BTC USD 54,162.4 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadi Awang beri peringatan kepada umat Islam, termasuk Raja-Raja

Sponsored Post

Barua DAP tanya Pas dah sampai mana pindaan RUU355 dah dibuat langsung tak boleh nak jawab.

tu lah masalahnya

sebab sekarang jawatankuasa yg diarahkan oleh sultan selangor tgh buat kerja, jadi kita tunggu usaha dan kerja mereka selesai

pindaan perlembagaan kompetensi Dun utk gubal undang undang are on the way
tugas kita tunggu sementara pakar pakar tgh buat kerja
 
Polis buka kertas siasatan berhubung kenyataan Hadi​

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.
01 Mar 2024, 6:17pm

07ea9a60-razarudin-husain-fmt-070224-3.jpg
Polis menunggu waktu yang sesuai untuk mengambil keterangan Presiden PAS, Hadi Awang.

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan berhubung kenyataan presiden PAS, yang dikatakan boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata siasatan berhubung kenyataan Hadi Awang bertajuk “Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan” pada 20 Feb lalu itu dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Polis telah buka kertas siasatan membabitkan kenyataan dikeluarkan Hadi,” katanya, lapor Sinar Harian.

Razarudin berkata polis menunggu waktu yang sesuai untuk mengambil keterangan Hadi, memandangkan kesihatan beliau yang tidak begitu baik.

Seksyen 4(1) Akta Hasutan dengan empat pecahan menyentuh perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, perkataan menghasut, dan penerbitan menghasut.

Pada 29 Feb lepas, Pejabat Sultan Selangor di Facebook berkata kenyataan sinis Hadi, yang secara tidak langsung mengaitkan ucapan baginda dengan sikap raja-raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata, adalah amat tidak bersesuaian serta tidak beradab dari sudut budaya Melayu.

Kenyataan Hadi juga dikatakan mengelirukan, malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam.

Suatu surat dihantar Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Hadi pada 27 Feb lepas, yang antara intipatinya menyifatkan Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam ucapannya semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 15 Feb lepas.
 
494ba5cd8589e946385c75612bf37500.jpg

mk-small-logo-50.png

BERITA
Polis ambil keterangan presiden PAS esok

Diterbitkan: Mar 4, 2024 3:03 PM

Dikemaskini: 3:03 PM

Polis akan mengambil keterangan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat parti itu di sini esok berhubung kenyataan beliau bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' pada 20 Feb lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tarikh tersebut diberikan oleh pegawai khas Abdul Hadi selepas mendapati kesihatan Ahli Parlimen Marang itu semakin baik.

"Kita akan ambil keterangan beliau esok pukul 2.30 petang di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman antara Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din dengan Datuk Khaw Kok Chin serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Hazani Ghazali kepada Mohd Kamarudin di Pulapol Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Razarudin berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap Abdul Hadi berhubung kenyataan beliau yang disiarkan di portal berita milik PAS pada 20 Feb lepas yang didakwa ditujukan kepada beberapa pihak termasuk Raja-Raja Melayu.

Pada 29 Feb lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Abdul Hadi yang dipercayai ditujukan kepada alim ulama, para peguam, hakim, Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin Datuk Muhamad Munir Bani memaklumkan Sultan Sharafuddin menyifatkan Abdul Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 15 Feb lepas.

Susulan itu, baginda berkenan mengutus surat kepada Abdul Hadi menerusi Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Datuk Dr Ab Halim Tamuri.

Surat lima halaman itu antara lain menyebut kenyataan Abdul Hadi bukan sahaja mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini.
- Bernama
 
Last edited:

Abdul Hadi utus warkah Menjunjung Kasih kepada Sultan Selangor​

Mac 5, 2024 @ 3:35pm

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Foto fail NSTP
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Foto fail NSTP

PUTRAJAYA: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengutuskan warkah Menjunjung Kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pejabat Presiden PAS dalam kenyataan ringkas memaklumkan, warkah bertarikh semalam itu diserahkan kepada Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Muhamad Munir Bani.

"Adalah dimaklumkan bahawa suatu warkah Menjunjung Kasih kepada DYMM Sultan Selangor diutus dan diserahkan kepada Dato' Lela Bakti Setiausaha Sulit Baginda Tuanku, bertarikh 4 Mac 2024. Menjunjung Kasih Tuanku," menurut kenyataan ringkas yang dimuat naik di Facebook rasmi Abdul Hadi.

Pada 29 Februari lalu, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan Abdul Hadi yang ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, ahli-ahli parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi itu bertajuk Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan pada 20 Februari lalu di portal berita pas.org.my.

Menurut Muhamad Munir, baginda menzahirkan dukacita itu menerusi satu surat yang diutuskan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri bertarikh 27 Februari.

Surat lima halaman itu juga menyebut, kenyataan Abdul Hadi bukan sahaja mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

Baginda turut menasihatkan supaya Abdul Hadi lebih berhati-hati di masa hadapan agar tidak mengulangi perbuatan menghina Raja-Raja Melayu melalui kenyataan beliau yang boleh memecahbelahkan umat Islam di negara ini.
 
Saing2 DAP jugak ning. Minta maaf kira setel lah.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register