BTC USD 51,647.0 Gold USD 1,780.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadi Awang dilantik sebagai duta khas PM ke Timur Tengah

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
Bekas menteri Richard Riot Jaem turut dilantik sebagai duta khas ke Asia Timur.

Peranan Hadi, Tiong sebagai duta khas disambung​





September 2, 2021 3:02 PM


Abdul-Hadi-Awang-and-Tiong-King-Sing-and-Richard-Riot-Jaem.jpg

PETALING JAYA: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Tiong King Sing meneruskan peranan mereka sebagai duta khas ke Timur Tengah serta China.
Perkara itu disahkan Pejabat Perdana Menteri.

Tambahan, bekas menteri Richard Riot Jaem turut dilantik sebagai duta khas ke Asia Timur.



BERITA LANJUT MENYUSUL


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,199
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,199
Reaction score
16,633
Points
2,376
IMG_20210902_160040_676.jpg

Mesyuarat kabinet pertama yang berlangsung pada 1 September 2021 telah bersetuju untuk terus menyambung pelantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah; Datuk Seri Tiong King Seng sebagai Duta Khas ke China dan Datuk Seri Richard Riot sebagai Duta Khas ke Asia Timur.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#AWANInews #PolitikMalaysia
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,546
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,546
Reaction score
2,979
Points
201
Ermmmm cina halal ni
Da sunat kot 😂
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,199
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,199
Reaction score
16,633
Points
2,376
DUTA KHAS | Lantikan Duta Khas Timur Tengah, China & Asia Timur Kekal

Kerajaan bersetuju meneruskan lantikan tiga pemimpin politik sebagai Duta Khas ke Timur Tengah, China dan Asia Timur.

 

pelitaminyak

Super Active Member
Messages
5,683
Joined
Aug 13, 2008
Messages
5,683
Reaction score
1,599
Points
151
DUTA KHAS | Lantikan Duta Khas Timur Tengah, China & Asia Timur Kekal

Kerajaan bersetuju meneruskan lantikan tiga pemimpin politik sebagai Duta Khas ke Timur Tengah, China dan Asia Timur.

Patut lantik semula selepas 1 tahun memerintah bagi mengurangkan perbelanjaan negara, setahun boleh fokus internal dulu, sebab kita ada menteri luar

Bila ekonomi dah rancak balik nanti, baru le nampak duta khas ni berfungsi

Aku bagi pendapat je tapi" aku bukan kerajaan"
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
Jelas Presiden PAS itu, beliau berazam meningkatkan lagi urusan-urusan kerjanya sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.

Sambung tugas sebelum ini, respons Abdul Hadi lantikan semula Duta Khas PM ke Timur Tengah​






03/09/2021

1630656848255.png


KUALA LUMPUR – Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap lantikan semula ke jawatan berkenaan membolehkan beliau menyambung semula tugasan yang ditinggalkan sebelum ini di samping menggerakkan perancangan baru.

Jelas Presiden PAS itu, beliau berazam meningkatkan lagi urusan-urusan kerjanya sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.

Abdul Hadi berkata, sepanjang memegang amanah tersebut, beliau sudah mengadakan pertemuan diplomatik dengan 10 duta negara Timur Tengah bagi membincangkan mengenai kerjasama dua hala dalam bidang politik, ekonomi dan pendidikan.

“Tindakan susulan pula dilakukan oleh kalangan menteri menerusi siri lawatan dan antaranya adalah membabitkan perdagangan kelapa sawit yang meningkat.

“Kita turut membincangkan mengenai sektor pendidikan di Mesir dan Jordan selain kerjasama membantu rakyat Palestin. Kerja sudah dibuat cuma disambung semula dan ditingkatkan lagi,” katanya memetik Utusan Malaysia di Rusila, Marang.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mempengerusikan Mesyuarat Kabinet pertama memutuskan untuk terus menyambung pelantikan Abdul Hadi di samping Datuk Seri Tiong King Seng (Duta Khas ke China) dan Datuk Seri Richard Riot (Duta Khas ke Asia Timur).

Presiden Pas itu dilantik memegang jawatan berkenaan semasa pentadbiran kerajaan di bawah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 April tahun lalu.

Abdul Hadi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Al-Azhar, Mesir adalah bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, kesemua duta-duta di Timur Tengah mengalu-alukan peranannya susulan hubungan baik dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di rantau berkenaan yang secara tidak langsung memudahkan lagi urusan kerja.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906

Apa sumbangan mereka? – Kadir Jasin​


3 September 2021

1630660254204.png




A. Kadir Jasin

KUALA LUMPUR – “Adakah perlu kita menggaji Duta Khas bertaraf menteri sedangkan kita sudah ada ramai menteri dan diplomat profesional sebagai duta dan pesuruhjaya tinggi?,” soal Datuk A. Kadir Jasin.


Beliau mempersoalkan lantikan semula Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Asia Tengah; Datuk Seri Tiong King Seng sebagai Duta Khas ke China dan Datuk Sri Richard Riot sebagai Duta Khas ke Asia Timur.

Abdul Hadi merupakan Presiden Pas sementara Tiong King Seng ialah Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) manakala Richard Riot pula Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak.

Tanya beliau lagi, apakah sebenarnya tugas dan penunjuk prestasi utama (KPI) mereka ini selain memberi undi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Soal beliau, apakah sumbangan mereka setakat ini yang boleh disenaraikan sebagai berbaloi dengan gaji dan pelbagai kemudahan yang mereka nikmati.

