BTC USD 105,975 Gold USD 3,355.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadiah jet mewah dari Qatar untuk Trump wujud kepentingan - Senator Republikan

Md Hanif

Active+ Member
Messages
4,092
Joined
Jun 13, 2023
Messages
4,092
Reaction score
208
Points
38
3130946.webp

Donald Trump menerima sebuah jet mewah daripada keluarga diraja Qatar bagi digunakan sebagai pesawat rasmi Air Force One.

WASHINGTON - Senator Republikan, Rand Paul menyuarakan keraguan terhadap rancangan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menerima sebuah jet mewah daripada keluarga diraja Qatar bagi digunakan sebagai pesawat rasmi Air Force One.

Menurut Paul, hadiah berkenaan seakan “memberi gambaran wujud konflik kepentingan.”

“Kami di Kongres mempunyai kuasa veto dan saya sendiri pernah terlibat dalam usaha memveto penjualan senjata kepada Qatar dan Arab Saudi sebelum ini atas isu pelanggaran hak asasi manusia,” kata Paul dalam rancangan This Week terbitan ABC.“Jadi, adakah pemberian pesawat bernilai AS$400 juta ini boleh mempengaruhi persepsi terhadap pentadbiran Trump? Mungkin. Sekurang-kurangnya, ia memberi gambaran seolah-olah berlaku konflik kepentingan,” ujarnya lagi.

“Saya rasa ia tidak berbaloi untuk menanggung implikasinya, malah ia telah mencemari lawatan yang pada dasarnya berjaya ke Timur Tengah,” tambah Senator dari Kentucky itu.

Paul merupakan antara beberapa Senator Republikan yang menyatakan kebimbangan terhadap langkah luar biasa untuk menerima pesawat Boeing 747-8 sebagai hadiah.

Menjawab persoalan tentang kesahihan undang-undang berhubung penerimaan hadiah itu, Paul berkata, kemungkinan wujud cara yang “sah dari segi undang-undang” untuk menguruskan urus niaga tersebut, namun, beliau tetap berpandangan bahawa isu yang timbul menjadikannya tidak berbaloi.

Sementara itu, Senator Demokrat Tim Kaine turut memberikan reaksi terhadap lawatan Trump ke Timur Tengah dengan menjelaskan, terdapat beberapa hasil positif daripada lawatan tersebut.

Ini selari dengan pujian luar biasa daripada segelintir ahli partinya.

Namun begitu, Kaine turut membangkitkan kebimbangan bahawa beberapa urusan Trump di rantau itu “jelas menimbulkan isu rasuah.”

Dalam perkembangan lain, bekas Naib Presiden AS, Mike Pence turut mengecam Trump kerana didakwa “mengkritik Amerika di tanah asing” sepanjang lawatannya.

Merujuk kepada ucapan Trump di Riyadh pada Selasa, di mana beliau menyatakan bahawa golongan “pembina negara” dari kalangan pakar dasar luar telah “lebih banyak merosakkan daripada membina” rantau berkenaan, Pence menyifatkan kenyataan itu sebagai satu penghinaan kepada veteran tentera yang berkhidmat di Afghanistan dan Iraq.

Pence juga secara terbuka mengkritik cadangan untuk menerima pesawat hadiah daripada Qatar itu. - Awani

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register