BTC USD 84,351.8 Gold USD 2,986.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hak Melayu apa yang dirampas, veteran Umno soal Dr M

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,650
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
58,650
Reaction score
6,827
Points
881
Awards
1
Hak Melayu apa dirampas, veteran Umno soal Dr M

Pengerusi Veteran Umno Othman Desa minta Dr Mahathir Mohamad dan PN tunjuk bukti hak orang Melayu dirampas sepanjang dua tahun pentadbiran kerajaan perpaduan.

Anne Muhammad14 Dec 2024, 07:30 AM
muhyiddin yassin, mahathir mohamad n idris ahmad
Kelmarin Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin PN bersatu untuk melawan ‘musuh bersama’ orang Melayu, sambil mendakwa hak komuniti itu dirampas secara beransur-ansur bawah kerajaan perpaduan.
PETALING JAYA:
Seorang pemimpin veteran Umno menggesa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya daripada Perikatan Nasional membuktikan hak orang Melayu dirampas sepanjang dua tahun pentadbiran kerajaan perpaduan.

Pengerusi Veteran Umno, Othman Desa, berkata tidak adil Mahathir membangkitkan keresahan itu dalam kalangan orang Melayu tanpa menampilkan sebarang bukti yang didakwa hanya dibuat bagi kepentingan politik PRU16.

Menurut Othman, realitinya perkara itu tidak berlaku walaupun DAP yang dicanang sering membantah perkara berkait Melayu Islam berada dalam sebahagian kerajaan perpaduan.

“Kamu wujudkan suasana macam ini tapi dakwaan itu tak berlaku (sebaliknya hanya) wujudkan keresahan rakyat Malaysia, itu termasuk dalam 3R (kaum, agama dan raja).

“Kalau boleh tunjukkanlah bukti,” katanya kepada FMT.

Kelmarin, Mahathir dan beberapa pemimpin PN bersatu untuk melawan ‘musuh bersama’ orang Melayu, sambil mendakwa hak komuniti itu dirampas secara beransur-ansur bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Tanpa mendedahkan hak Melayu yang dirampas itu, bekas pengerusi Bersatu mendakwa ramai orang Melayu lantang bersuara berdepan tekanan kerajaan termasuk pendakwaan di mahkamah.

Othman yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno turut mempersoalkan sama ada dakwaan itu dibuat hanya kerana keberadaan DAP dalam kerajaan perpaduan.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Amanah Azli Yusof pula berkata sentimen dibangkitkan hanya untuk meraih simpati dan sokongan pada PRU16.

Sama seperti Othman, beliau mahu bekas Ahli Parlimen Langkawi memberi penjelasan lanjut berhubung kenyataan dikeluarkan.

“Dalam hal ini, pembangkang menggunakan Mahathir untuk mendapat sokongan politik, Mahathir berpaut kepada pembangkang untuk melindungi kepentingan peribadi beliau.

“Siapakah orang Melayu yang ditekan kerana lantang itu? Adakah didakwa tanpa punca? Ditahan tanpa alasan? Apakah hak orang Melayu yang dirampas?” tegas Ahli Parlimen Shah Alam.

Beliau turut mendakwa perbuatan itu memberi persepsi tidak baik terhadap institusi raja dalam kancah politik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register