ini saya tak boleh jawab," katanya yang merupakan ahli parlimen Kota Tinggi.

Terdahulu, Halimah bersama-sama Perdana Menteri Ismail Sabri melancarkan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 dan Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ditanya jika arahan tersebut boleh dilihat sebagai bertentangan dengan usaha memupuk perpaduan negara, Halimah sekali lagi berkata keputusan untuk memasukkan bahasa selain Bahasa Malaysia bergantung kepada kerajaan negeri dan kementerian berkaitan.

"Macam saya sebut, dari segi penjenamaan, Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan.

"Jadi misalnya kalau nak dimasukkan bahasa lain, ia patut (bergantung kepada) keputusan kementerian. Kalau di peringkat negeri, ia ada kaitan dengan kerajaan negeri.

"Kalau ada pendapat (mengatakan) ada keperluan (untuk itu), ia terpulang kepada kementerian dan kerajaan negeri. Tetapi Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan," katanya lagi.

Bagaimanapun dia enggan mengulas kritikan beberapa pihak yang antaranya mengatakan langkah tidak memasukkan aksara Cina pada papan tanda itu adalah tanda "tidak hormat" terhadap masyarakat tersebut.

"Saya tak nak jawab ini kerana ia menjurus kepada perkara spesifik. Saya fikir kita dapatkan respons Kementerian Pendidikan dan kerajaan negeri," katanya lagi.

Semalam Mah turut dilaporkan telah telah mengarahkan jabatan pendidikan negeri membuat papan tanda baru yang mengandungi aksara Cina dan Tamil manakala papan tanda nama sekolah sedia ada tidak perlu diturunkan.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register