BTC USD 35,768.0 Gold USD 1,840.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hang Soon arah tambah tulisan Cina dan Tamil pada papan tanda SJK

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,223
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,223
Reaction score
3,201
Points
261
Awards
1

Selain Jawi, Hang Soon arah tambah tulisan Cina dan Tamil pada papan tanda SJK​

Papan tanda sedia ada patut dikekalkan​

Siti Hafidah13 hours ago
mahhangsoon-780x470.jpg

BANGI, 22 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Datuk Mah Hang Soon dilaporkan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang berhubung isu dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pekan – yang dibekalkan dengan papan tanda sekolah yang tidak tertulis nama sekolah dalam tulisan Cina.

Sebaliknya papan tanda sekolah berkenaan hanya tertulis dalam bahasa Melayu rumi dan Jawi.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dilapor mengarahkan pihak kontraktor agar membuat semula papan tanda yang mengandungi nama sekolah-sekolah itu dalam tulisan Cina.



Timbalan Menteri Pendidikan itu menjelaskan, papan tanda sekolah yang baru dibuat kerana Dewan Undangan Negeri Pahang memutuskan agar semua agensi berkaitan kerajaan wajib menambah tulisan Jawi pada papan tandanya.

Namun begitu, dalam menambah papan tanda yang baru, papan tanda yang sedia ada patut dikekalkan.

Menurut Hang Soon, Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang telah memaklumkan bahawa jabatan tersebut akan membekalkan papan tanda sekolah dengan tulisan Jawi untuk semua sekolah kerajaan termasuklah SK, SJKC dan SJKT – semua papan tanda itu dibuat secara seragam oleh kontraktor.

Katanya lagi, ketika berbincang dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang, dia telah mencadangkan agar tulisan Cina dan tulisan Tamil disertakan dalam papan tanda sekolah agar ia lebih sempurna, selain mencerminkan kepelbagaian budaya dan bahasa negara ini.

“Pengarah jabatan pendidikan juga telah bersetuju, dan telah mengarahkan kontraktor untuk membuat papan tanda yang baru dengan menambah tulisan Cina pada papan tanda SJKC dan tulisan Tamil pada papan tanda SJKT.

“Jabatan Pendidikan akan memasangnya di sekolah bila siap nanti,” katanya seperti dilapor SinChew Daily semalam.

Tegasnya, semua papan tanda SJKC yang asal akan terus dipelihara, tanpa sebarang perubahan dibuat ke atasnya.

Menurutnya lagi, Pengarah Pendidikan Pahang kelihatan sangat terbuka dalam menerima cadangan tersebut dan segera menyelaraskan semua papan tanda sekolah.

Timbalan Presiden MCA itu turut meminta orang ramai tidak terus membangkitkan isu ini dan memutarbelitkan keadaan menjadi isu yang menjejaskan sistem pendidikan SJKC.

Penafian:
Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1


Isu papan tanda Jawi: DAP gesa hormat identiti budaya SJK(C)​

Posted byBerita Melayu TerkiniNovember 28, 202

1638070245633.png


Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming memohon Mah Hang Soon (Timbalan Menteri Pendidikan) supaya mengambil tindakan tegas terhadap jabatan pendidikan Pahang atas kesilapan itu.

Dia juga meminta jawapan daripada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang merupakan ahli parlimen bagi kawasan Pahang Bera.

Pengerusi DAP Perak itu menggesa Putrajaya menghormati identiti budaya sekolah SJK(C) dan berkata isu papan tanda itu bertentangan dengan slogan “Keluarga Malaysia” kerajaan persekutuan.

Ahli jawatankuasa Pusat DAP Wong Kah Woh pula juga menyifatkan ini sebagai tanda “tidak hormat” terhadap masyarakat Cina Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Ipoh Timur itu membandingkan isu berkenaan dengan kontroversi baru-baru ini seperti langkah kerajaan Kedah mengharamkan perjudian dengan tidak lagi memperbarui lesen kedai loteri.

“Berbilang kaum dan agama merupakan aset kepada Malaysia.

“Jika negara berhasrat untuk maju, mengekalkan keharmonian antara kumpulan etnik dan agama menjadi asasnya.

“Bagaimanapun, kerajaan hari ini telah memilih untuk memusnahkan asas pembinaan negara ini dengan mengubah negara daripada masyarakat yang pelbagai kepada masyarakat yang homogen,” kata Wong.

Dia membidas MCA berhubung isu itu, menuduh parti berasaskan Cina itu gagal mempertahankan hak dan kepentingan sekolah SJK(C).

Sinchew Daily baru-baru ini melaporkan Jabatan Pendidikan Pahang membekalkan papan tanda sedemikian kepada dua sekolah – SJK(C) Yoke Hwa dan SJK(C) Kee Wha – pada awal November.

Papan tanda itu mengandungi nama sekolah SJK(C) dalam Bahasa Melayu dan tulisan Jawi, tetapi tidak dalam aksara Cina.

Lima sekolah SJK(C) di Kuantan juga dikatakan akan diberikan papan tanda oleh lembaga tersebut.

