BTC USD 49,153.8 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hakim letak jawatan

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Datuk Ian Chin Hong Chong, yang pernah mendakwa hakim-hakim diugut pecat jika tidak membuat keputusan memihak kepada kerajaan, meletak jawatan berkuat kuasa 1 Disember ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah berkata, hakim itu telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 16 Julai lalu.

‘‘Beliau kini bercuti bermula 21 Ogos hingga 30 November,” katanya ketika menjawab soalan Chua Tian Chang (PKR-Batu) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ekoran itu, Murugiah berkata, tidak timbul keperluan untuk kerajaan menyiasat dakwaan hakim tersebut.

Menjawab soalan asal Datuk Mukhriz Mahathir (BN-Jerlun), beliau berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk membuat representasi kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Chin dihadapkan ke tribunal.

Pada 11 Jun lalu, ketika mengendalikan satu kes pertikaian berkaitan pilihan raya umum Mac lepas, Chin membuat dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengugut menggunakan tribunal khas untuk menyingkirkan hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan dalam satu persidangan pada 1997.

Dr. Mahathir bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyangkal yang beliau mengarahkan hakim-hakim menghadiri kem bina semangat bagi menjalani indoktrinasi prokerajaan.

Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun mengakui agensi kerajaan ada menganjurkan kursus Biro Tata Negara, yang mana para penceramah akan menerangkan tentang sistem politik Malaysia dengan merujuk kepada etika, nilai-nilai moral dan sistem demokrasi.


Dr. Mahathir kemudian mencadangkan kerajaan menubuhkan tribunal khas bagi menyiasat salah laku hakim tersebut.

Beliau mendakwa, Chin secara jelas melanggar etika kehakiman pada 1999 ketika mengendalikan kes di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membabitkan syarikat seorang ahli perniagaan terkenal, yang mempunyai kaitan dengan bapa dan saudara lelakinya.

Ekoran itu pada 27 Jun lalu, Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap hakim berkenaan sekiranya dakwaan Dr. Mahathir itu mempunyai merit.

Menjawab soalan tambahan Mukhriz mengenai jawatankuasa pemantau bagi menjaga tatasusila hakim-hakim, Murugiah berkata, Suruhanjaya Kehakiman yang akan diwujudkan tidak lama lagi bakal mengawasi dan membuat pemantauan perkara itu.

Selain itu, katanya, Perkara 125(3) Perlembagaan juga secara jelas memperuntukkan sesuatu tindakan.

Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak akan kata. Boleh ker dengan keputusan letak-jawatan makan siasatan tentang apa hakin ini dakwa tidak perlu lagi disiasat. Tutup buku macam tu saja
 
Sponsored Post

infosinar

Active+ Member
Messages
3,723
Joined
Sep 20, 2008
Messages
3,723
Reaction score
4
Points
35
hakim korek2 ramai..
nk jaga periuk nasi masing2..
 

sosazr

Active Member
Messages
1,423
Joined
Aug 2, 2008
Messages
1,423
Reaction score
0
Points
20
Tun Mathathir dalam VCD pilihanraya edaran PKR dolu memang nyata dan jelas kata masa tu dia ada kuasa jadi dia buat suka dia (sumbat Anwar dalam penjara walau tak salah).

ps: antara faktor rakyat sokong pembangkang ketika pilihanraya dan faktor UMNO tak beri ruang Mahathir bersuara (disekat).
 

abemae

Fun Poster
Messages
358
Joined
Nov 16, 2007
Messages
358
Reaction score
0
Points
10
Cerita lam ni.. betul kata hakim tu. Bkn ugut lg, mmg dh guna tribunal tu pun utk buang hakim.. bkn hakim biasa, ketua hakim lg. Didunia ni dia ade kuasa yg dipinjamkn sekejap.. dh pencen ni mdh2an che det tobat la..
 

adar

Super Active Member
Messages
9,027
Paid Membership
Joined
Dec 20, 2005
Messages
9,027
Reaction score
215
Points
73
Cerita lam ni.. betul kata hakim tu. Bkn ugut lg, mmg dh guna tribunal tu pun utk buang hakim.. bkn hakim biasa, ketua hakim lg. Didunia ni dia ade kuasa yg dipinjamkn sekejap.. dh pencen ni mdh2an che det tobat la..

btul tu. hidup tak lama. mati nnt dia akan jumpa HAKIM AGUNG kat akhirat nnt :)paid:)paid. seluruh anggota bdn akan menjadi saksi.
 

lau_kau

Legendary Member
Messages
16,689
Joined
Aug 2, 2007
Messages
16,689
Reaction score
2,757
Points
201
salam

Tun Mathathir dalam VCD pilihanraya edaran PKR dolu memang nyata dan jelas kata masa tu dia ada kuasa jadi dia buat suka dia (sumbat Anwar dalam penjara walau tak salah).

ps: antara faktor rakyat sokong pembangkang ketika pilihanraya dan faktor UMNO tak beri ruang Mahathir bersuara (disekat).

pembetulan pasai video 2
PKR dah manipulasi dr ceta yg sebenarnya
dia cuma tunjuk 5minit ja....padahal panjang lg video 2
 

DenyMyExistenc3

Fun Poster
Messages
613
Joined
Aug 6, 2008
Messages
613
Reaction score
100
Points
23
Tun Mathathir dalam VCD pilihanraya edaran PKR dolu memang nyata dan jelas kata masa tu dia ada kuasa jadi dia buat suka dia (sumbat Anwar dalam penjara walau tak salah).

ps: antara faktor rakyat sokong pembangkang ketika pilihanraya dan faktor UMNO tak beri ruang Mahathir bersuara (disekat).

lol video manipulasi hasil seloroh TDM... tgk kat youtube ade lg 1 video pengakuan sebenar TDM...

psl pemecatan Hakim melalui tribunal yg makna TDM dakwa didlm blognya yg Hakim tu mengadu bunyi bising yg dtg dr pembaikan rumah agung... tindakan biadap di ditambah lg dgn menghantar surat2 kepada raja-raja negeri lain.


Dgn kuasa Agung membuat keputusan memecat hakim dgn mengambil kira nasihat pm
so kalo sape nk persoalkan persoalkan Agung ngan Raja-raja sekali... betulkah Hakim-hakim mcm tue
 
Last edited:

naj2921

Active+ Member
Messages
4,529
Joined
Apr 16, 2008
Messages
4,529
Reaction score
12
Points
25
apalah nak jadi dgn sistem hakim malaysia nih.. #:-S#:-S
 
Sponsored Post
Top
Log in Register