BTC USD 57,588.1 Gold USD 1,794.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

H1N1: Dapatkan suntikan vaksin terbaru setiap tahun

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR 14 Dis. — Pakar pengawasan sistem immunisasi Jabatan Perubatan Mikrobiologi dan Immunologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datin Dr. Che Ilina Che Ishak menyarankan orang ramai sentiasa mendapatkan suntikan vaksin selsema bermusim formula baru setiap tahun.

Beliau berkata, formula sesuatu vaksin akan sentiasa bertukar bergantung kepada virus baru yang merebak kerana antibodi lama tidak mampu lagi melawan virus baru yang melanda.

Virus terbaru yang dijangka melanda adalah gelombang kedua influenza A(H1N1) namun Dr. Che Ilina berkata, buat masa ini keadaan di Malaysia masih selamat dari serangan wabak itu.

"Sudah lebih satu bulan negara kita tidak menerima kes berkaitan virus H1N1, tapi sekarang ini musim bercuti, ramai pelancong yang datang jadi kita harus berjaga-jaga,” katanya kepada pemberita pada bengkel vaksin H1N1 bersama media di sini hari ini.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register