BTC USD 42,033.0 Gold USD 1,749.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadi Awang dilantik sebagai duta khas PM ke Timur Tengah

Mad_Hatter

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2011
Messages
9,822
Reaction score
1,510
Points
151
Kai sudah hilang masuk gua?
Awal-awal dulu banyak je post depa.
Tak mau meratib lobai-lobai dah :LOL:
ke tukor id lain lagi :sneaky:
 
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
16,343
Reaction score
6,058
Points
321
Duta khas timur tengah tghh

IMG_20210521_063845.jpg
 

midi2020

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
5,777
Reaction score
313
Points
91
abah cakap, negara dah takde banyak wang..

bilangan menteri, timbalan menteri termasuk duta khas terlalu ramai..

salah satu cara yg boleh dilakukan untuk menjimatkan wang negara ialah dengan mengecilkan saiz kabinet, mengurangkan
bilangan timbalan menteri dan duta bertaraf menteri..


 

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
4,849
Reaction score
1,400
Points
111
abah cakap, negara dah takde banyak wang..

bilangan menteri, timbalan menteri termasuk duta khas terlalu ramai..

salah satu cara yg boleh dilakukan untuk menjimatkan wang negara ialah dengan mengecilkan saiz kabinet, mengurangkan
bilangan timbalan menteri dan duta bertaraf menteri..


Bagus tu macam mahathir suruh kurang kan gaji doktor sebelum covid dulu
 

midi2020

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
5,777
Reaction score
313
Points
91
lagi satu nak jimat, boleh mansuhkan/bubar JASA/J-kom..

tu bukan untuk kepentingan rakyat..

kalau bubar, boleh jimat berpuluh-puluh juta ringgit..
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,908
Reaction score
2,143
Points
201
lagi satu nak jimat, boleh mansuhkan/bubar JASA/J-kom..

tu bukan untuk kepentingan rakyat..

kalau bubar, boleh jimat berpuluh-puluh juta ringgit..

Kesian kt org melayu katanya tak ada keje... Makcik kiah tak leh niaga tak dikesian plak
 

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
4,849
Reaction score
1,400
Points
111
Kesian kt org melayu katanya tak ada keje... Makcik kiah tak leh niaga tak dikesian plak
Job byk bro skr ni, tender g1/g2 skr sentiasa ada......... Job kecik2 pun byk piping, wiring, tak memang tangan nak buat.......... Kalau cari keja ofis, memang tak de le, company byk bungkus
 

midi2020

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
5,777
Reaction score
313
Points
91
Kesian kt org melayu katanya tak ada keje... Makcik kiah tak leh niaga tak dikesian plak

bubar JASA/J-kom.. staff JASA/J-kom tu boleh diserap ke bahagian lain.. atau cari kerja tender g1/g2, piping, wiring macam bro atas ni cakap, hehe..

duit hasil penjimatan pembubaran JASA/J-kom tu boleh guna untuk kepentingan rakyat, contohnya bagi makcik kiah dan makcik-makcik lain..
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,315
Reaction score
2,796
Points
201
Menteri duta pun kene sekat kluar negara
Kene lokdon tak mcm jemin 😅
1621622826545.png
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,315
Reaction score
2,796
Points
201

Arab Saudi zalim, OIC macam kelab forum - Hadi Awang​

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengkritik keras Arab Saudi, negara-negara Arab yang melaksanakan normalisasi terhadap Israel serta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) susulan konflik terbaru Israel dan pasukan bersenjata Palestin.

Duta khas perdana menteri ke Timur Tengah itu juga menyifatkan OIC sebagai tidak bermaya dan hanya bertindak sekadar sebuah kelab yang menganjurkan forum.

“Sepatutnya OIC memainkan peranan dengan kewajipan untuk menyatukan umat Islam dan membina kekuatan mereka dalam segala lapangan.

“Akan tetapi, mereka hanyalah bersifat kelab untuk berforum dengan mengeluarkan hasil resolusi yang mengikut arahan tangan-tangan yang nyata dan ghaib,” kata duta bertaraf menteri itu.

131750e77096cec71bf27a48494d9e31.jpg

Selepas konflik 11 hari yang mengorbankan hampir 250 orang, Israel dan kumpulan bersenjata Palestin Hamas semalam bersetuju mengadakan gencatan senjata, dengan Mesir menjadi pengantara.

Dalam kenyataannya hari ini, Hadi turut mendakwa institusi agama di Arab Saudi juga dipergunakan manakala golongan ulamanya ditekan.

“Golongan Zionis yang tergamam dengan kebangkitan semula Islam, gagal melekakan umat Islam dengan khutbah-khutbah yang diatur sehingga mimbar masjid-masjid di Makkah dan Madinah juga dipergunakan.

“Para imam dan ulama yang tidak patuh dengan arahan akan disekat atau ditahan, sebahagian daripada mereka hari ini masih meringkuk dalam tahanan, termasuklah wakil Hamas yang sedang sakit tenat,” katanya.

e2a18346b08d8252ead671e79875278f.jpg

Hadi berkata, Israel kini menjadi semakin berani kerana negara itu mempunyai bantuan bekalan senjata di samping terdapat usaha diplomatik memujuk negara-negara Arab supaya melaksanakan normalisasi terhadap Israel secara “talam dua muka”.

“Perkara tersebut masih berlaku, walaupun negara-negara Arab itu dikatakan telah mengecapi kemerdekaan yang diulang-ulang sambutannya sudah berpuluh kali sebagai hari kebangsaan negara masing-masing.

“Pada masa yang sama, negara-negara Arab itu berwiridkan perkataan pengganas mengikut riwayat negara Zionis,” katanya.

Sehubungan itu, Hadi secara khusus menuntut Arab Saudi berperanan langsung dalam isu ini.

216486f68ba4beb414b77532b5158c32.jpg

“Bagi negara-negara yang melakukan normalisasi terhadap Israel, hendaklah mereka semua kembali ke pangkal jalan.

“Seruan ini secara khusus ditujukan kepada Arab Saudi yang bergelar khadam dua tanah haram (tanah suci), supaya membebaskan para imam masjid-masjid di Makkah termasuklah para ulama, ilmuwan dan pemimpin masyarakat yang berani bercakap kerana benar,” katanya.





Hadi juga mendakwa terdapat beberapa pemimpin Hamas yang berlindung di Saudi turut ditahan.

Katanya, mereka termasuk seorang individu yang sedang tenat menghidap kanser berusia 80 tahun.

“Apa yang telah dilakukan oleh pemerintah Arab Saudi itu merupakan satu tindakan zalim yang telah mencalarkan wajah negara yang bergelar khadam dua tanah haram,” katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan penjelasan lanjut pegawai Hadi bagi memperjelaskan beberapa bahagian dalam kenyataannya hari ini.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register