BTC USD 32,833.9 Gold USD 1,777.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Had umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun, kabinet setuju

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,662
Reaction score
941
Points
171
kau tak boleh nak fikir sendiri ke mana yg offtopic mana yg tak offtopic?

bodoh

maaf lah...saya tak tau "dah boleh kawin,bayar cukai dan kerja tu" TAK OFF TOPIC.
dan pil kuda dan ganja tu OFF TOPIC.

apa kriteria off topic ya wahai tuan yg bijaksana lagi arif ??
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
81,172
Reaction score
13,021
Points
1,906
pada 29/3, Dr Kamarul Yusoff menghantar surat tuntutan kepada TTKM

Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

· 29 Mac jam 4:03 PTG ·

"Sementara itu, editor Buletin TTKM menghubungi Dr Kamarul melalui aplikasi Whatsapp bagi mengesahkan bahagian mana yang difikirkan beliau adalah tidak betul di dalam laporan berita. Walaubagaimanapun, setakat ini tiada jawapan dari pihak beliau, cuma ‘blue tick’ sahaja."

Baca laporan penuh: https://ttkm.com.my/.../undi18-saya-arah-peguam-hantar.../

Undi18: “Saya arah peguam hantar surat tuntutan kepada Buletin TTKM” – Dr Kamarul


March 29, 2021 Buletin TTKM Berita 0

KAMARUL.jpg



Kuala Lumpur, 29 Mac: Pemerhati politik, Dr Kamarul Yusoff berkata beliau sudah mengarahkan peguamnya untuk menghantar surat tuntutan kepada Buletin TTKM atas laporan bertajuk “Undi18 tak perlu pinda perlembagaan negeri: Najib dan Saddiq sanggah ‘propaganda’ Dr Kamarul” yang disiarkan Buletin TTKM semalam.
Menurut Dr Kamarul, tiada di mana-mana tempat di dalam tulisan beliau yang bertajuk “Isu Undi18: Pakatan Harapan Umpama “Kokok Berderai-Derai, Ekor Bergelumang Tahi”” yang disiarkan pada 26 Mac 2021 yang mengandungi kenyataan bahawa “perlembagaan negeri perlu dipinda untuk menurunkan umur pengundi dari 21 tahun ke 18 tahun” seperti didakwa oleh Dato Seri Najib atau bahawa “Penurunan umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun PERLUKAN kelulusan DUN Negeri” seperti didakwa oleh Syed Saddiq.

Tambahnya lagi, isu sebenar yang ditimbulkan di dalam tulisannya ialah mengenai sikap tidak konsisten pemimpin Pakatan Harapan yang menerima satu aspek skop Undi18 tetapi menolak atau belum memutuskan menerima atau menolak aspek lain.

“Tindakan pihak-pihak yang menghentam saya kerana kononnya menyebarkan propaganda palsu untuk memperbodohkan orang ramai adalah satu fitnah jahat ke atas diri saya.” – Dr Kamarul Yusoff.
FB_IMG_1616841032565.jpg

Grafik dari Dr Kamarul menyatakan “Penurunan Had Umur Mengundi” dan “Calon Pilihanraya kepada 18 tahun

Sementara itu, editor Buletin TTKM menghubungi Dr Kamarul melalui aplikasi Whatsapp bagi mengesahkan bahagian mana yang difikirkan beliau adalah tidak betul di dalam laporan berita.
Ini kerana laporan yang disertakan adalah merupakan kenyataan dari Datuk Seri Najib dan Syed Saddiq yang boleh diakses di sini:
Najib Razak :




Syed Saddiq:




Walaubagaimanapun, setakat ini, tiada jawapan dari pihak beliau, cuma ‘blue tick’ sahaja.




Laporan penuh kami semalam: Undi18 tak perlu pinda perlembagaan negeri: Najib dan Saddiq sanggah ‘propaganda’ Dr Kamarul

Artikel penuh Dr Kamarul: ISU UNDI18: PH UMPAMA “KOKOK BERDERAI-DERAI, EKOR BERGELUMANG TAHI”

-Buletin TTKM-


 

midi2020

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
5,425
Reaction score
227
Points
83
deleted...
 
Last edited:

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,662
Reaction score
941
Points
171
kalau ku tak dapat membezakan sesuatu tu offtopic atau tak, maknanya kau ni bodoh..


