BTC USD 32,855.7 Gold USD 1,777.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Had umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun, kabinet setuju

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,880
Reaction score
2,456
Points
201

Islam dan penentuan had umur​

03bh4ra_1617689827.jpg
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Foto fail NSTP
Kuala Lumpur: Pendidikan politik dan syarat-syarat kelayakan mengundi hendaklah digabungkan dengan had umur yang munasabah bagi melahirkan individu yang berintegriti untuk memilih kepimpinan berintegriti.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata syarat yang menetapkan kayu ukur umur saja tanpa meletakkan syarat-syarat keahlian lain terlalu banyak kekurangannya kerana Islam mensyaratkan soal keahlian dalam melaksanakan tugas tertentu yang mewajibkan iman, Islam dan akhlak.


"Sebagaimana yang menjadi amalan dalam demokrasi barat, ternyata sudah terdapat negara dikuasai dengan cara tidak bermoral dengan memilih orang yang tidak bermoral. Pada masa sama, melakukan pelbagai salah laku, rasuah, kongsi gelap, mafia, kartel dadah, samseng dan sebagainya.

"Kini, sudah terdapat contoh yang berlaku di negara barat paling maju yang mengamalkan demokrasi sudah melantik orang yang paling tidak berintegriti menjadi pemimpin setelah dipilih melalui pilihan raya," katanya menerusi Facebook.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, hanya mereka daripada kalangan mahu berkuasa dengan matlamat menghalalkan segala cara saja, akan mendukung prinsip siapa saja boleh menjadi calon dan mengundi untuk memenangkannya dalam pilihan raya tanpa mempedulikan akibat daripada langkah yang salah.

"Ambillah contoh yang baik, walaupun daripada sesiapa dan dari mana datangnya. Jangan menerima apa saja perkara, sekalipun ia perkara luar biasa dan di luar tabii manusia yang bijak dan waras. Sehingga pencetusnya dinamakan dengan ahli falsafah," katanya.

"Justeru itu, pendidikan politik dan syarat-syarat kelayakan mengundi hendaklah digabungkan dengan had umur sebagai satu cara yang bijaksana, matang dan sejahtera. Maka terlaksanalah slogan kepimpinan melalui teladan yang sudah dilupakan oleh Melayu yang mudah lupa," katanya.

Ulama yang berpandukan kepada petunjuk al-Quran dan Hadis membahagikan peringkat umur manusia bagi menentukan taklif atau menunaikan kewajipan mereka dari segi tahap kematangan dan kemampuan berperanan bagi diri, keluarga dan masyarakat kepada beberapa peringkat umur iaitu mumaiyiz, baligh dan 'al-rusyd'.

"Ulama menamakan peringkat ini dengan mumaiyiz, usia permulaan untuk seseorang itu mengerti antara perkara yang baik dan buruk dengan panduan mendidik.

"Kemudian peringkat seterusnya dikenali dengan umur baligh, sama ada dengan cara bermimpi kerana sudah bernafsu atau disebabkan kedatangan darah haid bagi anak perempuan atau sudah mencukupi umur 15 tahun
. Seterusnya pula dikenali dengan umur 'al-Rusyd', apabila seseorang itu berkemampuan untuk mentadbir serta menguruskan harta dan diri sendiri," katanya.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,030
Reaction score
12,943
Points
2,376
FB_IMG_1619667801670.jpg

Kerajaan komited bagi melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan ia sedang diusahakan agar dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata, perkara itu dibincang dan disahkan dalam Mesyuarat Kabinet semalam.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,880
Reaction score
2,456
Points
201

Kerajaan komited laksana undi 18 tahun​

April 29, 2021
26082020bill-696x392.jpg
Datuk Takiyuddin Hassan
PUTRAJAYA: Kerajaan amat komited untuk melaksanakan umur Kelayakan Pengundi 18 tahun sebagaimana pindaan kepada peruntukan Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui sebulat suara di Parlimen secara dwipartisan pada tahun 2019.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, hal ini telah dibincangkan dan disahkan dalam Mesyuarat Kabinet pada 28 April 2021 dan akan diusahakan agar dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Advertisement

Menurutnya, susulan keputusan tersebut, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan beberapa perkara lagi berkaitan peruntukan undang-undang tertentu dan juga perkara teknikal termasuk memperkemas kini sistem perisian yang diperlukan.

“Adalah jelas melalui ketetapan yang dibuat ini menunjukkan betapa kerajaan beriltizam untuk memberi peluang kepada golongan muda yang berumur tidak kurang 18 tahun menjadi pemilih dalam Pilihan Raya Umum ke-15 mahupun dalam mana-mana pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga yakin SPR sentiasa bersiap sedia dengan pelbagai persiapan untuk menguruskan proses pilihan raya dari segi logistik, sumber manusia serta penyesuaian berhubung prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan norma baharu pengendalian pilihan raya ekoran penularan Covid-19 di negara ini. – HARAKAHDAILY 29/4/2021
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,030
Reaction score
12,943
Points
2,376
UNDI 18 | Kerajaan Komited Laksana Tahun Dalam Tempoh Terdekat

Kerajaan menegaskan bahawa kelayakan mengundi umur 18 tahun akan diusahakan agar dapat dilaksana dalam tempoh terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) , Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, komitmen terhadap perkara itu dibincangkan serta disahkan dalam mesyuarat kabinet semalam.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,880
Reaction score
2,456
Points
201
Ayah Chik kluar IJN kang terkejut plak dia 😂
 

