Hamba Pusat Tahfiz-Azhar Wahab aka SM Amin Pusat Tahfiz Amal , Al-Mansur Holdings

Recommended Brokers


pernahkah anda didatangi perayu dana sekolah tahfiz ni..? biasanya dia tak mintak saja2, dia jual ba


  • Total voters
    0

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,314
Reaction score
20,666
Points
1,661
Pusat tahfiz eksploitasi pelajar diarah tutup


ISMAIL (dua kiri) pada sidang media di Wisma Darul Aman. FOTO Noorazura Abdul Rahman

KERAJAAN negeri mengarahkan sebuah pusat tahfiz amal di Sungai Petani ditutup serta-merta selepas ia beroperasi secara haram termasuk dipercayai mengeksploitasi pelajar untuk mengutip derma.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan siasatan mendapati pusat pengajian itu tidak berdaftar mengikut Seksyen 5 Akta Pusat Jagaan 1993 (Pindaan) 2007.

Selain itu, katanya, ia turut dipercayai beroperasi sebagai pusat rawatan amal serta menggunakan taktik licik menipu pihak berkuasa dan orang ramai untuk mengaut keuntungan.

“Pengusaha pusat tahfiz amal ini menggunakan taktik licik sering bertukar premis dengan mendaftar nama baharu setiap kali selepas tindakan diambil pihak berkuasa.

“Ia menyukarkan kerajaan negeri untuk membanteras tindakan eksploitasi pelajar meminta derma sambil menjual produk dan menggunakan agama, jadi saya minta orang ramai jangan mudah terpedaya dan percaya cerita video tular baru-baru ini,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini.

Semalam, tular dalam aplikasi WhatsApp satu video berdurasi 3 minit 37 saat yang antara lain memaparkan tulisan ‘211 anak yatim fakir miskin diarah kosongkan penempatan’ selain merakamkan keadaan kanak-kanak perempuan menangis apabila mereka kena berpindah keluar.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, pusat tahfiz itu dikesan mengeksploitasi kira-kira 120 pelajarnya termasuk 11 anak yatim di situ dengan mengarahkan mereka meminta derma sambil menjual produk.

Katanya, JKM akan mengambil 11 pelajar yang terdiri daripada anak yatim manakala 109 lagi yang semuanya berusia bawah 12 tahun diserahkan semula kepada ibu-bapa masing-masing.

“Pusat tahfiz ini mula beroperasi pada 2005 di atas tapak Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Falah namun tidak berdaftar sebelum kita mengambil tindakan arah tutup.

“Bagaimanapun, pusat terbabit masih beroperasi dan didapati menukar nama kepada Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bestari serta menjalankan kegiatan jualan seperti biasa.

“Pada 28 Januari 2014, Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) mengeluarkan surat untuk mengarahkan pusat terbabit menghentikan operasi dan aktiviti jualan oleh pelajar namun mereka dikesan berpindah ke lokasi baharu di Kampung Permatang Alor Ibus, Jalan Yan, terbaharu lokasi mereka di Taman Zamrud, Pekan Baru, Sungai Petani ” katanya.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/434728/pusat-tahfiz-eksploitasi-pelajar-diarah-tutup
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,314
Reaction score
20,666
Points
1,661


Isu diviralkan anak yatim dihalau.

Kes ini perlu kita tahu kisah sebenar..
Tularkan kisah sebenar ini������

MAKLUMAT PUSAT RAWATAN AMAL (PRA) atau PERTUBUHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN AMAL BISTARI atau PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK CAHAYA AMAL BISTARI.

Mereka tular rayuan bantuan anak yatim miskin dalam media sosial atas nama PUSAT RAWATAN AMAL, apabila berurusan secara rasmi dengan PEJABAT AGAMA DERAH KUALA MUDA, mereka guna atas nama PERTUBUHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN AMAL BISTARI (PPLAB) – rujukan daftar PPM-001-02-07042014 di bawah ROS pada 7 April 2014, di alamat KM 17, Kampung Permatang Ibus, Jalan Yan, Kuala Kedah. Manakala berurusan secara rasmi dengan JKM Sungai Petani pula, mereka guna nama PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK CAHAYA AMAL BESTARI yang didaftarkan di bawah SSM pada 23/7/2017 (Asrama anak yatim miskin). Aduan orang ramai kepada JKM pula atas nama PUSAT RAWATAN AMAL. Sebenarnya tidak ada rekod surat menyurat atas nama PRA.

