BTC USD 97,243.7 Gold USD 2,700.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hampir 100 Tahun, Dr M Masih Boleh Pecut Lebih 150km/J

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,439
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
63,439
Reaction score
7,018
Points
916
Awards
1
24.09.2024 - Kira-kira dua bulan selepas meraikan hari lahir ke-99, Mahathir Mohamad masih mampu memandu laju sehingga lebih 154km sejam (km/j). Melalui rakaman video yang dikongsi di media sosial bekas perdana menteri itu, kelihatan dia menguji litar lumba Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Mahathir ditemani Pengerusi Bukan Eksekuitif SIC, Mohamed Azman Yahya memandu Audi Q5 SUV. Terdahulu Azman bertanya Mahathir kenapa dia terfikir membina litar itu suatu ketika dulu. Kata Mahathir, Malaysia ketika itu tidak mempunyai banyak tarikan pelancong, justeru menganjurkan perlumbaan kereta akan menarik kedatangan pelawat dari negara luar.

“Kita juga perlu menghiburkan orang ramai. Rakyat mahu melihat sesuatu. Mereka melihat (perlumbaan) hanya di kaca TV. Mereka mahu melihat perkara sebenar,” tambahnya.

Pada awal video sepanjang 3.14 minit itu, Mahathir kelihatan berada di tempat duduk penumpang kenderaan tersebut manakala Azman mengendalikan stereng.

fd06c02ccbffd4c628666ff0a757db09.jpg


Bagaimanapun di penghujung video berkenaan Mahathir dilihat mengambil alih pemanduan dan menekan pedal minyak pada kelajuan tertinggi 154km/j. Mahathir berkata dia dan bekas Pengerusi SIC, Basir Ismail, berbincang mengenai cadangan itu dan memutuskan bahawa ia akan menjadi pelaburan yang berbaloi, dengan matlamat utama menganjurkan perlumbaan Formula Satu. Bekas perdana menteri itu - yang merasmikan SIC pada 7 Mac 1999 - berkata ia merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana Malaysia merupakan negara membangun pertama menjadi pentas pertandingan kereta seumpamanya. Ditanya mengapa memilih Sepang, Mahathir menjawab: “Sebab kita ada tanah. Untuk lapangan terbang (Lapangan Terbang Antarabangsa KL), kita ada 25,000 ekar. Jadi ada ruang (untuk litar) dan ia tidak terlalu jauh (dari lapangan terbang yang dibina kemudian)."

48a9069034ffdd94137b67fca0e4162e.jpg


Azman kemudian bersetuju bahawa ia adalah lokasi yang baik.

"Kita menganjurkan perlumbaan untuk Porsche Carrera Cup Asia, Ferrari Challenge, untuk GT World Challenge Asia, mereka semua menyukai Sepang kerana ia sangat mudah untuk mereka."

Pada Ogos lalu, netizen memuji Mahathir dan laman web automotif popular Paul Tan menggelarnya sebagai "lelaki kereta berusia 99 tahun" melalui video yang menunjukkan dia sedang memandu uji Proton S70 baru.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/720363
 
Sponsored Post

atok punya petua aku akan pegang utk kekal sihat...

"otak ni mcm muscles yg lain dekat tubuh kita , kena selalu exercise untuk longevity & optimum, badan kita kalau nak exercise pergi gym atau jogging "

cara atok exercise otak keep arguing & keep giving opinion :LOL:

tapi bila pikir2 betul jugak bila tgh argue & bagi pendapat otak kita mmg bekerja keras
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register