BTC USD 59,517.5 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Halang laluan kereta punca pergaduhan di kuil di Raub, 4 lelaki ditahan

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
15,451
Joined
Dec 6, 2010
Messages
15,451
Reaction score
966
Points
171
2870.jpeg
2874.jpeg
2886.jpeg
2889.jpeg


Kuantan: Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di sebuah kuil di Raub, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Mohd Shahril Abd Rahman berkata kesemua lelaki berusia antara 23 dan 44 tahun itu ditahan di sekitar daerah berkenaan kira-kira 8 malam hari sama.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada 2.46 petang sebelum sepasukan polis ke tempat kejadian bagi mengawal situasi itu dan mendapati punca pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki terdiri daripada 10 hingga 15 orang.

"Terdapat individu yang ingin mengeluarkan kenderaannya dari kawasan kuil itu, namun laluan terbabit terhalang dengan deretan kenderaan lain.

"Situasi itu kemudian menyebabkan pertengkaran mulut sehingga berlaku pergaduhan serta merosakkan dua kenderaan pacuan empat roda," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Shahril kejadian turut mengakibatkan tiga lelaki cedera dan dirawat di Hospital Raub.

Kes katanya disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.

Artikel ➡️ BERNAMA
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register