Nama ini (PRA) tidak pernah digunakan ketika berurusan dengan JKM dan juga tidak pernah wujud nama PRA ketika mereka berurusan dengan Pejabat Agama. Mereka masih gagal untuk menyerahkan dokumen yang diminta oleh JKM dan Pejabat Agama. Dokumen yang diminta antaranya ialah dokumen anak2 yang tinggal di pusat tersebut. Jika anak yatim, mistilah ada salinan sijil mati ayah. Juga lain-lain dokumen bukti alamat dalam sijil lahir anak2 ini berasal dari negeri mana.

Sebelum ini nama Pusat Tahfiz Amal Bestari, yang menjadi Pengetua ialah HAJI MUSLIM AB KARIM. Setelah beliau ditangkap dan dipenjara dan kini mereka tukar nama Pusat Jagaan Anak-anak Cahaya Amal Bestari dan pengetua baru Zainal Abidin bin Haji Abu Samah. Mereka ini berasal dari kumpulan ARQAM yang diharamkan oleh kerajaan.

Apabila arqam diharamkan, mereka tubuh kumpulan baru bernama Al-Mansor. Semasa mereka bergerak atas nama Al-Mansor, bermulalah Pusat Tahfiz Amal di Bandar Amanjaya Sungai Petani. Budak-budak ini kononnya anak yatim miskin dihantar untuk punggut derma di seluruh Negara. Apabila pihak berkuasa menggambil tindakan, mereka tukar strategi kepada jualan amal. Selepas itu mereka berpindah ke KM 17, Kampung Permatang Ibus, Jalan Yan, Kuala Kedah.

Ada 2 surat dari Jabatan Agama dihantar supaya pusat tersebut ditutup tetapi mereka masih bertahan sehingga perjanjian sewa tanah dengan tuan tanah tamat dan mereka diusir keluar. Akhirnya mereka berpindah ke Taman Pekan Baru, Sungai Petani dalam Kariah Masjid Taman Intan. Kesah mereka ini tidak perlu saya detailkan sebab boleh menulis sebuah buku.

Ada dua kumpulan pecahan ARQAM tapi saya hanya fokus kumpulan Al-Mansor yang telah difatwakan ajaran sesat. Kini mereka tidak lagi menggunakan nama Al-Mansor untuk bergerak. Semasa peringkat awal wujudnya pecahan kumpulan ini dari ARQAM, mereka tubuh Pusat Tahfiz Amal di Bandar Aman Jaya, Sungai Petani. Ketika itu mereka menggunakan anak-anak mereka (anak-anak ahli) untuk punggut derma seluruh Negara. Ketua mereka adalah Azhar Wahab yang bergelar Raja Sakti atau Raja Azhar bin Raja Wahab.

Selepas itu mereka berpindah PUSAT TAHFIZ AMAL di alamat KM 17, Kg. Permatang Ibus, Jalan Yan, Kuala Kedah. Pusat Tahfiz Amal di Bandar Aman Jaya Sungai Petani dijadikan pejabat YAYASAN HANG TAWI yang dipengerusikan oleh Raja Azhar bin Raja Wahab.

Saya harap kalian di luar sana, jika ada sebarang pertanyaan dan masalah mengenai isu PUSAT RAWATAN AMAL (PRA) ini terus berhubung dengan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda Sungai Petani dan JKM Sungai Petani. Tanya sendiri isu ini dan apa tindakan yang telah mereka lakukan dan akan lakukan.

PERHATIAN :
1. Gunakan kemahiran siasatan dan bertindak secara profesional
2. Turun padang ambil tahu
3. Jangan mudah tular sebarang isu sebelum sahkan
4. Jangan mudah simpati sebelum maklumat tersebut ditularkan
5. Jumpa agensi yang terlibat untuk pastikan isu ini. Jabatan Agama & JKM rujukan utama

Mereka gunakan Ayat Al-Quran dan Hadis untuk mendapat simpati masyarakat.