Lima sekolah yang dilaporkan itu ialah SJK(C) Puay Chai, SJK(C) Kong Min, SJK(C) Semambu, SJK(C) Chung Ching 2 dan SJK(C) Yoke Shian.

Isu berkenaan mencetuskan kebimbangan di kalangan kumpulan pendidik dan parti politik, dengan pemimpin DAP mengkritik tindakan tersebut sebagai penghinaan terhadp kepelbagaian budaya.

Kredit berita: Berita asal

 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,155
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,155
Reaction score
3,151
Points
261
Awards
1
Tulis ja semua bahasa semua bangsa kt Malaysia nie klau nk berbilang sngt kan
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1

Ulasan Apek Cina

20j ·

Apa masalah papan tanda Bahasa Kebangsaan dan Jawi didirikan di SJK Cina selain papan tanda Bahasa Mandarin ?
Maaf, gambar berselerak sikit.

Saya hanya nampak isu ini dalam akhbar dan posting sesetengah Ahli politik dalam Bahasa yang ramai tak faham. Tapi dalam posting mereka, pula sebut ini adalah hal kerajaan.

Terdapat dua buah sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pahang “ditukarkan ” papan tanda dalam BM dan Tulisan Jawi.

Seorang ADUN DAP mengutuk JPN Negeri Pahang bahawa ini adalah “ frog boiling “, maksudnya kalau tepat, cubaan JPN untuk me-Melayu-kan sekolah Cina.

Kalau bukan maksud begini, saya masih tidak dapat fikirkan apa maksudnya “ boiling frog “

Ada juga Ahli Politik DAP guna Bahasa yang ramai tak faham untuk kritikan Timbalan Menteri Pendidikan Berkaum Cina perihal isu ini.
Nasib baik Sin Chew menjelaskan . Sekolah tersebut tidak “ Menukarkan “ papan tanda . Terdapat papan tanda asal Bahasa Tiong Hwa di situ.

Soalan saya :
Kenapa tidak buat posting, kenyataan media dalam Bahasa Kebangsaan supaya semua faham ?

Kenapa nak kata “ menukarkan “ hakikatnya papan tanda asal masih ada ?

Isu kecil papan tanda ini kenapa nak cakap seolah kebudayaan Cina akan dimusnahkan ?


Sudah tiada isu lain seperti kes rasuah terowong ?Kalian serang Najib, ada serang Pemimpin kalian ?

Bahasa Melayu dan Jawi malu ke ? Budak SJK tak boleh baca Melayu ? Jawi untuk martabatkan kebudayaan Malaysia tak boleh ? Papan tanda asal ada Bahasa cina kenapa nak buta ?

Nak jadi hero kaum memang senang saja . Buat posting atau kenyataan media dalam bahasa sendiri, hantar ke akhbar Bahasa sendiri, maka perpaduan antara kaum semakin berjurang.



https://www.facebook.com/108713149189581/posts/5026854534042060/?d=n

1638074940978.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1
kan pahang amalkan papan tanda dlm bahasa melayu dan jawi, tu yg papan tanda tu diletak gitu

Peniaga patuh arahan papan tanda jawi di Pahang


Januari 1, 2020 @ 1:28pm


1638075522935.png


PEMILIK kedai dobi 2uLaundry, Sahmudin Kadir menunjukkan tulisan jawi pada papan tanda premis perniagannya di Air Putih, Kuantan. NSTP/Asrol Awang

KUANTAN: Kebanyakan premis perniagaan di bandar ini sudah memasang papan tanda bertulisan jawi selepas arahan terbabit berkuat kuasa hari ini.

Ada dalam kalangan pemilik premis perniagaan yang sudah memasang tulisan jawi itu sejak awal tahun lalu bagi mematuhi arahan selain menyokong memartabatkan tulisan itu.

Bagi pemilik kedai dobi di Air Putih, di sini Sahmudin Kadir, 52, dia memasang tulisan jawi sebaik mengetahui arahan terbabit.
“Dalam hal ini, saya tiada masalah berbuat demikian kerana hanya perlu menampal tulisan jawi dan bukannya membuat papan tanda perniagaan baru.


“Saya percaya semua pemilik premis perniagaan akan mematuhi arahan ini demi memartabatkan tulisan jawi,” katanya.

Sementara itu, pemilik restoran makanan, Hamzah Hussin, 55 dari Balok, di sini menyahut arahan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda.

“Saya sudah memasang papan tanda tulisan jawi pada Julai lalu walaupun penguatkuasaan bermula 1 Januari 2020,” katanya.

Tinjauan di premis perniagaan Cina juga mendapati hampir semua sudah memasang papan tanda bertulisan jawi. Bagaimanapun, beberapa peniaga yang ditemui tidak mahu mengulas arahan itu.

Berkuat kuasa hari ini tiada lagi kompromi terhadap pemilik premis perniagaan di Pahang yang gagal memasang papan tanda bertulisan Jawi.

