hiduprakyat
Legendary Member

- Messages
- 19,126
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 19,126
- Reaction score
- 1,333
- Points
- 201
Guru wanita perkosa pelajar lelaki dalam bilik air
JAKARTA: Seorang pelajar sekolah berusia 15 tahun yang menjadi mangsa penderaan seksual seorang guru wanita di Grobogan, Jawa Tengah, kini trauma dan tidak berani ke sekolah lagi.
Suspek yang hanya dikenali sebagai ST, adalah seorang wanita yang tinggal di Desa Sedang Harjo, Karang Rayung, manakala mangsa, YS ialah pelajar gred sembilan di sebuah sekolah di Grobogan.
ST dilaporkan memaksa YS melakukan perbuatan tersebut di rumahnya.
“Sejak di darjah lapan, YS terpaksa akur dengan permintaan guru agamanya. Selama ini, penduduk menyangka mangsa sedang mengaji al-Quran di rumah guru agama itu.
“Mereka telah melakukan persetubuhan di rumah tertuduh sebanyak 10 kali,” kata penduduk.
Perbuatan terkutuk itu akhirnya terbongkar apabila penduduk Grobogan, Jawa Tengah, menangkap seorang guru wanita yang sedang melakukan hubungan seks dengan pelajar di dalam bilik air rumahnya.
Selepas disiasat, ternyata guru itu sudah dua tahun melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa.
Artikel
