Hakim kes Najib dipindahkan semula ke mahkamah sivil

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,481
Reaction score
12,159
Points
1,906
1611405135116.png


Hakim kes Najib dipindahkan semula ke mahkamah sivil


Diterbitkan 23 Jan 2021, 9:23 am

Dikemaskini 8:16 pm



NOTA EDITOR: Laporan ini sudah dikemas kini untuk menggambarkan Nazlan berkhidmat di mahkamah sivil sebelum dipindahkan ke mahkamah jenayah dan yang terbaru dipindahkan ke mahkamah sivil semula.

Enam bulan setelah mencatat sejarah dalam menjatuhkan hukuman terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dipindahkan semula dari mahkamah jenayah Kuala Lumpur ke mahkamah sivil.


Dalam surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam kepada semua anggotanya semalam, Ketua Hakim Malaya Azahar Mohamed mengarahkan pemindahan Nazlan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Jenayah 3) ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (NCvC 2), berkuat kuasa 1 Mac .

“Hakim Besar Malaya, Azahar Mohamed, telah menyampaikan kepada kami salinan arahan untuk pertukaran Yang Mulia Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Bil 2/2021.

"Harap maklum bahawa penempatan berikut akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2021 (Isnin)," kata pekeliling oleh setiausaha Badan Peguam Malaysia AG Kalidas, merujuk kepada Nazlan.

Pada bulan Julai 2018, Nazlan dipindahkan dari mahkamah komersial ke mahkamah jenayah untuk mengetuai perbicaraan dkes rasuah SRC International bernilai RM42 juta oleh Najib.
Dia mengambil alih dari hakim sebelumnya, Mohd Sofian Abd Razak.

Mahkamah komersial adalah sebahagian daripada sistem mahkamah sivil yang lebih luas.

Seorang anggota kanan badan peguam itu, Syed Iskandar Syed Jaafar mengesahkan bahawa dia telah menerima surat pekeliling tersebut.

Peguam itu mengatakan bahawa pemindahan itu yang berlaku selepas Nazlan memainkan peranan dalam mengetuai perbicaraan rasuah SRC International sebanyak RM42 juta oleh Najib akan menimbulkan persoalan.

Menurut Syed Iskandar, pemindahan itu mungkin menimbulkan pertanyaan kepada masyarakat apakah kebebasan kehakiman benar-benar ditegakkan.

"Adalah pelik jika pemindahan seperti itu hanya melibatkan seorang hakim. Kita seharusnya berada di jalan menuju kebebasan badan kehakiman dengan keputusan berani Nazlan,” katanya.

Baca Nazlan tetap kendalikan kes semasa hingga selesai

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Chan Yen Hui juga mengesahkan surat pekeliling tersebut.


Pada 28 Julai tahun lalu, Nazlan menjadi hakim pertama di Malaysia yang mensabitkan bekas perdana menteri, dalam hal ini Najib, atas tujuh tuduhan yang berkaitan dengan dana RM42 juta dari SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Nazlan mendapati bekas perdana menteri itu bersalah atas satu tuduhan penyalahgunaan kuasa, tiga tuduhan pecah amanah (CBT), dan tiga tuduhan pengubahan wang haram.
Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 72 tahun ke atas Najib.

Mengenai penyalahgunaan kuasa, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Bagi ketiga-tiga tuduhan pecah amanah, hukuman penjara adalah 10 tahun untuk setiap kesalahan, dan untuk ketiga-tiga tuduhan pengubahan wang haram, hukuman penjara adalah 10 tahun untuk setiap kesalahan. Tidak ada denda yang dikenakan atas tuduhan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu hanya perlu menjalani hukuman 12 tahun penjara kerana hakim memerintahkan agar hukuman dijalankan serentak.

Sekiranya gagal membayar denda RM210 juta - yang merupakan lima kali ganda daripada RM42 juta sebagai kepuasan yang diterima oleh Najib - dia akan dipenjara lima tahun lagi.

