BTC USD 81,886.7 Gold USD 3,035.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru wanita hamil selepas rogol budak lelaki umur 12 tahun, anak luar nikah kini dijaga nenek

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,835
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,835
Reaction score
1,393
Points
201
6300775589862294019_121.jpg


Guru wanita hamil selepas rogol budak lelaki umur 12 tahun, anak luar nikah kini dijaga nenek

SEORANG guru wanita yang hamil selepas merogol kanak-kanak lelaki dihukum penjara selama 25 tahun.

Alissa McCommon 38, membuat pengakuan bersalah pada Jumaat selepas dibicarakan atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun.

Guru dari Tennessee, Amerika Syarikat itu diarahkan mendaftar sebagai pesalah seks, malah lesen mengajarnya turut dibatalkan.

Mahkamah turut memerintahkan McCommon untuk tidak berhubung dengan mangsa serta anaknya yang lahir melalui hubungan terlarang itu.

Anak McCommon kini berada dalam jagaan neneknya.

Untuk rekod, siasatan ke atasnya dibuat pada 2023 selepas seorang remaja lelaki berusia 16 tahun membuat laporan polis.

Dedah remaja itu, dia pernah melakukan hubungan terlarang dengan wanita berkenaan ketika berusia 12 tahun.

McCommon ditangkap pada 8 September tahun lalu dan turut mempunyai 21 mangsa secara keseluruhan, berumur antara 12 dan 17 tahun. - Agensi.

Isnin, 23 Disember 2024 11:45 AM

Kredit ➡️ mStar Online
 
Back
Top
Log in Register