Sedikit sejarah penempatan belajar di SK Taman Intan. Pada 6 Ogos 2017 pihak sekolah, SK Taman Intan menerima seramai 117 orang pelajar yang tidak pernah bersekolah di mana-mana sekolah Kerajaan atau Bantuan Kerajaan. Mereka ini hanya belajar pendidikan sendiri di bawah kelolaan Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari sendiri.

Satu majlis telah diadakan untuk mengalu-alukan kedatangan semua pelajar dari Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari (PPLAB) ke Sekolah Kebangsaan Taman Intan. Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah, Encik Jasni bin Md Kechik dan Penyelia Kanan Pengurusan Murid, Encik Mohd Shakib bin Mohd Salleh.

Malah turut dihadiri oleh Pegawai Pejabat Daerah Kuala Muda, Encik Mahadhir bin Ismail, Encik Ahmad bin Hashim dan Puan Zuraida binti Zakaria. Turut hadir bersama pemangku Pengetua Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari, Encik Zainal Abidin bin Abu Samah, oleh sebab Pengetuanya Haji Muslim bersama isteri ditangkap polis. Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Puan Norsuyani binti Mohd Noor dan Puan Azizah binti A. Razak, Pegawai Perhubugan Sekolah (PPS) Siti Salmah binti Shaik Saim dan Sarjan Samsudin bin Ismail (Pegawai Perhubungan Sekolah dari IPD Daerah Kuala Muda).

Pada tahun ini 2018, murid-murid daripada PPLAB adalah seramai 120 orang, 119 daripada aliran perdana dan seorang daripada kelas pendidikan Khas iaitu Nur Saidatul Syazia binti Azfar, OKU Kategori Pembelajaran Lembam.

DATA MURID MENGIKUT KELAS SK TAMAN INTAN:

1A lelaki 9 orang, perempuan 13 orang. 2A lelaki 6 orang, perempuan 9 orang. 3A lelaki 11 orang, 13 perempuan. 4A lelaki 4 orang, perempuan 11 orang. 5A lelaki 15 orang, perempuan 9 orang. 6A lelaki 10 orang dan perempuan 9 orang. Intan 1 (PPKI) perempuan 1 orang.

Bangunan yang mereka guna hari ini perjanjian sewa selama 3 tahun bermula 1 Januari 2017 (three (3) years.

Sewa bulanan RM14,000 sebulan.

Deposit RM42,000 (Ringgit Malaysia Forty Two Thousand only).

Stamping Date (03/10/2017) LHDN sebanyak RM1,326.00 Address – No. 959-972 (registered owner of all that fourteen (14) units of double storey), Off Jalan Zamrud 6, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Mudir Tabib Pusat Rawatan Amal Ustaz Razif mengatakan Encik dan kawan-kawan Encik yang masih menabur benih fitnah dan umpatan. Malam ini InsyaAllah dibaca yasin khusus dan doa hajat untuk encik dan mereka. Macam-macam kata-kata mereka melalui media social menuduh pihak saya membuat fitnah. Mereka masih tidak mejawab perntanyaan saya, pejabat agama, JKM dan SK Taman Intan, minta maklumat sijil kematian ayah (jika anak yatim), salinan KP ayah ibu, salinan sijil nikah, salianan Mykid dan salinan dokumen hak penjagaan. Banyak lagi maklumat yang diperlukan sebagai bukti setakat ini mereka masih gagal sediakan. Kesimpulan budak-budak ini adalah anak-anak ahli dan anak-anak mereka sendiri.

SEKARANG INI MEREKA BERGERAK KE SELURUH NEGARA ATAS NAMA ‘SEDEKAHLAH ENTERPRISE @ CIMB 8603280292’

Hasil Siasatan Awam:

Ustaz Kamaruddin Kassim,
Presiden,
Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia
(UNGGAS MALAYSIA)
 

desmoquattro

Active+ Member
Joined
Nov 30, 2007
Messages
3,830
Reaction score
29
Points
30
Yang impaknya sekolah ngan budak2 berpindah randah ke sana sini, tapi syeitan gondol yang running tu xkena humban pulak dalam jail. kalau camni , mmg xabis2 la dia punya operasinya.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,314
Reaction score
20,666
Points
1,661

Seorang pengasas pusat tahfiz meluahkan rasa kecewa apabila rumah anak yatim yang dibina di Sungai Petani, Kedah itu perlu ditutup atas arahan kerajaan negeri.