Dalam otak tuan hanya ada perkataan "bodoh" saja kah?
berulang ulang sebut "bodoh":D

teruskan semuga tuan bahagia..
 

midi2020

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
5,425
Reaction score
227
Points
83
delet.....
 
Last edited:

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,030
Reaction score
12,943
Points
2,376
UNDI 18 | Cadang Proses Pengasingan, Pendaftaran Pemilih Automatik

Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah mengemukakan cadangan kepada Kabinet, bagi mengasingkan proses hak mengundi kepada mereka yang berumur 18 tahun dan pendaftaran pemilih automatik.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
81,172
Reaction score
13,021
Points
1,906
Undi 18: Akta Pilihan Raya 1958 harus dipinda terlebih dahulu

1 April 2021

MGF28042019_PESTA-SENI-BUDAYA-DAN-WARISAN-MINANGKABAU15.jpg

Dr. Rais Yatim

BANTING – Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19) harus dipinda terlebih dahulu, agar cadangan merangkumi pengundi berumur 18 tahun (Undi 18) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) boleh dilaksanakan, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.
“Apabila ada cadangan bagi umur 18 tahun untuk menjadi pengundi secara automatik, maka hendaklah Akta itu pun dipinda, tetapi itu tidak dipinda (manakala) peraturan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya juga tidak dipinda.




“Walaupun perlembagaan sudah dipinda di bawah Perkara 48 misalnya, masih tidak boleh dijalankan lantaran salurannya itu tidak disediakan. Jadi walaupun perlembagaan sudah dipinda tetapi tidak ada prasarananya menerusi undang-undang pilihan raya,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas hadir program gotong-royong bersama sukarelawan Yayasan Budi dan orang Asli di Mah Meri Cultural Village, Pulau Carey, di sini hari ini.
Rais berkata jawatankuasa PRU telah tertinggal sesuatu yang asas, iaitu asas peraturan dan undang-undang sampingan kepada pindaan perlembagaan yang dibuat.



“Undang-undang adalah persoalan pokok, dan itu mesti dilaksanakan dahulu dan jika tidak, tidak boleh dilaksanakan kehendak yang ramai itu.
“Oleh kerana undang-undang itu tidak dilaksanakan di peringkat prasarana, itulah yang saya pandang berat, justeru tidak boleh dipaksa mereka yang 18 tahun automatik menjadi pengundi,” katanya.
Rais berkata bagi beliau soal keberkesanan, faedah, dan risiko Undi 18 merupakan soal politik, bagaimanapun soal undang-undang harus dilaksanakan terlebih dahulu.- BERNAMA


 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,880
Reaction score
2,457
Points
201
18 anak muda mahu saman kerajaan kerana tangguh Undi18
Seramai 18 remaja berumur antara 18 hingga 20 tahun mahu menyaman kerajaan kerana menangguhkan pelaksanaan penuruhan had umur mengundi kepada 18 tahun.

Kumpulan pro-Undi18 Persatuan Pengundi Muda berkata mereka akan memfailkan semakan kehakiman terhadap perdana menteri, kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mereka akan memohon deklarasi mahkamah bahawa tindakan SPR menangguhkan Undi18 sebagai tidak rasional, tidak sah, tidak berpatutan dan merupakan pencabulan terhadap hak pengundi.

Mereka juga mahukan pengisytiharan bahawa pengundi berumur 18 ke 20 tahun berhak mengundi menjelang Julai 2021 serta memohon mahkamah membatalkan penangguhan itu.

Perkara itu diumumkan dalam kenyataan akhbar dan sidang media mereka di Kuala Lumpur hari ini.

“Undi18 (Persatuan Pengundi Muda) berpendirian teguh bahawa anak muda yang berumur 18 ke 20 tahun berhak untuk mengundi,” menurut persatuan itu.

Remaja terlibat termasuk aktivis muda Nurul Rifayah, 18, Rifqi Faisal, 18 dan Elisa Shafiqah, 19 dan Lim Yue Kin, 18
.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,030
Reaction score
12,943
Points
2,376
BERSATU | Gesa SPR Segerakan Kelayakan Undi 18 Tahun

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menyegerakan pelaksanaan pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 berhubung kelayakan mengundi pada usia 18 tahun.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register