Hamid Bador kecewa, sedih pegawai tak serik lakukan jenayah

CG Sponsors

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengakui beliau sedih dan kecewa dengan sesetengah pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang masih tidak serik-serik terbabit dalam kegiatan jenayah.

Katanya, penahanan dua pegawai berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dan empat anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, menunjukkan masih ada lagi salah laku serius dalam kalangan pegawai dan anggotanya.

Dua pegawai dan empat anggota terbabit ditahan untuk siasatan atas dakwaan terbabit dalam kejadian samun wang tunai RM1.6 juta semasa melakukan serbuan ke sebuah unit kediaman di Segambut Dalam, di sini, pada 12 November lalu.

Abdul Hamid berkata, insiden itu juga menunjukkan ada pegawai dan anggota PDRM tidak menjadikan kes penangkapan beberapa pegawai dan anggota pasukan ini sebelum ini sebagai pengajaran.

Sebelum ini, kes penahanan pegawai dan anggota polis yang menarik tumpuan ramai adalah pembabitan dengan sindiket Macau Scam dan judi atas talian.

"Saya amat sedih dengan kes ini, masih ada pegawai dan anggota yang tamak dan degil untuk mendapatkan habuan dan pendapatan lumayan dengan cara yang salah.

"Saya beri jaminan, mereka yang ditangkap ini pasti akan disiasat dengan seadil-adilnya dan sekiranya cukup bukti, mereka akan dihadapkan ke mahkamah," katanya kepada BH, malam tadi.

Beliau berkata, sekiranya benar bersalah, mereka akan dikenakan tindakan undang-undang yang paling keras tanpa sebarang kompromi.

Terdahulu, Polis Kuala Lumpur mengesahkan penahanan dua pegawai dan empat anggota dari IPD Sentul, berhubung kehilangan wang RM1.6 juta dalam serbuan yang mereka lakukan.

Semua pegawai dan anggota polis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun dalam bangunan dan Seksyen 384 kanun sama kerana melakukan pemerasan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin dilaporkan berkata, dua ASP dan empat anggota itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka direkodkan dan menunggu kertas pendakwaan disiapkan.

Polis juga mengambil keterangan daripada mangsa yang juga pengadu berhubung kehilangan wang tunai RM1.6 juta ketika serbuan dilakukan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian itu.

Dalam serbuan pada jam 6.30 petang itu, mangsa seorang lelaki warga China berusia 30 tahun ditahan bersama isterinya, juga warga China dan dua pembantu mereka.

Ketika serbuan dilakukan, suspek disyaki menemui dan merampas wang tunai RM1.6 juta, barangan kemas, jam tangan dan sarang burung, selain membawa empat tangkapan terbabit ke IPD Sentul.

Bagaimanapun, selepas siasatan selesai dijalankan dan ketika mangsa hendak dibebaskan pada jam 3 pagi, suspek dipercayai hanya menyerahkan barangan kemas dan sarang burung kepada mangsa, selain tidak diberikan borang senarai pemeriksaan barangan.

Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,656
Reaction score
1,400
Points
201
Doa dari org teraniaya kot.. tu yg terbongkar satu persatu
 
pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,706
Reaction score
552
Points
121
Takat sedih saja tak cukup tan sri.
Kalau sedih pastu sekadar bagi amaran pun tak cukup jugak.
Kena bagi hukuman berat dan pengajaran pada mereka ini baru ada perubahan.
 
Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,475
Reaction score
738
Points
121
sembang la lu....dari dulu bila ada kes melibatkan polis, dialog sama..

last2 ke laut, tak dengar dah jadi apa...

dulu awal2 aku suka n respek gak KPN ni...last2 tengok 2x5 jer cam dulu2
 
InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Imej PDRM tercalar kerana segelintir anggota tidak bermaruah

KUALA LUMPUR: Imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini tercalar dengan siri penangkapan dilakukan terhadap warga pasukan itu, atas kesalahan jenayah, rasuah dan dadah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata lebih menyedihkan, disebabkan angkara segelintir warga pasukan yang tidak bermaruah dan mementingkan diri, maka keseluruhan organisasi pasukan dihukum, dicaci serta dituduh oleh masyarakat ibarat 'harapkan pegar, pegar makan padi'.

"Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk menegaskan, bahawa PDRM tidak pernah sama sekali berkompromi dalam apa juga isu yang berhubung kait dengan perlakuan rasuah, perlanggaran peraturan atau undang-undang membabitkan warga pasukan.

"Malah tindakan tegas termasuklah penamatan perkhidmatan mengikut Peraturan 49: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, akan diambil ke atas mereka yang didapati terbabit dalam jenayah, gejala rasuah, serta salah laku yang serius dan berulang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Buku Pelan Antirasuah PDRM (PAPDRM) 2020 yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial rasmi PDRM dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (Jips).

Yang turut hadir Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

Abdul Hamid berkata, menerusi pelancaran PAPDRM adalah bukti komitmen untuk menghapuskan gejala rasuah dan mengamalkan ketelusan, sikap bertanggungjawab serta integriti dalam urus tadbir dan penyampaian perkhidmatan PDRM kepada masyarakat.

"PAPDRM menetapkan enam enam bidang keutamaan yang perlu diberi tumpuan iaitu; Tadbir Urus Organisasi dan Sumber Manusia; Risikan Keselamatan; Risikan dan Penguatkuasaan Undang-undang; Siasatan dan Pendakwaan; Ketenteraman Awam dan Pengurusan Kewangan dan Perolehan.

"Berdasarkan enam bidang keutamaan berkenaan sebanyak 53 inisiatif dibangunkan untuk dilaksana melalui enam strategi ke arah melahirkan warga kerja PDRM yang berintegriti dan berdaya saing," katanya.

Menurutnya, antara strategi yang diterapkan ialah mengutuhkan modal insan dalam PDRM; memperkasakan kredibiliti dan integriti maklumat risikan keselamatan dan meningkatkan integriti dalam menguatkuasakan undang-undang.

"Selain itu, meningkatkan kredibiliti siasatan dan pendakwaan; memperkasakan tindakan pencegahan jenayah secara berhemah dalam menjamin ketenteraman awam; dan mengoptimumkan pengurusan kewangan dan perolehan PDRM secara sistematik serta berintegriti.

"Saya amat yakin, PAPDRM ini dapat membentuk satu hala tuju nyata, ke arah meletakkan PDRM di atas landasan yang betul.

"Ia juga akan menjadi panduan kepada seluruh warga pasukan untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan negara, di samping melaksanakan agenda integriti dalam organisasi secara holistik,"katanya.

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
JIPS PDRM dalam proses tambah anggota

KUALA LUMPUR: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses menambah keanggotaannya bagi memantapkan fungsi jabatan berkenaan.

Pengarah JIPS, Datuk Zamri Yahya, berkata sebanyak 427 daripada 1,900 jumlah permohonan penambahan anggota bagi jawatan di jabatan itu diluluskan setakat ini.

"Sebelum permohonan dibuat, jumlah keanggotaan JIPS adalah 2,000 anggota yang bermakna nisbahnya ialah seorang anggota JIPS bagi 67 warga PDRM lain, yang pada pendapat saya tidak mencukupi.

"Penambahan 427 diluluskan dan pengisian hampir selesai dan kita akan pergi kepada pengisian peringkat kedua," katanya.

Zamri berkata, jumlah keanggotaan sedia ada menyebabkan JIPS mewujudkan keutamaan dan melakukan pemeriksaan rawak dalam usaha memperkasa dan mengukuhkan integriti warga PDRM.

Beliau berkata, JIPS juga dalam perancangan mewujudkan kira-kira 70 jawatan bertaraf detektif bagi memastikan tugas dan tanggungjawab jabatan itu dapat dijalankan dengan lancar.

Mengulas mengenai antara cabaran utama dihadapi JIPS, beliau mengakui ia adalah bagi menukar stigma masyarakat yang menganggap ada sebahagian anggota pasukan keselamatan itu gemar menerima sogokan atau rasuah.

"JIPS akan terus berusaha menukar stigma ini namun apa yang lebih penting ia harus bermula dari 'self check' (muhasabah diri) dalam diri seseorang pegawai mahupun anggota bagi memastikan mereka dipandang tinggi dalam masyarakat," katanya.

