BTC USD 54,357.1 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadi mahu penjelasan

eishen

Active+ Member
Messages
3,545
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,545
Reaction score
82
Points
30
KEMAMAN 1 Nov. _ Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kata Abdul Hadi, sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu dan beragama Islam, sistem pentadbiran sepatutnya diterajui oleh kaum tersebut.

Sehubungan itu, beliau akan meminta penjelasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung pelantikan Siew Moi itu.

‘‘Secara umum apa yang saya dapat katakan pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam.

“Saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana perlu meminta penjelasan daripada rakan-rakan kami di Selangor terlebih dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Ijtimak Kepimpinan Pas Terengganu di bandar Chukai di sini, hari ini.

Isnin lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.

Ekoran keputusan itu, enam persatuan kakitangan PKNS menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid dan mendesaknya menarik balik pelantikan Siew Moi itu kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan sosial dan ekonomi bumiputera.

Abdul Hadi berkata, Pas tidak boleh membuat sebarang pendirian berhubung keputusan yang dibuat oleh PKR di Selangor.

Menurutnya, pelantikan Siew Moi hanya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS yang menjalankan tugas-tugas pengurus besar agensi itu.

“Jawatan Pengurus Besar itu masih belum sah dimiliki sepenuhnya oleh Siew Moi,'' jelasnya.

Beliau berkata, isu pelantikan orang bukan Melayu itu juga bukan merupakan perkara dasar pentadbiran di Selangor kerana ia hanya melibatkan sebuah organisasi.
 
Sponsored Post

Kehidupan

CG Top Poster Club
Messages
25,111
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
PAS telah menyatakan pendirian.....
 

none

Super Active Member
Messages
8,230
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,230
Reaction score
335
Points
91
Macam ni aku tak sokongler... dlm negeri selangor tu xada lagi ke yg beragama islam
 

iswarahijau

Super Active Member
Messages
6,060
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
PAS sudah menunjukkan sikap perkauman sama spt UMNO...
PKR sudah menunjukkan sikap liberalisme tak bertempat..
DAP,MCA,MIC sudah mula mengambil kesempatan atas perpecahan umat melayu islam dgn menuntut yg bukan2...
 

pelitaminyak

Super Active Member
Messages
5,564
Joined
Aug 13, 2008
Messages
5,564
Reaction score
1,583
Points
151
bila masanya kaum cina tidak perkauman .... cuma org2 melayu jer tidak sedar, fakta yg tidak dapat disangkal sbb aku pernah pergi sekolah cina dan bergaul dengan mereka
 

ApoKalypse

Active+ Member
Messages
3,333
Joined
Dec 2, 2007
Messages
3,333
Reaction score
40
Points
30
pebenda si PKR nih??? kaum cha ya nun alif mmg kuat perkauman diorg, sapa2 yg kaki meniaga tau la mcmana diorg nye perkauman...

apa pun aku TIDAK SETUJU dgn tindakan PKR Selangor!
 

jejantas

CG Top Poster Club
Messages
24,648
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
920
Points
161
Kalo beri pada Melayu tetapi dok bunuh Melayu dan bantu Cina.. adalah lebih baikberi pada Cina yang akan tolong Melayu... :D
 

ulam

CG Top Poster Club
Messages
22,373
Joined
Apr 30, 2008
Messages
22,373
Reaction score
59
Points
120
Bila ler PAS & UMNO nak bersatu..
Aku rasa org melayu x pandai berpolitik, sbb x pandai nakmenggunakan undi pada tempatnya... Cuba kita lihat kaum cina, pernah kita lihat DAP balon MCA atau gerakan.. :-?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register