Walau bagaimanapun, pembelaan Najib berjaya mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman, sementara menunggu keputusan di Mahkamah Rayuan.

Menurut salinan petisyen rayuan Najib, bekas perdana menteri itu dinafikan perbicaraan yang adil dalam kes rasuah SRC kerana kesalahan yang didakwa dilakukan oleh hakim serta tindakan pendakwaan.
Kes berprofil tinggi yang lain

Nazlan masih mempunyai beberapa kes jenayah berprofil tinggi lain yang belum diselesaikannya pendengaran sebelum pemindahan 1 Mac.

Satu lagi kes berkaitan 1MDB yang ditangguhkan di hadapan mahkamah jenayah yang ditangani Nazlan adalah tuntutan pelucutan wang AS$340 juta terhadap PetroSaudi International Limited dan empat yang lain.

Nazlan juga akan menyampaikan keputusan akhir terhadap kes rasuah bekas pengerusi Felda, Mohd Isa Samad yang berkaitan dengan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB).

Nazlan juga telah memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada bekas menteri wilayah persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor pada 7 Disember tahun lalu dalam kes rasuah RM1 juta tertuduh setelah rayuan dari pihak pendakwa yang menyebut bahawa perkembangan baru dalam kes tersebut memerlukan siasatan lanjut.

Namun, dua minggu kemudian, Tengku Adnan didapati bersalah atas tuduhan rasuah RM2 juta oleh hakim Mahkamah Tinggi lain, Mohamed Zaini Mazlan, dan dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta. Tengku Adnan sejak itu mengajukan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Menurut portal kehakiman, kehakiman.gov.my, Nazlan dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 10 April 2015, dan kemudian sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada 30 Jan 2017.

Hakim berusia 52 tahun itu adalah alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak, menurut portal dalam talian says.com.

Dia melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda dalam bidang perundangan di University of Oxford, dan kemudian melanjutkan pelajarannya dalam Master of Arts di universiti yang sama.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,481
Reaction score
12,159
Points
1,906
Tiada apa yang ‘pelik’ hakim sabitkan Najib dipindahkan, kata sumber kehakiman

Ia adalah proses biasa bagi seorang hakim dipindahkan setiap tiga tahun.
MalaysiaNow
Jan 23, 2021 1:25 PM



Nazlan-Mohd-Ghazali-bernama-1.jpg

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan dipindahkan semula ke Mahkamah Sivil pada bulan Mac. Gambar: Bernama







MalaysiaNow difahamkan pemindahan hakim Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak atas tujuh tuduhan rasuah pada Julai tahun lalu hanya amalan biasa dan ia bukan sesuatu yang pelik bagi mereka yang faham mengenai institusi kehakiman.

Perkara itu menjadi perhatian selepas portal Malaysiakini melaporkan arahan untuk hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dipindahkan mungkin menimbulkan persoalan mengenai kebebasan badan kehakiman, dengan memetik seorang peguam menyifatkannya sebagai sesuatu yang “pelik”.

Arahan perpindahan Nazlan diluluskan oleh Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed dan akan berkuat kuasa bulan Mac.

Beberapa individu yang biasa dengan sistem kehakiman mengatakan pertukaran hakim adalah proses biasa yang berlaku setiap tiga tahun.

“Ia proses biasa. Menjadi kebiasaan buat seseorang hakim sendiri minta dipindahkan, atau pihak pentadbiran memberikannya satu peluang menimba pengalaman di tempat lain.

“Tidak ada apa-apa yang pelik,” kata satu sumber kepada MalaysiaNow tanpa ingin dinamakan.

Nazlan, 54, merupakan hakim makhamah komersial sebelum dipindahkan ke mahkamah tinggi pada Ogos 2018 menjelang perbicaraan Najib melibatkan kes pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa berjumlah RM42 juta membabitkan SRC International.

Pada bulan Julai tahun lalu, Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kepada Najib dan denda berjumlah RM210 juta selepas mensabitkannya di atas semua tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

Dalam rayuan Najib, peguamnya mengemukakan lebih daripada 300 sebab untuk mengenepikan sabitan itu, yang akan didengar pada 15 Februari ini.