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
3,313
Reaction score
788
Points
81
owh.. tiba2 umur 18 tahun dah jadi matang untuk mengundi pulak..hahaha.. kalau nk kira matang ke tak yang umur 96 tahun pun tak tentu lg matang pemikirannya, ikutlah garis panduan dan dasar yang dah dipersetujui, kalau majoriti parlimen dah setuju undi 18, laksanakanlah.. masa kamu bentang dan lulus di parlimen rakyat tak menentang pun.. silakan.. tak dapat balik raya, dapat balik pilihan RAYA pun ok.. rakyat perhati je..
 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
11,918
Reaction score
1,643
Points
201
Bnyk xsemestinya betul sikit xsemestinya salah.....
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
22,172
Reaction score
2,923
Points
201
Setuju...kenapa Kabinet yg perlu setuju....bukannya Parlimen dan rakyat?...besar sgt kabinet berbanding parlimen?
 

miehensem

Legendary Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
15,873
Reaction score
1,574
Points
191

Islam dan penentuan had umur​

03bh4ra_1617689827.jpg
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Foto fail NSTP
Kuala Lumpur: Pendidikan politik dan syarat-syarat kelayakan mengundi hendaklah digabungkan dengan had umur yang munasabah bagi melahirkan individu yang berintegriti untuk memilih kepimpinan berintegriti.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata syarat yang menetapkan kayu ukur umur saja tanpa meletakkan syarat-syarat keahlian lain terlalu banyak kekurangannya kerana Islam mensyaratkan soal keahlian dalam melaksanakan tugas tertentu yang mewajibkan iman, Islam dan akhlak.


"Sebagaimana yang menjadi amalan dalam demokrasi barat, ternyata sudah terdapat negara dikuasai dengan cara tidak bermoral dengan memilih orang yang tidak bermoral. Pada masa sama, melakukan pelbagai salah laku, rasuah, kongsi gelap, mafia, kartel dadah, samseng dan sebagainya.

"Kini, sudah terdapat contoh yang berlaku di negara barat paling maju yang mengamalkan demokrasi sudah melantik orang yang paling tidak berintegriti menjadi pemimpin setelah dipilih melalui pilihan raya," katanya menerusi Facebook.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, hanya mereka daripada kalangan mahu berkuasa dengan matlamat menghalalkan segala cara saja, akan mendukung prinsip siapa saja boleh menjadi calon dan mengundi untuk memenangkannya dalam pilihan raya tanpa mempedulikan akibat daripada langkah yang salah.

"Ambillah contoh yang baik, walaupun daripada sesiapa dan dari mana datangnya. Jangan menerima apa saja perkara, sekalipun ia perkara luar biasa dan di luar tabii manusia yang bijak dan waras. Sehingga pencetusnya dinamakan dengan ahli falsafah," katanya.

"Justeru itu, pendidikan politik dan syarat-syarat kelayakan mengundi hendaklah digabungkan dengan had umur sebagai satu cara yang bijaksana, matang dan sejahtera. Maka terlaksanalah slogan kepimpinan melalui teladan yang sudah dilupakan oleh Melayu yang mudah lupa," katanya.

Ulama yang berpandukan kepada petunjuk al-Quran dan Hadis membahagikan peringkat umur manusia bagi menentukan taklif atau menunaikan kewajipan mereka dari segi tahap kematangan dan kemampuan berperanan bagi diri, keluarga dan masyarakat kepada beberapa peringkat umur iaitu mumaiyiz, baligh dan 'al-rusyd'.

"Ulama menamakan peringkat ini dengan mumaiyiz, usia permulaan untuk seseorang itu mengerti antara perkara yang baik dan buruk dengan panduan mendidik.

"Kemudian peringkat seterusnya dikenali dengan umur baligh, sama ada dengan cara bermimpi kerana sudah bernafsu atau disebabkan kedatangan darah haid bagi anak perempuan atau sudah mencukupi umur 15 tahun. Seterusnya pula dikenali dengan umur 'al-Rusyd', apabila seseorang itu berkemampuan untuk mentadbir serta menguruskan harta dan diri sendiri," katanya.

ritu dia sendiri dah setuju dengan undi 18.. ni tiba2 dok keluar dalil takmau buat pulak dah..

undi 18 tu dapat sokongan 2/3 majoriti ahli parlimen ayoh chik oii.. mmg kena buat dah.. hang dok putaq alam time la ni pun dah tak guna.. now time to implement je.. takyah banyak bunyi
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,928
Reaction score
1,891
Points
201
"Sebagaimana yang menjadi amalan dalam demokrasi barat, ternyata sudah terdapat negara dikuasai dengan cara tidak bermoral dengan memilih orang yang tidak bermoral. Pada masa sama, melakukan pelbagai salah laku, rasuah, kongsi gelap, mafia, kartel dadah, samseng dan sebagainya.

"Kini, sudah terdapat contoh yang berlaku di negara barat paling maju yang mengamalkan demokrasi sudah melantik orang yang paling tidak berintegriti menjadi pemimpin setelah dipilih melalui pilihan raya," katanya menerusi Facebook.

ni contoh kt US ke kt malaysia ni? tak wjud lagi undi 18tahun.. malaysia ni kes2 yg disebut tu x ada ke
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register