Malah, wartawan veteran itu turut mempersoalkan berapa banyakkah duit cukai rakyat yang dibelanjakan bagi keselesaan setiap seorang daripada mereka setiap tahun

”Kalau Parlimen Malaysia benar-benar melaksanakan peranan semak-imbang bagi pihak negara dan rakyat jelata, inilah antara soalan yang wajib ditanya dan dijawab,” ujarnya. – MalaysiaGazette


 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,546
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,546
Reaction score
2,979
Points
201
Sumbangan ke palestin
Boikot barangan perancis
Tu antara sumbangan ayah cik 🤪
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, Sharan Raj, berkata pelantikan itu adalah pembaziran dana awam ketika negara berdepan krisis ekonomi.

1630665452168.png


PSM: Duta khas bertaraf menteri satu pembaziran cukai rakyat​

Diterbitkan 3 Sep 2021, 4:17 pm


Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengkritik pelantikan semula beberapa duta khas Perdana Menteri bertaraf menteri yang disifatkan sebagai satu pembaziran wang negara.

Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, Sharan Raj, berkata pelantikan itu adalah pembaziran dana awam ketika negara berdepan krisis ekonomi.

"Sebagai respon kepada pelantikan semula duta khas perdana menteri Malaysia. Duta khas untuk PM adalah pembaziran dana awam.

"Duta khas untuk PM itu bertindih kepada diplomat di Wisma Putra dan kedutaan asing Malaysia.

"Adalah hipokrit bagi kerja ahli politik untuk mensia-siakan cukai awam ketika orang ramai menderita dalam kemelesetan ekonomi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

1630665528158.png




Semalam, kerajaan Malaysia bersetuju mengekalkan tiga pemimpin parti politik negara sebagai duta khas perdana menteri seperti yang ditetapkan perdana menteri terdahulu, Muhyiddin Yassin.

Dalam kenyataan semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata persetujuan tersebut dicapai melalui mesyuarat pertama kabinet pada 1 Sept.

Tiga pemimpin parti politik terbabit ialah Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tiong King Sing dan Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Richard Riot Jaem.

Abdul Hadi merupakan ahli parlimen Marang yang diberikan kedudukan duta khas perdana menteri ke Timur Tengah, manakala Tiong (Bintulu) ke China, manakala Riot (Serian) ke Asia Timur.

Pelantikan ketiga-tiga ahli parlimen terbabit dibuat selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri kelapan Malaysia pada tahun lalu.

Sharan berkata, duta khas kepada perdana menteri diperkenalkan bekas perdana menteri, Najib Razak yang ketika itu bagi meyakinkan Samy Vellu untuk meletak jawatan sebagai presiden MIC.

1630665626415.png


"Samy Vellu meletak jawatan sebagai presiden MIC pada 6 Disember 2010 sebelum dilantik sebagai duta khas pertama untuk PM mulai 1 Januari 2011.
"Duta khas untuk PM menerima gaji RM 27,000 sebulan. Sejak 2011, 8 individu telah mengumpulkan gaji 330 bulanan berjumlah hampir RM9 juta," katannya.


 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,546
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,546
Reaction score
2,979
Points
201
10 duta Asia Barat telah ditemui – TG Abdul Hadi

September 4, 2021
D57308-DE-3-BE9-4-E64-B40-A-1-CCC48224-EAC.jpg

MARANG: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyambut baik pelantikan semula beliau sebagai Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke Timur Tengah.

Justeru, katanya perancangan kerja yang telah dilaksanakan sebelum ini ketika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin akan diteruskan.

Menurut beliau, sebanyak 10 duta negara di Asia Barat telah ditemui dan menjalinkan kerjasama dari segi politik, ekonomi dan pendidikan.

Advertisement

Perancangan telah ada dan sudah bertemu dengan 10 duta, Azerbaijan, Mesir, Iraq, Arab Saudi, Jordan, Syria, United Arab Emirates (UAE), Oman, Qatar. Itu termasuk dalam Asia Barat.

“Sehingga ini 10 duta sudah berjumpa di mana tugasnya ialah kerjasama dari segi politik, ekonomi dan pendidikan,” ujarnya kepada Harakahdaily, semalam.


Katanya, oleh kerana zaman ini zaman Covid-19, maka perhubungan diplomatik dengan duta-duta sudah dibuat dan susulan sudah dilakukan oleh menteri-menteri.

“Menteri-menteri sudah melawat ke negeri ini dan sebahagiannya sudah dilaksanakan, antaranya ialah dagangan minyak kelapa sawit.

“Kita semua tahu harga minyak kelapa sawit telah naik, itu hasil ‘follow up’ dari pertemuan-pertemuan ini. Dan termasuklah dalam soal pendidikan di Mesir, Jordan dan lain-lain.


“Ini termasuklah kerjasama membantu rakyat Palestin, membantu dengan lancar. Jadi, kerja telah dibuat, menyambung kerja sayalah,” jelasnya.

Menurutnya, duta-duta berkenaan telah mengalu-alukan pelantikannya sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu.

“Duta-duta ini mengalu-alukan peranan saya sebagai duta di Asia Barat, kerana hubungan dengan NGO-NGO dan daripada kenalan di Asia Barat. Ini akan memudahkan urusan kerja, Insya-Allah,” ujarnya.

Selain Tuan Guru Abdul Hadi, turut dilantik semula sebagai Duta Khas Kepada Perdana Menteri pada mesyuarat pertama Kabinet, 1 September lalu ialah duta ke China, Dato’ Seri Tiong King Sing dan duta ke Asia Timur, Dato’ Seri Richard Riot. – HARAKAHDAILY 4/9/2021
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register