Pada Disember lalu, Nazlan juga memberi pelepasan tanpa pembebasan kepada bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor kerana menerima rasuah bernilai RM1 juta pada 2013, selepas pihak pendakwaan memberitahu mahkamah mengenai perkembangan baru dalam kes itu.

Satu lagi sumber turut menolak ketiadaan Nazlan bagi mendengar perbicaraan Najib akan menjejaskan kebebasan mahkamah.

Katanya, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin secara khusus menyebut mengenai kebebasan badan kehakiman ketika mengumumkan pengisytiharan darurat bagi memerangi Covid-19.

“Badan kehakiman akan terus menjadi badan bebas dalam negara kita dan saya tidak akan sekali-kali mencampuri urusan mahkamah,” kata Muhyiddin pada 12 Januari lalu, ketika mengumumkan penggantungan Parlimen bagi mengelak pilihan raya musim pandemik.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,481
Reaction score
12,159
Points
1,906
Tak perlu perbesar pertukaran Nazlan, kata Majlis Peguam, bekas hakim

January 23, 2021 3:55 PM

mohd-nazlan-mohd-ghazali.jpg

Sumber berkata, pertukaran hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mungkin merupakan langkah untuk menaikkan pangkat beliau ke Mahkamah Rayuan.

PETALING JAYA: Presiden Majlis Peguam Salim Bashir dan seorang bekas hakim berkata pertukaran hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali adalah perkara “biasa”.

Nazlan mendapati bekas perdana menteri Najib Razak bersalah atas tujuh pertuduhan rasuah tahun lalu, menjadikan beliau bekas perdana menteri pertama yang dibicarakan dan disabitkan atas pertuduhan jenayah berhubung tindakan semasa memegang jawatan.

Najib memfailkan rayuan terhadap sabitan tersebut.

Memo Majlis Peguam semalam menyebut Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed mengarahkan pertukaran Nazlan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Jenayah 3) ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Sivil 2) berkuat kuasa 1 Mac.

“Ini adalah pertukaran pentadbiran yang biasa,” kata Salim kepada FMT.

“Hakim tersebut dikehendaki menyelesaikan kes yang dibicarakan sebelum tarikh pertukarannya. Kika tidak boleh, maka beliau perlu melaporkan kepada CJM (Hakim Besar Malaya) berhubung status kes yang sedang dibicarakan bagi mendapatkan arahan selanjutnya.

“Jika kes sedang berjalan dan sudah didengar separuh, beliau perlu mempercepatkan perbicaraan semua kes tersebut sebelum arahan pertukaran bermula Mac ini.”

Mahkamah Tinggi belum membuat penghakiman pada 3 Feb sama ada bekas pengerusi Felda Isa Samad bersalah kerana menerima rasuah kira-kira RM3 juta susulan pembelian sebuah hotel di Kuching enam tahun lalu. Kes ini dibicarakan di hadapan Nazlan.


Nazlan pada mulanya dijadualkan mengendalikan kes pecah amanah jenayah (CBT) RM6.6 bilion terhadap Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah pada Sept ini.

Bagaimanapun, kes itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin berdasarkan surat yang diterima oleh pihak pendakwaan daripada timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi pada 7 Okt tahun lepas.

Seorang bekas hakim juga berkata, pertukaran Nazlan adalah “biasa”, dengan menyebut bahawa kadang-kadang hakim sendiri membuat permohonan sedemikian kerana mahu “bertukar pengalaman”.

“Tidak perlu perbesarkan pertukaran Nazlan,” katanya.

Sementara itu, sumber lain berkata, pertukaran Nazlan mungkin merupakan langkah untuk menaikkan pangkat beliau ke Mahkamah Rayuan.

“Ini bagi membolehkan beliau menimba pengalaman menangani kes komersial sebelum dilantik ke Mahkamah Rayuan,” katanya.

