BTC USD 42,133.9 Gold USD 1,778.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Haiti Isytihar Darurat Lepas Presiden Di Bunuh

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
1625743479574.png


08.07.2021 - Global, Perdana Menteri sementara Haiti, Claude Joseph, pada Rabu mengisytiharkan darurat susulan pembunuhan Presiden Jovenel Moise, lapor Agensi Berita Anadolu (AA).

"Berdasarkan artikel 149 Perlembagaan, saya baru sahaja mempengerusikan satu mesyuarat tergempar dan kerajaan memutuskan darurat diisytiharkan di seluruh negara. "Keselamatan negara kini terkawal," katanya dan berikrar membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Di bawah perlembagaan apabila ketiadaan Presiden, "sama ada peletakan jawatan, pemecatan, kematian atau ketidakupayaan fizikal atau mental," ahli jawatankuasa menteri, di bawah Perdana Menteri, akan mengambil alih pemerintahan sehingga pilihan raya Presiden diadakan. Moise maut di kediaman peribadinya di Port-au-Prince selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali yang bertutur bahasa Sepanyol.

Isterinya Martine Moise, yang turut cedera kini dirawat di sebuah hospital, kata Joseph.

"Isterinya sedang menerima rawatan dan anak-anaknya selamat,” katanya.

Lapangan terbang antarabangsa di Port-Au-Prince dan sempadan negara turut diarahkan ditutup. Pembunuhan itu dikecam pelbagai pemimpin negara Amerika Latin, termasuk Republik Dominica, Mexico, Colombia, Bolivia, Peru, Ecuador dan Argentina.

Haiti satu daripada negara termiskin di hemisfera Barat dihuni 12 juta penduduk dan bergelut dengan pergolakan politik selain pernah dilanda gempa bumi dahsyat pada 2010.

Berita asal Mkini
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Presiden Haiti Maut Di Bunuh Di Kediaman Peribadi

08.07.2021 - Global, Presiden Haiti Jovenel Moise dibunuh di kediaman peribadinya oleh sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali, lapor Sputnik.

"Kira-kira 1 pagi Rabu sekumpulan individu tidak dikenali - antara mereka berbahasa Sepanyol - menyerang kediaman peribadi presiden dan membunuh ketua negara itu," kata kata perdana menteri sementara Claude Joseph dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya isteri Moise turut cedera ditembak dan kini sedang dirawat.

Perdana menteri mengutuk serangan yang disifatkan "sangat keji, tidak berperikemanusiaan dan kejam" serta menyeru semua agar bertenang.

"Situasi keselamatan adalah terkawal," katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/582139
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,085
Reaction score
2,377
Points
201
Pengawal dia pi mn, ka memang depa yg rancang sendiri nie
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
26 Suspek Di Tahan Setakat Ini

21.07.2021 - Global, Jumlah suspek yang ditahan berkaitan pembunuhan Presiden Haiti Jovenel Moise kini mencecah 26 orang, lapor Sputnik memetik kenyataan polis tempatan. Laporan sebelum ini menyebut 23 suspek ditahan terdiri 18 warga Colombia dan lima rakyat Haiti.

"Tiga lagi suspek telah ditahan, termasuk anggota polis," kata Ketua Pengarah Polis Haiti, Leon Charles menerusi akaun Facebook polis, pada Selasa.

Moise ditembak mati di kediamannya pada 7 Julai, isterinya, Martine yang turut cedera dalam kejadian itu kini dirawat di sebuah hopsital di Amerika Syarikat. Menurut polis seramai 28 suspek telah dikenal pasti terlibat dalam kes itu.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/583903
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,319
Reaction score
15,001
Points
2,376

Pecat pendakwa raya tuduhnya terbabit pembunuhan presiden

September 15, 2021 @ 8:11am

Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry. - Foto AFP


Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry. - Foto AFP


PORT-AU-PRINCE: Siasatan terhadap pembunuhan presiden Haiti Jovenel Moise semakin bingung semalam, apabila perdana menteri pulau Caribbean itu memecat seorang pendakwa raya yang menuduhnya ada kaitan dengan pembunuhan itu.

Keputusan Perdana Menteri Ariel Henry memecat pendakwa raya Bed-Ford Claude menyerlahkan pertikaian di peringkat tertinggi dalam pemerintahan Haiti, lebih dua bulan selepas Moise dibunuh di rumahnya oleh orang bersenjata.

Tindakan Henry berlaku beberapa jam selepas Claude meminta hakim yang menyiasat pembunuhan Moise untuk menuduh perdana menteri terbabit dalam kes itu.

"Saya ingin memberitahu anda bahawa saya telah memutuskan untuk menghentikan jawatan anda," kata Henry kepada Claude dalam surat yang diedarkan secara terbuka.

Henry dinamakan oleh Moise sebagai perdana menteri beberapa hari sebelum pembunuhan presiden.

Beliau yang mengangkat sumpah jawatan selepas pembunuhan itu pada 20 Julai, berjanji untuk memperbaiki keadaan keselamatan negara yang buruk dan mengadakan pilihan raya yang lama tertangguh.

Haiti kini tidak mempunyai presiden dan parlimen yang berfungsi.

Namun, Claude mula menuding jari kepada Henry, berdasarkan perbincangan telefon yang didakwa antara perdana menteri dengan salah seorang suspek utama, beberapa jam selepas pembunuhan itu.

"Ada unsur kompromi yang cukup, yang membentuk keyakinan saya mengenai kesesuaian mengadili En Henry dan meminta dakwaan terhadapnya," tulis Claude dalam surat rasmi yang ditujukan kepada mahkamah Port-au-Prince.

Dalam surat kedua, Claude juga meminta Henry dilarang meninggalkan negara pulau itu 'kerana andaian serius pembunuhan Presiden Republik'.

Moise, seorang tokoh politik dan awam kontroversi, dibunuh antara 6 hingga 7 Julai ketika sebuah kumpulan bersenjata menyerang kediaman peribadinya di ibu negara kota Haiti.

Henry telah diminta untuk tampil bagi disiasat dalam kes terbabit mengenai dakwaan percakapan yang dilakukannya hanya beberapa jam selepas pembunuhan Moise, dengan seorang mantan pegawai kerajaan yang dikehendaki berhubung pembunuhan itu. - AFP


 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,085
Reaction score
2,377
Points
201
Bahaya klau negara mcm nie, doa negara kt xjd mcm tu la
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register