BTC USD 66,512.1 Gold USD 1,786.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HADIS PALSU: Tuntutlah Ilmu Sampai Ke Negeri China

PerawanTampan

Fun Poster
Joined
Jul 20, 2010
Messages
671
Reaction score
41
Points
20
Ibn Abdil Barr meriwayatkan dari Anas R.A., bahawa Rasululllah SAW bersabda:
"Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China kerana menuntut ilmu itu adalah wajib atas tiap-tiap orang Islam. Bahawasanya para malaikat akan menebarkan sayap-sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha alam ilmu yang dituntunya."

Ibn Adiy, Abu Nu'aim, Al-Uqaili, Al-Baihaqi, Adh-Dhia', Abu Al-Qasim al Qusyairi, Al-Khatheib dan Ibnu Alyak An-Nisaburi meriwayatkan dari jalan Abu 'Atikah, dari Anas r.a., bahawa Rasululllah SAW bersabda:
"Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China kerana menuntut ilmu itu wajib atas tiap-tiap orang Islam."

Kata Al-Albani: Hadis ini adalah Maudhu'.

Penyakitnya ialah: Abu 'Atikah.

*Abu 'Atikah ialah; Tharif bin Sulaiman yang disepakati ulama' akan kedhaifannya:
a) Al-'Uqaili memandangnya sangat Dhaif
b) Al-Bukhari berkata: Abu 'Atikah mungkar hadisnya.
c) Kata An-Nasa'i: Ia tidak Thiqah
d) Kata Abu Hatim: Zahibul Hadis
e) As-Sulaimani menyebutnya di antara orang yang dikenal dengan membuat Hadis.

Al-Imam Ahmad bin Hanbal sangat mengingkari hadis ini

Hadis ini disebutkan oleh Ibnul Jauzi dalam kitabnya; Al-Maudhu'at dan beliau berkata: Kata Ibn Hibban: Hadis ini Batil, tiada asalnya dan diakui oleh As-Sakhawi dalam kitabnya; Al-Maqashid. Adapun bahagian kedua Hadis, iaitu "Kerana menuntut ilmu itu wajib atas tiap-tiap orang Islam" banyak diriwayatkan dari jalan lain dan dia adalah sahih seperti yang ditegaskan oleh Al-Albani dalam kitabnya; Silsilatul Ahadith Shahihati (3913-3914).

Az Zahabi menyebutkan dalam Al-Mizan dari riwayat Ibn Karram, dari Ahmad, dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasululllah SAW bersabda:
"Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China."

Hadis ini adalah Maudhu'.

Penyakitnya ialah: Muhammad bin Karram dan Ahmad bin Abdullah bin Khalid al-Juwaibari:

a) Kata Az Zahabi: Al Juwairabi adalah di antara orang yand dijadikan perumpamaan dengan kebohongannya:
b) Kata Ibn Hibban: Dia adalah Abu 'Ali, salah seorang dajal.
c) Kata An-Nasa'i dan Ad-Daruquthni: Dia adalah pembohong.
d) Kata Ibn 'Adiy: Al Juwaibari membuat Hadis untuk Ibn Karram mengikut kemahuan Ibn Karram dan Ibn Karram mengtakhrijnya dalam kitab-kitabnya dari Ibn Karam. Kemudian Az Zahabi menyebutkan beberapa buah Hadis yang membuktikan kebohongan Al-Juwaibari, di antaranya Hadis di atas.

Dan mengenai Ibn Karram pula, Az Zahabi berkata: Muhammad bin Karram as-Sajistani adalah seorang ahli Bid'ah yang saqith hadisnya. Ia banyak meriwayatkan hadis dari Ahmad Juwaibari dan Muhammad bin Tamim as-Sa'di yang kedua-duanya pembohong:

a) Kata Ibn HIbban: Ibn Karram menjadikan iman itu ialah perkataan tanpa makrifat.
b) Kata Ibn Hazmin: Ibn Karram berkata: Iman itu ialah perkataan dengan lidah, dan jika beriktiqad kufur dengan hatinya maka dia adalah mukmin.
c) Kemudian Az-Zahabi berkata: Dia ini adalah seorang munafiq sejati, pasti di tempat yang paling bawah dari neraka, apakah yang memberi manfaat kepadanya dengan menamakannya sebagai seorang mukmin?
d) kata Ibn Iraq: Muhammad bin Karram as-Sajistani adalah seorang Syekh golongan Karamiah yang dengan Bid'ahnya meriwayatkan hadis-hadis Maudhu'.



bagaimane ngan pendapat korang lak?
 
Sponsored Post

matalim

Legendary Member
Joined
Jan 7, 2007
Messages
15,795
Reaction score
58
Points
120
lepas nampak bulu ketiak, hilang selera nak baca
 

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
aku hanya berpegang pada yang dimerahkan jer
"Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China kerana menuntut ilmu itu wajib atas tiap-tiap orang Islam."
 

abdul_ir

Super Active Member
Joined
Mar 26, 2009
Messages
6,738
Reaction score
37
Points
70
aku hanya berpegang pada yang dimerahkan jer

takde maslah ngan hadis ni..sebab tak langgar akidah pon..lgipon memang wajib menuntut ilmu...perumpamaan betapa pentingnya ilmu..so ok la..sesape yg belajar sal hadis,,senaraikan la kumpulan2 hadis dan maksudnya serta boleh digunakan setakat mane..
 

ideaextreme

Junior Member
Joined
Apr 13, 2010
Messages
76
Reaction score
6
Points
16
memang menuntut ilmu itu wajib... nak cerita pasal hadis aku suke rujuk pada yg pakar cam ustaz zahazan...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register