Menurut surat pekeliling di laman web Majlis Peguam, kali terakhir pertukaran seperti itu dilakukan melibatkan hakim Mahkamah Tinggi Tun Abdul Majid Hamzah yang dipindahkan dari bahagian sivil Mahkamah Tinggi Shah Alam ke bahagian rayuan dan kuasa khasnya pada 6 Jan 2020.

Tahun lepas Nazlan membicarakan kes rasuah RM1 juta membabitkan bekas menteri Tengku Adnan Mansor yang menyaksikan pihak pendakwaan membuat permohonan dibebaskan tanpa dilepaskan berikutan beberapa “perkembangan baharu”.

Dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada Apr 2015 dan dinaikkan pangkat sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada Jan 2017, Nazlan membuat penghakiman tahun lepas bahawa hakim boleh menimbangkan permohonan ikat jamin walaupun tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkait keganasan.

Penghakiman itu dilihat disahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes terbaru oleh panel hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Dalam catatan di Facebook hari ini, Najib berkata, Nazlan “tiba-tiba dipindahkan” dari mahkamah sivil untuk mengendalikan kesnya di mahkamah jenayah oleh Hakim Besar Malaya ketika itu (Zaharah Ibrahim), yang dilantik ke jawatan itu seminggu sebelumnya.

“(Ini) walaupun kes SRC sudah berjalan dan menjadi kes jenayah pertama Mahkamah Tinggi dia,” kata Najib, merujuk kepada Nazlan.

“Sekarang dia dipindahkan semula ke mahkamah sivil.”

Kes SRC Najib pada mulanya didengar di hadapan hakim Mohd Sofian Abd Razak.

Pada 4 Jul 2018, Ahli Parlimen Pekan itu mengaku tidak bersalah di hadapan Sofian atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu pertuduhan penyalahgunaan kuasa melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Majlis Peguam sebelum ini dilaporkan menggesa Sofian berundur daripada membicarakan kes itu kerana abangnya, Mohd Soffi, memegang jawatan dalam Umno dan juga kerajaan negeri Pahang.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,481
Reaction score
12,159
Points
1,906
DrPuad Zarkashi

10j ·


JOB DONE. NAJIB BERSALAH. HAKIM NAZLAN BALIK KE MAHKAMAH TINGGI SIVIL

Katanya mulai 1 Mac 2021, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan dipindahkan balik daripada Mahkamah Tinggi Jenayah kepada Mahkamah Tinggi Sivil.

Beliau adalah Hakim yang membicarakan kes rasuah SRC DS Najib. Beliau menjatuhkan hukuman bersalah ke atas DS Najib.

Perlantikan Nazlan menimbulkan kontroversi. Dia baru dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk mengendalikan kes “komersial” bermula 30 Januari 2017.

Kes rasuah SRC adalah kes “jenayah”. Patut Hakim berpengalaman kendali kes jenayah berprofil tinggi. Nazlan baru 1 1/2 tahun dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. Dia tiada pengalaman menghakimi kes “jenayah” sebelumnya.

Kes itu sepatutnya di dengar oleh Hakim Mohd Sofian Abd Razak pada “4 Julai 2018”. Tetapi Sofian diganti serta merta oleh Hakim Mohd Nazlan setelah Richard Malanjun dilantik Ketua Hakim Negara pada “11 Julai 2018”.

Itu bermakna pertukaran berlaku seminggu selepas Richard Malanjun dilantik.

Maka apakah keputusan memindahkan semula Nazlan ke Mahkamah Tinggi Komersil bermotif politik kerana dia berjaya menunaikan misi “Najib bersalah”.

Kalau dakwaan ini benar, mesti ada arahan. Maka siapakah yang membuat arahan?

Apa pun job done. Mission accomplished.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,481
Reaction score
12,159
Points
1,906
Ia termasuk kes-kes yang berlangsung selepas tarikh perpindahannya berkuat kuasa pada 1 Mac ini.

