BTC USD 56,776.4 Gold USD 1,777.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadi Awang dikejarkan ke hospital

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,170
Reaction score
2,158
Points
201
Hadi Awang dikejarkan ke hospital
| | 16 Februari 2021
Selasa | 16 Februari 2021
972972.JPG

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukan ke hospital.
Menurut beliau, Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan dalam keadaan stabil menerusi satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi.
Sementara itu, tular satu kenyataan yang mendakwa Hadi Awang telah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya.
Kenyataan itu mendakwa, beliau dibawa ke hospital itu pada pukul 7.50 malam kerana mengalami sesak nafas.
Difahamkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut berada di hospital tersebut.
Menurut kenyataan itu, doktor memaklumkan bahawa keadaan Abdul Hadi stabil.
"Jantung beliau lemah berkemungkinan disebabkan dalam keadaan penat," kata kenyataan itu.
Katanya, doktor telah memaklumkan bahawa Abdul Hadi akan dirujuk ke Institut Jantung Negara untuk rawatan susulan. Beliau juga akan membuat ujian swab di IJN.
Difahamkan, beliau dibawa ke institut tersebut pada pukul 9.50 malam dengan menggunakan ambulans.
Sementara itu, Sinar Harian masih mendapatkan pengesahan berhubung status Abdul Hadi dengan pegawainya.
© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,459
Reaction score
2,800
Points
201
Semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik kpd tn guru.
 

cak cibo

Active Member
Joined
Apr 18, 2018
Messages
1,079
Reaction score
537
Points
81
Semoga Tuan Guru diberikan kesembuhan ..Aminnn
 

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
4,930
Reaction score
678
Points
81
Semoga cepat sembuh Tuan Guru.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,604
Reaction score
12,491
Points
1,906
Ketika dihubungi Sinar Harian pagi ini, beliau tidak mengulas lanjut keadaan bapanya dan meminta supaya merujuk perkembangan terkini menerusi media sosial.

Bapa saya stabil: Muhammad Khalil

16 Februari 2021


1613442982580.png

Muhammad Khalil Abdul Hadi


KUALA TERENGGANU - Anak Presiden Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengesahkan bapanya stabil dan kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu dimaklumkan melalui hantaran di laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

"Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi. Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat.
"Mohon doa daripada semua semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah, " katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi Sinar Harian pagi ini, beliau tidak mengulas lanjut keadaan bapanya dan meminta supaya merujuk perkembangan terkini yang dimaklumkan menerusi media sosial.

Terdahulu, tular di media sosial Datuk Seri Abdul Hadi Awang Awang dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya jam 7.50 malam pada Isnin kerana mengalami sesak nafas.

Menurut kenyataan itu, Pemimpin Pas berkenaan kemudiannya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan jam 9.50 malam.

Difahamkan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut berada ketika beliau dirawat di Hospital Putrajaya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,604
Reaction score
12,491
Points
1,906
Ulasan Apek Cina

1m ·

Memang Apek rasa MENJIJIK tengok netizen-netizen penyokong “ Parti tertentu “ komen di ruangan posting mengenai keadaan YB Tuan Guru Hadi Awang dalam Bahasa Mandarin.
MENJIJIK betul
Setuju dengan Mak Kah Keong bahawa mereka ni bukannya mengamalkan kebudayaan Tiong Hwa dan Malaysia.
Mereka ni hari busuk . Busuk sekali .
Malunya saya.

Mak Kah Keong 麦嘉强

2j ·

Saya Marah dalam kesedihan!

Tuan Guru telah dirawat di IJN turut dilaporkan dalam media cina.

Setelah membaca komen komen netizen yang mengguna bahasa Mandarin, saya berasa sangat marah dan sedih.

Saya tak jangka, ada juga netizen (penyokong parti parti tertentu atau hasil hasutan parti parti tertentu) memberi komen yang sangat menjinjikkan.

Contoh:
1. Cantik, dia sangat mendekati pencipta dah;
2. Harap dia tak sampai jumaat ini;
3. "Selamat bersemadi dengan aman"...

Dan banyak lagi komen komen yang teruk.

Ini bukan budaya Tiong Hua dan budaya Malaysia! (Kesopanan dan Kesusilaan)

Saya tak tahu nak cakap apa lagi , korang pergi tengok sendiri
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3864633180295765&id=100366473389140

Semoga Tuan Guru kembali sihat walafiat
1f64f.png



1613452003768.png
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,170
Reaction score
2,158
Points
201
Apek kene paham
Itu la ulama (org yg berilmu) kita kene ikut :D
1613452423737.jpeg
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,170
Reaction score
2,158
Points
201
Pemuda Pas diminta solat hajat, doakan kesihatan Abdul Hadi
MOHD RIDZUAN ABU HASSAN | | 16 Februari 2021
Rabu | 17 Februari 2021
973077.jpeg

Hantaran Khairil Nizam di Facebook mengarahkan semua ahli Pemuda Pas mendirikan solat hajat pada hari ini.
SHAH ALAM - Pemuda Pas seluruh negara diminta mendirikan solat hajat pada Selasa memohon ALLAH SWT memberikan kesihatan berpanjangan kepada presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, beliau mengarahkan semua Pemuda Pas berbuat demikian dengan mengambil keberkatan bulan Rejab yang mulia.
“Semoga Ayoh Chik (Abdul Hadi) dapat kembali membimbing, memimpin dan mendidik kita semua seperti sedia kala, Ameen,” katanya di Facebook pada Selasa.
Pada malam Isnin, tular di media sosial menyatakan Presiden Pas itu dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya jam 7.50 malam kerana mengalami sesak nafas sebelum dirujuk ke IJN untuk rawatan susulan, jam 9.50 malam.
Menurut anak beliau dalam kenyataan di Facebook, Muhammad Khalil mengesahkan bapanya stabil dan kini dirawat di IJN.
"Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi. Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat.
"Mohon doa daripada semua semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah, " katanya.
© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
7,275
Reaction score
883
Points
121
Pemuda Pas diminta solat hajat, doakan kesihatan Abdul Hadi
MOHD RIDZUAN ABU HASSAN | | 16 Februari 2021
Rabu | 17 Februari 2021
View attachment 343321
Hantaran Khairil Nizam di Facebook mengarahkan semua ahli Pemuda Pas mendirikan solat hajat pada hari ini.
SHAH ALAM - Pemuda Pas seluruh negara diminta mendirikan solat hajat pada Selasa memohon ALLAH SWT memberikan kesihatan berpanjangan kepada presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, beliau mengarahkan semua Pemuda Pas berbuat demikian dengan mengambil keberkatan bulan Rejab yang mulia.
“Semoga Ayoh Chik (Abdul Hadi) dapat kembali membimbing, memimpin dan mendidik kita semua seperti sedia kala, Ameen,” katanya di Facebook pada Selasa.
Pada malam Isnin, tular di media sosial menyatakan Presiden Pas itu dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya jam 7.50 malam kerana mengalami sesak nafas sebelum dirujuk ke IJN untuk rawatan susulan, jam 9.50 malam.
Menurut anak beliau dalam kenyataan di Facebook, Muhammad Khalil mengesahkan bapanya stabil dan kini dirawat di IJN.
"Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi. Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat.
"Mohon doa daripada semua semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah, " katanya.
© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
solat hajat ni memang boleh diarah arah ke?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register