Hafiz al-Quran dihargai kerajaan Pulau Pinang

CG Sponsors




abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
124
Points
123
Credits
0
Mohd Sabri Said
Thu | Nov 20, 08 | 2:00:28 pm MYT

GEORGETOWN, 20 Nov (Hrkh) - Kerajaan Negeri akan memberi sumbangan kepada para hafiz anak kelahiran Pulau Pinang yang telah belajar ataupun sedang mengajar di seluruh negeri ini pada 29 November 2008 kata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Iklan




Bagaimanapun sumbangan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerajaan dalam masa terdekat.

"Sumbangan itu merupakan pengiktirafan dan penghargaan Kerajaan Negeri kepada hafiz yang berjaya mencapai tahap yang disegani dalam mendalami ilmu agama khususnya al-Quran, " ujarnya dalam sidang media sejurus masa rehat Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) pagi tadi.

Beliau berharap, sumbangan tersebut dapat menyembarakan lagi semangat anak muda untuk menjadi seorang hafiz yang berjasa kepada agama dan masyarakat.

Ini kerana, melalui pembacaan dan penghafalan dalam al-Quran jelas dapat membentuk sebuah masyarakat madani yang berakhlak dan berintegriti tinggi bersesuian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

Selain dari mencorakkan pemerintahan dengan Khalifah Umar Abdul Aziz yang telah berjaya menjadi model pemerintahan yang adil dan berjiwa rakyat serta merombak semula jentera pentadbiran sumbangan tersebut juga dianggap habuan terbaik sebagai galakan anak muda mendekati al-Quran.

Bahkan kata Lim, tindakan Khalifah Umar Abdul Aziz sanggup memecat pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa serta menumpukan perhatian terhadap peningkatan ilmu pendidikan di kalangan rakyat dapat memulihkan kepercayaan rakyat.

"Kerajaan Negeri akan berusaha menjadikan pemerintahan hari ini sebaik mungkin sepertimana yang diamalkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz kerana beliau berjaya mencorakkan pemerintahan yang adil, memecat pegawai yang tidak cekap, mengembalikan tanah yang dirampas dan menumpukan perhatian terhadap meningkatkan ilmu pendidikan di kalangan rakyat," tegas beliau.

UMNO x malu ke ?:)):))
 
Sponsored Post

Sureduit

Super Active Member
Joined
Jul 18, 2006
Messages
5,046
Reaction score
25
Points
75
Credits
0
UMNO mana ada ke MALU an dah lanie...
 

wealthgainer

Legendary Member
Joined
May 20, 2007
Messages
13,976
Reaction score
42
Points
120
Credits
0
Alhamdulillah...:D. Ramai kawan2 aku dalam golongan nih...
 

ADI78

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,298
Reaction score
17
Points
65
Credits
0
lim guan eng ni mmg pandai dlm agama islam ni...aden penah dengar dia ckp tentang islam...mmg dia byk membaca tentang islam
 

wealthgainer

Legendary Member
Joined
May 20, 2007
Messages
13,976
Reaction score
42
Points
120
Credits
0
Tak kisah la orang nak cakap LGE cuma nak ambik hati orang Islam kat Penang je ke...apa ke..
Bagi aku...yang baik kita ambik...yang x baik kita tentang... Senang..:D
 

Overclock

Legendary Member
Joined
Dec 1, 2006
Messages
14,056
Reaction score
42
Points
120
Credits
0
Inii.. iniii.. Populisss.. (kata dollah) :eek:
 

AMICO66

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
9,619
Reaction score
258
Points
91
Credits
0
lim guan eng ni mmg pandai dlm agama islam ni...aden penah dengar dia ckp tentang islam...mmg dia byk membaca tentang islam
iyo ko??? pandai sekali cha ni ye.....:D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register