Menerusi laman sosial Twitter, sebuah posting video menjadi tular yang kelihatan lelaki itu menangis teresak-esak selain merakamkan situasi kanak-kanak sedang berpindah keluar.

Walau bagaimanapun, kerajaan bertindak demikian kerana pusat tahfiz itu dipercayai mempergunakan kanak-kanak bagi mengutip derma dan mendapatkan simpati orang ramai.

Padahal ada banglo, kereta mewah!

Mira @mighvv
Tak payah buat-buat menangis la. Orang Sungai Petani semua tahu modus operandi korang. Ada 213 budak-budak tapi cuma 13 orang anak yatim. Suruh budak-budak kutip derma konon untuk rumah anak yatim, padahal boss korang beli banglo, kereta mewah. Dasar penunggang agama level beruk!

 

sudais23

Junior Member
Joined
Nov 4, 2011
Messages
82
Reaction score
5
Points
11
Cadangan sya, bila jumpa budak2 yg pergi minta sedekah macam ni, tros, tangkap, bawa pergi balai je...
Polis pon boleh buat penyamaran, tengok sape dalang disebalik budak2 ni..
 

imatheonlyone

Legendary Member
Joined
Mar 11, 2009
Messages
12,382
Reaction score
304
Points
141
Pada aku ni isu mudah... Nk bg bg xnk dah... Dia tipu tu isu lain yg pnting aku bg dlu... Peluang nk muraz rezeki tu
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
8,792
Reaction score
1,827
Points
141
dulu pun ada org yg sanggup menyamar jadi ustaz dan SCAM org berkaitan rumah...sekali scam dapat puluh-puluh ribu.... benda ni mmg realiti....mmg ada org yg sanggup 'guna' AGAMA utk dapat keuntungan....mmg wujud org mcm ni....

yg kene tempias imej buruk adalah ustaz-ustaz yg betul2 baik... org yg 'guna' agama semata-mata untuk keuntungan ni patut dikeji..hina sungguh perbuatan org mcm ni... memalukan imej islam..
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
8,792
Reaction score
1,827
Points
141
dulu pun ada org yg sanggup menyamar jadi ustaz dan SCAM org berkaitan rumah...sekali scam dapat puluh-puluh ribu.... benda ni mmg realiti....mmg ada org yg sanggup 'guna' AGAMA utk dapat keuntungan....mmg wujud org mcm ni....

yg kene tempias imej buruk adalah ustaz-ustaz yg betul2 baik... org yg 'guna' agama semata-mata untuk keuntungan ni patut dikeji..hina sungguh perbuatan org mcm ni... memalukan imej islam..
rasanya skali scam bkn puluh2 ribu, rasanya cecah juta jugak rasanya..
 

rayz

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2007
Messages
12,911
Reaction score
723
Points
161
bnyk org dok backup tahfiz ni

haramjadah

dh la guna perkataan tahfiz


tahfiz utk bdk2 hafal al-quran

org salah anggap membeli dan menderma utk tahfiz

sama mcm geng sindeket duk hantar org tua2 dok depn bank jual keropok.

org beli dn sedekah.

menipu mnggunakan tahfiz ni mcm guna agama

utk raih simpati

guna anak yatim ada 2xx org yg anak yatim 11 org saja xsilap
 

pokyo

Super Active Member
Joined
Jan 7, 2009
Messages
5,280
Reaction score
144
Points
83
selain scammer ni bg aku yg turut bersalah ialah mok pok budak2 tu... takdak akai ke bg anak2 merayau mintak derma dari pg sampai ke malam. ada sorang budak ni aku perasan dari kecik lagi dah merayau kawasan kota dsara, sekarang dah besar tp masih buat kerja yg sama. kesian...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register