BTC USD 61,098.7 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Had umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun, kabinet setuju

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
attachment.php


PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan umur kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Katanya, bagi mendapatkan persetujuan dua per tiga Dewan Rakyat untuk meluluskan pindaan tersebut, beliau akan bertemu dengan semua ahli Parlimen dalam kalangan belia tanpa mengira parti politik untuk menubuhkan Kaukus Belia.

"Melaui Kaukus Belia, anggota parlimen muda setiap parti akan berbincang bukan sahaja usul undi 18 tetapi juga berkaitan isu anak muda lain kerana walaupun mereka di sebelah pembangkang, kita perlu dapatkan input mereka dalam hal ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pascakabinet, di sini hari ini.
Syed Saddiq berkata beliau juga akan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai ketua-ketua pemuda semua parti politik di negara ini untuk membincangkan usul tersebut.

"Kita perlukan sokongan daripada mereka dan saya agak yakin khususnya apabila mereka mewakili anak muda, undi 18 ini diidam-idamkan oleh anak-anak muda Malaysia sejak dahulu lagi," katanya yang berharap perbezaan politik tidak akan menghalang mereka bersatu dalam usaha memperkasa anak muda di negara ini.

Ditanya sama ada usul pindaan itu akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang, Syed Saddiq perkara tersebut memerlukan perbincangan lanjut dengan semua pihak berkepentingan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, beliau yakin had umur mengundi 18 tahun akan dapat dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-15.

"Saya telah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan pemimpin pembangkang dan mereka juga bersetuju. Malah, kita lihat tindakan Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) juga menurunkan umur keanggotaan UMNO daripada 18 kepada 16 tahun," katanya.

Katanya, beliau juga sebelum ini bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya dan Peguam Negara Tommy Thomas bagi mendapatkan persetujuan berhubung usul itu.

http://www.astroawani.com/berita-ma...ur-mengundi-diturunkan-kepada-18-tahun-186009


Update #2

SPR: 32 parti politik setuju cadangan 18 tahun layak undi

October 31, 2018 4:10 PM

mengundi-pengundi-kotak-undi-spr-fmt-080918-1.jpg

Azhar Harun berkata, SPR memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan cadangan itu kerana ia membabitkan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

PUTRAJAYA: Sebanyak 32 parti politik berdaftar di negara ini bersetuju dengan cadangan menurunkan umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Harun.

Beliau berkata, parti politik itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 51 parti politik berdaftar yang menghantar wakil mereka dalam mesyuarat dengan SPR mengenai urusan pendaftaran pemilih yang julung kali diadakan hari ini.

“Tiada bantahan (daripada parti politik) terhadap cadangan tersebut,” katanya selepas mesyuarat itu di ibu pejabat SPR di sini.

Pada 19 September lalu, Kabinet bersetuju meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan umur layak mengundi kepada 18 tahun dan usul itu dijangka dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat November ini.

Azhar berkata, semua parti politik yang hadir turut bersetuju terhadap cadangan pendaftaran automatik, namun mereka meminta SPR mengkaji proses dan kesannya terhadap pengundi.

“Ini kerana, pendaftaran automatik akan ikut alamat kad pengenalan, jadi pengundi itu tidak boleh lagi balik Kelantan atau balik Klang mengundi. Itu saya rasa memerlukan pemahaman polisi, tetapi dari segi dasarnya cadangan ini mendapat sokongan.”

Mengenai tempoh 2 cadangan itu boleh dilaksanakan, Azhar berkata, SPR memerlukan sedikit masa memandangkan ia melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Mengenai gesaan supaya SPR melaksanakan persempadanan semula pilihan raya susulan bantahan terhadap proses yang dibuat tahun lalu, beliau berkata, ia hanya boleh dilaksanakan sekali dalam 8 tahun seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, SPR akan membuat analisis terhadap proses persempadanan semula bagi melihat sama ada ia dilaksanakan secara adil dan mengikut undang-undang.

“Kemudian jika didapati ia tidak adil atau tidak mengikut perlembagaan, saya ingin membuat cadangan tentang bagaimana ia sepatutnya dilakukan,” katanya sambil menambah sebuah jawatankuasa perlu ditubuhkan bagi mendapatkan pandangan, terutamanya ahli akademik dan ahli statistik.

Menurutnya, wakil parti politik terlibat turut meminta SPR mengecualikan bayaran bantahan terhadap Rang Daftar Pemilih RM10 bagi setiap bantahan dan RM100 jika bantahan ditolak.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...-politik-setuju-cadangan-18-tahun-layak-undi/
 

Attachments

  • undi.jpg
    undi.jpg
    10.5 KB · Views: 397
Last edited:
Sponsored Post

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,561
Reaction score
2,915
Points
206
wtf
betul2 nak secure undi ni
ade soh budak weechat mengundi
 

belam

Super Active Member
Joined
Jul 29, 2013
Messages
6,081
Reaction score
293
Points
81
mskdnya budak2 yg umor 14 skang (form 2) dah boleh start study politik sbb 4 tahun lg ley ngundi dah.hahahahhaha
 

blankoguy85

Super Active Member
Joined
Dec 14, 2011
Messages
7,580
Reaction score
66
Points
80
mudah2an mengundi dengan bijak...
untuk pembangunan negara akan datang..

aminnnnn..
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
23,281
Reaction score
3,530
Points
201
hahaha..mcm BN juga buat apa sahaja nak jaminan menang..:eek:

tapi kita tgk..geng mana yg akan ramai daftar undi...1/2 budak budak umur 18 ni..masih dok main basikal lajak pun ada....spender mak ayah beli pun ada lagi...adakah mereka ini akan cakna dgn hal mengundi ni...
 

oomoo

Active Member
Joined
Jan 28, 2011
Messages
1,219
Reaction score
96
Points
40
Kalo artis bertanding jd wakil rakyat..confirm menang. Budak wechat confirm undi sbb populariti.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register