1611405790355.png


Nazlan tetap kendalikan kes semasa hingga selesai
Diterbitkan 23 Jan 2021, 8:12 pm



Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan terus mengadili kes semasa yang dikendalikannya sehingga ia selesai, kata Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
Katanya kes-kes itu termasuk yang berlangsung selepas tarikh perpindahannya berkuat kuasa pada 1 Mac ini.
Mohd Nazlan yang mengadili perbicaraan membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes membabitkan SRC International Sdn Bhd (SRC) hari ini dilaporkan akan berpindah kembali ke mahkamah sivil.
Ketika ini hakim terbabit masih mendengar beberapa kes jenayah berprofil tinggi yang ada kaitan dengan 1MDB.

Satu daripadanya ialah saman pelucutan hak oleh kerajaan ke atas syarikat PetroSaudi International Ltd serta empat yang lain membabitkan nilai AS$340 million (RM1.37 bilion)
Selain itu pada 3 Feb nanti Mohd Nazlan dijadual menyampaikan keputusan terhadap pembelaan bekas pengerusi Felda, Isa Samad, yang dituduh terbabit dalam rasuah berkaitan dengan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB).

Baca Hakim kes Najib dipindahkan semula ke mahkamah sivil

Menurut laporan Bernama, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan memberitahu perpindahan Mohd Nazlan itu bukanlah sesuatu yang luar biasa.


Katanya ia adalah amalan biasa untuk seseorang hakim
"Pemindahan Mohd Nazlan ke mahkamah sivil dibuat bagi menggantikan hakim Wong Chee Lin yang akan bersara," katanya.
Untuk rekod sebelum ini Mohd Nazlan adalah salah seorang hakim di Mahkamah Tinggi Komersial Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur pada Julai 2018.

Pada 28 Julai tahun lalu Mohd Nazman menjadi hakim pertama di Malaysia menjatuhkan hukuman bersalah ke atas seorang bekas perdana menteri - Najib - berhubung tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM45 juta milik SRC.
SRC merupakan bekas anak syarikat 1MDB.

Malaysiakini didakwa atas pertuduhan menghina mahkamah ekoran komen pembaca. Berdasarkan nasihat perundangan, ruang komen untuk berita diatas tidak tersedia. Komen pembaca mungkin membawa kepada subjudis dan menghina.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,481
Reaction score
12,159
Points
1,906
Aidil Khalid

· 7j ·

Hakim yang memutuskan Najib Razak bersalah dalam kes SRC International, Yang Arif Mohd Nazlan, telah dipindahkan dari Mahkamah Jenayah ke Mahkamah Sivil.

Beliau dipindahkan ke Mahkamah Tinggi NCVC 2, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Mahkamah NCVC 2 Kuala Lumpur ialah Mahkamah yang mendengar kes saman sekolah vernakular, bagi mengisytiharkan bahawa sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. https://www.facebook.com/1254191395/posts/10221429232540953/

Hakim sebelum ini untuk kes tersebut ialah Yang Arif Wong Chee Lin. Beliau telah sebelum ini mengarahkan agar kertas-kertas kausa berkaitan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, kerana tidak begitu fasih berbahasa Melayu, tetapi Plaintif dalam kes itu, iaitu dua NGO Melayu — Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) — telah membantah arahan tersebut, dan sebaliknya memohon agar Yang Arif Wong Chee Lin menarik diri dari mendengar kes sekolah vernakular itu. Hal ini kerana initipati kes sekolah vernakular ialah berkenaan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang mesti digunakan untuk semua kegunaan rasmi. Justeru hakim yang tidak fasih berbahasa kebangsaan sepatutnya menarik diri dari mendengar kes ini.
https://www.facebook.com/1245669741/posts/10225558949261006/

Tidak berkaitan dengan permohonan agar beliau menarik diri itu, tetapi selepas daripada permohonan itu, Yang Arif Wong Chee Lin telah kemudiannya menghantar surat perletakan jawatannya, yang akan berkuatkuasa bulan Mac 2021, sekaligus menyebabkan kekosongan hakim untuk Mahkamah NCVC 2 tersebut. https://www.freemalaysiatoday.com/.../has-woman-judge.../

Justeru, kini kita telah dimaklumkan pula bahawa Yang Arif Nazlan akan menggantikannya sebagai Hakim Mahkamah NCVC 2. Jadi berkemungkinan beliaulah yang akan mengambil alih bagi mendengar kes sekolah vernakular selepas 1 Mac 2021 nanti.

