BTC USD 61,102.5 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Had umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun, kabinet setuju

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,310
Reaction score
15,061
Points
1,906
SPR akan mengambil langkah-langkah memastikan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pengundi secara automatik dapat dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan mahkamah.

Undi 18: Kerajaan akur keputusan mahkamah, putuskan tidak buat rayuan

21 September 2021

1632197051906.png

Wan Junaidi


KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan membuat rayuan berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang memutuskan Undi 18 perlu dilaksanakan menjelang 31 Disember tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 September lalu.

Justeru menurutnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil langkah-langkah memastikan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pengundi secara automatik dapat dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan mahkamah.

“Walaupun dengan kekangan dan kekurangan, SPR komited memastikan umur kelayakan pengundi 18 tahun, pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan berdasarkan keputusan mahkamah.

"Saya dapati dari sudut perundangan, tiada perbezaan pendirian pihak peguam negara dengan pihak mahkamah, kerana ia hanya memendekkan masa sebab dalam program awal SPR adalah pelaksanaannya sehingga September 2022, tetapi hakim tetapkan mesti disiapkan pada 31 Disember 2021.

"Saya telah berbincang dengan SPR agar patuh kepada arahan mahkamah. Saya maklumkan juga bahawa Jemaah Menteri pada 10 September, kita telah memutuskan yang kita tidak membuat rayuan kepada keputusan hakim," katanya di Dewan Rakyat, di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Gobind Singh Deo (DAP - Puchong) yang bertanya sama ada kerajaan akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dan langkah-langkah untuk memastikan ia berlaku.

Pada 3 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuching memerintahkan SPR dan kerajaan melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Disember tahun ini.


Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melaksanakan segera pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...4-9Tj30IurzPwRdJwbugFN6qTdmMGYkpzc3erAzi91C_M
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
DEWAN RAKYAT | Kerajaan Tidak Merayu Keputusan Undi 18

Kerajaan mengambil keputusan untuk tidak mengemukakan rayuan berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang memutuskan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik perlu dilaksanakan menjelang 31 Disember tahun ini.

 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,255
Reaction score
2,882
Points
201
Semakinmenuju kebaratan liberal nampak nya
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
UNDI 18 | Persiapan SPR Pinda Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam persiapan untuk melaksanakan pindaan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan berhubung umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,310
Reaction score
15,061
Points
1,906
UNDI 18 | Persiapan SPR Pinda Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam persiapan untuk melaksanakan pindaan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan berhubung umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.


tn TXT nak buka thread baru ke, since undi 18 tahun ni dah confirm?
nanti saya tambah kat situ
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
tn TXT nak buka thread baru ke, since undi 18 tahun ni dah confirm?
nanti saya tambah kat situ

Ok mek
Nanti saya bukak thread baru
Based on mek quote post saya tadi tu
 

MrDisc

Active+ Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,748
Reaction score
313
Points
46
Mungkin kerajaan nak kasi pembangkang menang pru akan dtg
Ngam juga statement nie...cuma kalo kalah pru nnti pembangkang sound gamen ckp kes meningkat sbb undi geng bwh 18 tak capai imuniti kompleks lagi...kena peluasan vaksin undi bawah umur lagi bang...:D

Selagi geng penjara tak masuk payah juga bang nak menang...yg menang undi rosak jek...:p
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register