BTC USD 28,379.7 Gold USD 1,967.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadi kafirkan PAS untuk kerjasama dengan Umno, parti bukan Islam, dakwa Dr M

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
37,929
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
37,929
Reaction score
4,924
Points
261
Awards
1
Hadi kafirkan PAS untuk kerjasama dengan Umno, parti bukan Islam, dakwa Dr M

Nora MahparSeptember 16, 2022 11:33 AM

Dr Mahathir Mohamad.


SERDANG: Dr Mahathir Mohamad melabel PAS sebagai parti kafir kerana sanggup bekerjasama dengan Umno dan parti bukan Islam demi kuasa dan kedudukan.

Pengerusi Pejuang itu berkata Abdul Hadi Awang yang pernah mengkafirkan Umno kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam, kini “merelakan PAS dikafirkan” untuk bekerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).

“PAS kita dapati tindakan mereka pelik sikit sebab tindakan mereka berbeza dengan pendirian PAS dulu, dahulu PAS kata Umno ni parti kafir dan macam-macam tuduhan dibuat tetapi tanpa menafikan Umno kafir, mereka bekerjasama dengan kafir.

“Ini yang kita fikir pelik. Nampak seolah-olah PAS ni ‘opurtunis’. Nampak peluang prinsip diketepikan…kononnya berjuang untuk Islam. Tak boleh bekerjasama dengan orang kafir (nanti) kita jadi kafir tetapi dia jadi kafir.

“Mengikut tafsiran PAS, PAS sekarang ini parti kafir selagi dia tak hapuskan dakwaan atau tolak dakwaan yang dibuat oleh PAS dahulu bahawa orang yang tak bersama dengan PAS itu adalah kafir, maka tindakan PAS sekarang ini bekerjasama dengan orang kafir PAS sudah jadi parti bukan Islam lagi, parti kafir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Aspirasi Wanita Merdeka: Penentu Hala Tuju Negara.

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim semalam mendakwa PAS yang dipimpin Hadi ketika ini berbeza ketika era Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Fadzil Mohd Noor.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata demikian susulan dakwaan Hadi yang menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana kalangan pemimpin gabungan itu “mengumpulkan pemberi rasuah dan penerima rasuah”.

“Amanat Hadi” merujuk ucapan Hadi pada 7 April 1981, ketika beliau menjadi pesuruhjaya PAS Terengganu. Petikan ucapan itu kerap dibidas Umno kerana didakwa mengkafirkan ahli parti komponen terbesar Barisan Nasional itu.

Ditanya sama ada gabungan Gerakan Tanah Air yang digagaskan beliau bersedia bekerjasama dengan Pakatan Harapan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Mahathir berkata partinya tidak akan sekali-kali bersama dengan parti yang bersama terlibat dalam menubuhkan kerajaan pintu belakang.

“Mana-mana parti yang terlibat dengan rasuah atau terlibat mendirikan kerajaan melalui pintu belakang, kita takkan kerjasama dengan mereka,” tegasnya.

Pada 4 Ogos lalu, Mahathir mengumumkan penubuhan gerakan berasaskan Melayu dan Islam yang dinamakan GTA.

Gabungan itu terdiri daripada empat parti Melayu – Pejuang, Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), NGO serta orang perseorangan.
 
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,486
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,486
Reaction score
2,588
Points
251
Awards
1

PAS kini parti kafir, kata Tun Dr Mahathir​

Oleh Suzalina Halid- September 16, 2022 @ 11:51am
[email protected]
56
Dr Mahathir pada Konvensyen Pejuanita Malaysia hari ini. - Foto NSTP/Rohanis Shukri
Dr Mahathir pada Konvensyen Pejuanita Malaysia hari ini. - Foto NSTP/Rohanis Shukri



KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa PAS kini adalah parti kafir berikutan tindakannya bekerjasama dengan UMNO dan parti bukan Islam demi memperoleh kedudukan.