1611407788738.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,481
Reaction score
12,159
Points
1,906
Najib Razak



20j ·

Betul. Dia dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi Sivil pada 30 Jan 2017.

Setahun kemudian, dia tiba-tiba dipindah dari Mahkamah Sivil oleh ketua hakim negara yang baru dilantik seminggu oleh PH ke Mahkamah Jenayah untuk menggantikan hakim lain walaupun kes SRC sudah berjalan dan menjadi kes jenayah pertama mahkamah tinggi dia.

Sekarang dia dipindahkan semula ke mahkamah sivil.
https://www.malaysiakini.com/news/560107

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,481
Reaction score
12,159
Points
1,906
JUMPAKATMAHKAMAH.com

· 36m ·

Pertukaran hakim dalam badan kehakiman merupakan satu amalan biasa dan bukan sesuatu yang pelik. Hakim mengamalkan sistem ‘rotation’ agar dia dapat mengadili semua bidang undang-undang sebelum dia diangkat ke mahkamah yang lebih tinggi seperti Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Kami tidak pasti apakah motif Datuk Seri Najib Razak apabila memuat naik status begini yang memberi gambaran bahawa pertukaran hakim perbicaraan beliau seolah-olah merupakan satu konspirasi? Ini merupakan satu permainan minda yang tidak sihat dan boleh menghina mahkamah.

Tindakan begini boleh membuka ruang fitnah (malah sudah pun menimbulkan fitnah terhadap badan kehakiman) kepada institusi kehakiman dan mencabar integriti hakim-hakim negara kita. Datuk Seri Najib perlu lebih berhati-hati dan tidak beremosi dalam mengupas isu-isu sebegini memandangkan beliau masih mempunyai beberapa kes yang sedang diadili di mahkamah.

Untuk pengetahuan semua, hakim asal yang mengadili kes Datuk Seri Najib ialah Datuk Sophian Abd Razak iaitu adik kepada Datuk Mohd Soffi Abdul Razak yang merupakan ADUN Pahang selama lima penggal dan juga adalah anggota EXCO kerajaan negeri selama empat penggal.
https://m.malaysiakini.com/news/432850
https://www.thestar.com.my/.../judge-in-najib-case-is.../
https://www.freemalaysiatoday.com/.../hakim-kendali-kes.../

Secara kebetulan, Datuk Seri Najib juga berasal dari Pahang. Apabila berita ini dilaporkan secara meluas oleh media tempatan, Pejabat Ketua Hakim Negara telah membuat keputusan untuk menukar hakim perbicaraan beliau demi mengelak persepsi negatif masyarakat terhadap badan kehakiman dan demi menjamin kebebasannya terus dipertahan.

Yang Arif Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menggantikan Yang Arif Datuk Sophian Abd Razak telah dipilih kerana beliau memiliki latar belakang undang-undang jenayah korporat, dengan rekod cemerlang sebagai bekas Pengurus Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Sekuriti dan telah berkhidmat selama 7 tahun bersama Suruhanjaya berkenaan.

Sebagai bekas Pengurus Bahagian Penguatkuasaan, beliau telah bertanggungjawab mengendalikan pendakwaan jenayah komersial kolar putih dan memandangkan kes Datuk Seri Najib terkait dengan jenayah yang sama, maka kepakaran Yang Arif Mohd Nazlan Mohd Ghazali amat ditagih dalam perkara ini.
https://klse.cari.gold/entity/1155/22416/1149271486.jsp
https://www.sc.com.my/regulation/enforcement/actions

Justeru apakah yang cuba ditimbulkan dari posting Datuk Seri Najib ini? Adakah beliau tidak puas hati hakim asal yang merupakan adik kepada EXCO Kerajaan Pahang selama empat penggal ditukar daripada mengadili perbicaraannya?