Ini kerana pemilik premis yang didapati gagal mematuhi arahan terbabit, kompaun RM250 atas kesalahan pertama boleh diambil manakala bagi kesalahan kedua pula, lesen perniagaan dibatalkan.

Penggunaan tulisan jawi itu juga selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Sultan Pahang supaya tulisan berkenaan diperkasakan di negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Abd Rahim Muda, sebenarnya tempoh setahun sudah diberikan untuk memasang papan tanda dalam tulisan jawi.

“Tindakan itu berdasarkan peruntukan undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pahang.

“Jika mereka gagal mematuhi arahan ini, kompaun maksimum RM250 bagi kesalahan pertama dan pembatalan lesen akan dikenakan bagi kesalahan kedua,” kata Abd Rahim.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1

ADUN DAP bidas papan tanda Jawi di SJKC, tuntut diturunkan​

Dakwa ada Napoleon kecil cuba main isu Jawi hapuskan vernakular​

20 mins ago

1638075956605.png


BANGI, 23 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Lee Chin Chen membidas, Jabatan Pendidikan Pahang kerana memanfaatkan status bantuan penuh kerajaan untuk menggantikan tulisan Cina pada papan tanda sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dengan tulisan Jawi.

Menurut ADUN DAP tersebut, tindakan berkenaan mencabar kesabaran masyarakat pelbagai kaum dan mengambil ringan muafakat sedia ada.

Chin Chen yang merupakan Ketua Pembangkang DUN Pahang membidas tindakan menukar papan tanda dua buah SJKC di Pekan dengan menyifatkannya seperti ‘merebus katak dalam air suam’.


“Jika bukan kerana tentangan hebat dari masyarakat Cina, penggantian tulisan Cina kepada tulisan Jawi akan menjadi kebiasaan di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik Oriental Daily, semalam.

Menurutnya, dasar tulisan Jawi yang ditetapkan oleh DUN Pahang hanya melibatkan papan tanda premis perniagaan, tidak melibatkan papan tanda sekolah.

Oleh itu, dakwanya, Jabatan Pendidikan Pahang jelas telah bertindak sesuka hati.

Sehubungan itu, katanya lagi, papan tanda terbabit mesti diturunkan segera dan diganti dengan papan tanda yang mengandungi tulisan Cina dan Melayu.

“Tulisan Rumi atau abjad Inggeris digunakan dalam penulisan Melayu moden. Tiada keperluan untuk menambah tulisan Jawi.

“Yang paling membimbangkan sekarang ialah Jabatan Pendidikan Pahang sudah berani menurunkan papan tanda SJKC tanpa kebenaran.

“Sekali gus membenarkan dakwaan kami bahawa Napoleon kecil sedang menggunakan isu Jawi untuk menghapuskan pendidikan vernakular,” dakwanya.


 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,155
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,155
Reaction score
3,151
Points
261
Awards
1

ADUN DAP bidas papan tanda Jawi di SJKC, tuntut diturunkan​

Dakwa ada Napoleon kecil cuba main isu Jawi hapuskan vernakular​

20 mins ago

1638075956605.png


BANGI, 23 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Lee Chin Chen membidas, Jabatan Pendidikan Pahang kerana memanfaatkan status bantuan penuh kerajaan untuk menggantikan tulisan Cina pada papan tanda sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dengan tulisan Jawi.

Menurut ADUN DAP tersebut, tindakan berkenaan mencabar kesabaran masyarakat pelbagai kaum dan mengambil ringan muafakat sedia ada.

Chin Chen yang merupakan Ketua Pembangkang DUN Pahang membidas tindakan menukar papan tanda dua buah SJKC di Pekan dengan menyifatkannya seperti ‘merebus katak dalam air suam’.


“Jika bukan kerana tentangan hebat dari masyarakat Cina, penggantian tulisan Cina kepada tulisan Jawi akan menjadi kebiasaan di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik Oriental Daily, semalam.

Menurutnya, dasar tulisan Jawi yang ditetapkan oleh DUN Pahang hanya melibatkan papan tanda premis perniagaan, tidak melibatkan papan tanda sekolah.

Oleh itu, dakwanya, Jabatan Pendidikan Pahang jelas telah bertindak sesuka hati.

Sehubungan itu, katanya lagi, papan tanda terbabit mesti diturunkan segera dan diganti dengan papan tanda yang mengandungi tulisan Cina dan Melayu.

“Tulisan Rumi atau abjad Inggeris digunakan dalam penulisan Melayu moden. Tiada keperluan untuk menambah tulisan Jawi.

“Yang paling membimbangkan sekarang ialah Jabatan Pendidikan Pahang sudah berani menurunkan papan tanda SJKC tanpa kebenaran.

“Sekali gus membenarkan dakwaan kami bahawa Napoleon kecil sedang menggunakan isu Jawi untuk menghapuskan pendidikan vernakular,” dakwanya.


Mcm mn la org melayu xbenci ngn dap nie hbs benda dia politikkan....org cina akan julang la sebab anggap dia wira ...negara bangsa xkan tercapai klau masih ada pemikiran mcm nie....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register