Dr Mahathir berkata, hingga kini PAS tidak menarik balik dakwaan yang dibuatnya suatu ketika dulu, bahawa orang yang tidak bersama parti itu adalah kafir, maka dengan tindakan kerjasama terbabit, ia menggambarkan bahawa mereka bukan lagi parti Islam.

"Parti PAS ini kita dapati tindakan mereka pelik sikit kerana ia berbeza dengan pendirian mereka dulu. ...dahulu PAS kata UMNO parti kafir dan macam-macam tuduhan dibuat.

"Tapi tanpa menafikan bahawa UMNO itu kafir, mereka bekerjasama dengan kafir, ...dulu berjuang untuk Islam dan tidak boleh bekerjasama dengan kafir sebab akan jadi kafir.

"Tapi mereka bekerjasama dengan kafir, jadi mengikut tafsiran PAS, PAS sekarang ini parti kafir selagi mereka tak hapuskan dakwaan yang dibuat bahawa orang yang tidak bersama PAS itu adalah kafir," katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir merasmikan Konvensyen Pejuanita Malaysia, 'Aspirasi Wanita Merdeka: Penentu Hala Tuju Negara' di sini.
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
37,929
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
37,929
Reaction score
4,924
Points
261
Awards
1

Emy_Ezra

Super Active Member
gem
Messages
6,905
Joined
Sep 2, 2012
Messages
6,905
Reaction score
658
Points
126
Mati melawan UMNO adalah syahid - Ayah Chik


Nak mati syahid, pastikan semua hutang2 bank kredit kad ptpn da abis bayar ye..kalu tak, nanti roh nya jd hantu lapar 😂

Eh eh dia punya pening, pakai nama kedah pulak :D
Orang kedah tak mengaku weh


BTW, apa rasanya jilat ludah sekarang hehe
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
37,929
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
37,929
Reaction score
4,924
Points
261
Awards
1
Kenyataan Hadi akan diadu kepada kesatuan ulama dunia: Salahuddin

SYAMILAH ZULKIFLI
Dari kiri: Abdul Hadi, Salahuddin
SEREMBAN - Parti Amanah Negara (Amanah) akan membuat aduan kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia berkenaan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sewenang-wenangnya melabelkan orang lain tidak beriman.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sikap ditonjolkan Abdul Hadi langsung tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang ulama dan disifatkan melampau.

"Kami rasa akan buat aduan kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia tentang semua kenyataan dia (Abdul Hadi) yang merendahkan orang lain, mengatakan orang lain tak beriman.

"Adakah itu akhlak ulama? Saya pun tak faham. Jadi kita akan buat aduan tentang apa-apa yang dia cakap, pada bila-bila masa dan mungkin boleh menghantarnya melalui email pada malam ini," katanya pada sidang akhbar selepas hadir merasmikan Konvensyen Angkatan Wanita Amanah (Awan) pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Awan, Aiman Athirah Sabu dan Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau secara sindiran berkata, hanya Abdul Hadi yang tahu berkenaan agama Islam daripada orang lain dan disebabkan itu beliau dengan mudah menuduh orang lain sebegitu.

"Dia ulama besar. Dia tahu Islam lebih dari kita semua. Sepatutnya kalau tuduh itu perlu ada bukti.

"Itu akhlak dan cara Islam sebenar. Dia pun tahu kalau nak tuduh orang perlu ada bukti," jelas beliau.

Ujarnya, bukan kali pertama pemimpin Pas itu mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Hadi berkata, ramai dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) yang tidak beriman dan tidak bermoral yang mana secara terbuka mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah.

"Paling ramai pihak yang melompat parti bukan alasan yang berprinsip tetapi mengejar janji-janji manis dan janji bohong (seperti rasuah juga).

"Mereka mengamalkan politik dendam melalui kenyataan terbuka yang mengganggu-gugat urusan pentadbiran negara dan menyusahkan badan kehakiman,” katanya dalam catatan Minda Presiden.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register