Beliau berkata, antara kejayaan JIPS ialah membuka semula kes yang ditutup seperti dalam satu kejadian seorang wanita pekerja pusat hiburan dipukul majikannya kerana tidak mahu melayan kehendak majikannya itu.

"Apabila JIPS membuat pemeriksaan, didapati kes itu ditutup oleh pegawai yang menyiasat kes itu. Selepas siasatan lanjut, majikannya itu didakwa manakala pegawai berkenaan dikenakan tindakan tatatertib," katanya.

Beliau berkata, dalam satu lagi kes, seorang anggota didapati memiliki wang berjumlah beberapa juta ringgit di dalam akaunnya dan apabila ditanya anggota itu menyatakan tidak mengetahui sumber wang itu serta bagaimana ia boleh masuk ke dalam akaunnya.

"Siasatan mendapati dia terbabit dengan sindiket jenayah dan akhirnya anggota itu dikenakan tindakan buang kerja," katanya. - BERNAMA
 
afshaman

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2013
Messages
3,054
Reaction score
266
Points
41

JIPS ni dia buka kepada anggota sedia ada atau buka kepada org luar pengambilan baharu? Sbb kalau anggota dalaman juga...2x5 la hasilnya
 
InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Bukit Aman pantau gaya hidup tidak setara jawatan, gaji

KUALA LUMPUR: Mampu berkereta mewah dan sering keluar negara untuk bermain golf, adalah di antara gaya hidup berlebihan, dikesan dalam kalangan segelintir pegawai dan anggota polis, walaupun tidak setara jawatan dan gaji bulanan diperoleh mereka.

Cara hidup 'ala orang kaya' itu kemudiannya dengan bangga dikongsikan menerusi laman sosial peribadi masing-masing, sehingga mendatangkan tanda tanya terutama dalam kalangan orang awam, mengenai sumber kekayaan diperoleh untuk membiayainya.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya, berkata pihaknya sedang memantau rapi trend itu untuk mengekang salah laku dalam kalangan anggota dan pegawainya, demi menjaga integriti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Saya diberitahu ada anggota sering bermain golf, selain membuat taruhan dalam aktiviti itu. Kalau dilihat bermain di kelab golf bertaraf sederhana sahaja, sekali bermain memerlukan kos RM200… kalau sebulan sudah berapa perbelanjaan digunakan?

"Ada juga yang didapati kerap ke luar negeri untuk bermain sukan berkenan, sedangkan ia melibatkan pembiayaan tinggi. Apabila diperiksa berdasarkan jawatan atau pendapatan, sebenarnya mereka tidak mampu menampungnya," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Selain itu Zamri berkata, pihaknya turut mengesan ada pegawai yang hanya berpangkat Inspektor, namun mampu membeli kereta serta memiliki rumah mewah yang diragukan sumber perolehannya.

Sehubungan itu, katanya anggota dan pegawai yang telah dikenal pasti itu akan diminta memberi penjelasan tentang sumber kewangan diperoleh, bagi membiayai cara hidup mewah itu.

"Jika tidak dapat memberikan justifikasi, mereka akan berdepan tindakan lanjut," tegasnya.

Jelasnya sebagai seorang penjawat awam dan anggota badan beruniform, mereka perlu mengelakkan sebarang perbuatan salah laku yang boleh menjejaskan imej pasukan polis.

Zamri turut memaklumkan pihaknya turut memberi perhatian terhadap majlis keramaian yang diadakan PDRM.

Menurutnya, majlis keramaian di peringkat kontinjen Bukit Aman terikat dengan peruntukan kerajaan dan mempunyai hadnya sendiri untuk digunakan.

Hal itu kadang kala memerlukan peruntukan luar yang diperoleh secara rasmi atau sebaliknya.

"Biasanya peruntukan yang rasmi itu tidak banyak, berbanding secara tidak rasmi, menyebabkan ada anggota yang terdedah dengan aktiviti rasuah dan sebagainya.

"Contohnya apabila mereka mendapat peruntukan itu dari pusat hiburan atau kelab malam di luar sana, ia menyebabkan mereka terikat, bahkan tidak dapat mengambil tindakan ke atas pihak yang melakukan kesalahan jenayah, melibatkan premis itu pada masa akan datang," katanya. – BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register