Adakah beliau mahu hakim yang merupakan adik kepada EXCO Pahang ini yang mana beliau sendiri merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO & BN Pahang terus mengendalikan perbicaraan beliau sehingga ke penghujung kes?
https://www.utusanborneo.com.my/.../najib-mengetuai-32...

Cuba bayangkan apakah persepsi masyarakat terhadap badan kehakiman sekiranya perbicaraan ini diteruskan di bawah hakim yang sama?

Selain itu, hakim yang menarik diri dari mendengar kes yang boleh mencetus konflik kepentingan juga bukan perkara baru. Malah ini perlu dilakukan bagi memastikan keyakinan masyarakat terhadap badan kehakiman terus dipelihara.

Pada tahun 2017, seorang hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menarik diri daripada mendengar saman Datuk Seri Najib Razak ke atas Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Memberikan alasan demi kepentingan keadilan dan perundangan, Yang Arif Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan berkenaan kerana beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri semasa era Tun Abdullah Ahmad Badawi, serta menjadi senator sebelum meletakkan semua jawatan politik dalam UMNO untuk menjadi anggota kehakiman.
https://m.malaysiakini.com/news/383292

Kesimpulannya, kami berharap Datuk Seri Najib perlu lebih berhati-hati kerana komen seperti ini boleh memberi persepsi buruk terhadap badan kehakiman.

Kami juga mengusulkan kepada Jabatan Peguam Negara agar satu prosiding menghina mahkamah dimulakan terhadap Datuk Seri Najib berkaitan komen ini.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,481
Reaction score
12,159
Points
1,906
27 Julai 2018


Berita khabarkan yg bab pertukaran Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak disebabkan yg berikut dibawah ni

Kontroversi timbul selepas Mohd Sofian digesa menarik diri daripada mendengar kes itu berikutan beliau adalah adik kepada ahli EXCO Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta daripada UMNO, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, George Varughese, berkata Mohd Sofian sepatutnya mendedahkan pertaliannya dan kedudukan abangnya dalam UMNO dan kerajaan Pahang kepada pihak pendakwaan serta pembelaan sebelum pendengaran berikutan Najib adalah bekas Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Kes itu akan disebut semula pada 8 Ogos ini untuk pendengaran permohonan rasmi Ahli Parlimen Pekan itu untuk menghalang media daripada menyiarkan perbincangan umum berkaitan merit kes itu serta menetapkan tarikh perbicaraan.

 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,371
Reaction score
1,555
Points
201
27 Julai 2018


Berita khabarkan yg bab pertukaran Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak disebabkan yg berikut dibawah ni

Kontroversi timbul selepas Mohd Sofian digesa menarik diri daripada mendengar kes itu berikutan beliau adalah adik kepada ahli EXCO Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta daripada UMNO, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, George Varughese, berkata Mohd Sofian sepatutnya mendedahkan pertaliannya dan kedudukan abangnya dalam UMNO dan kerajaan Pahang kepada pihak pendakwaan serta pembelaan sebelum pendengaran berikutan Najib adalah bekas Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Kes itu akan disebut semula pada 8 Ogos ini untuk pendengaran permohonan rasmi Ahli Parlimen Pekan itu untuk menghalang media daripada menyiarkan perbincangan umum berkaitan merit kes itu serta menetapkan tarikh perbicaraan.

Ingat lagi tang ni..kt fb beriya suruh buat perbicaraan live .. flm mahkamah lain plak dia mtk


Kes itu akan disebut semula pada 8 Ogos ini untuk pendengaran permohonan rasmi Ahli Parlimen Pekan itu untuk menghalang media daripada menyiarkan perbincangan umum berkaitan merit kes itu serta menetapkan tarikh perbicaraan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register