Guru rugi RM105,461 terpedaya sindiket pinjaman tak wujud

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,193
Reaction score
4,250
Points
201
SEREMBAN: Seorang guru wanita di sini kerugian RM105,461 angkara terpedaya dengan sindiket pinjaman tidak wujud, selepas membuat 30 kali transaksi di internet.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani, berkata mangsa berusia 36 tahun itu terpedaya dengan sindiket terbabit 24 Ogos lalu.

Katanya, pada hari kejadian jam 7 malam ketika berada di No 91, D CHU Ward, Bahau Jempol, dekat sini, mangsa melayari Facebook.

"Mangsa terbaca satu pautan iaitu Rakan Mas Credit Finance dan tertarik dengan tawaran itu serta bersetuju membuat pinjaman RM10,000.

"Dia kemudian menghantar salinan kad pengenalan dan slip gaji melalui aplikasi WhatsApp kepada dua individu iaitu bernama Elwin di nombor 0111-51503204 dan Allen di nombor 013-9650255.

"Tidak lama selepas menyerahkan dokumen itu, mangsa diberitahu pinjaman diluluskan, namun dia perlu membuat bayaran bagi duti setem, bayaran kewangan, yuran pemprosesan, yuran perjanjian dan internet," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa membuat bayaran melalui dalam talian kepada 12 akaun bank yang berbeza-beza sebanyak 30 kali tranksaksi berjumlah RM105,461.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun rasa tertipu kerana Allen sering kali meminta memasukkan wang.

"Selepas menyedari menjadi mangsa penipuan, beliau tampil membuat laporan polis di Balai Polis Bahau, semalam.

"Hasil siasatan awal, pihak polis mendapati mangsa terpedaya dengan sindiket pinjaman tidak wujud melalui Facebook yang membuat bayaran pemprosesan pinjaman sebanyak RM105,461 melalui 30 kali transaksi dengan 12 akaun bank atas nama berbeza," katanya.

Aibee berkata, aktiviti penipuan pinjaman wang ini semakin membimbangkan dan perkara ini boleh dibendung sekiranya lebih berwaspada dengan tipu helah.

Katanya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan sabit kesalahan boleh dipenjara antara setahun hingga 10 tahun dan dengan sebat serta denda.

 
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,760
Reaction score
2,046
Points
201
kenapa dari awal lagi tak fikir...adoi lah.....Cikgu tu...
 

belam

Super Active Member
Joined
Jul 29, 2013
Messages
5,848
Reaction score
236
Points
73
nak pjam 10k rugi 100k...kenot brain
 

aisyah hakim

Freshie
Joined
Oct 22, 2020
Messages
10
Reaction score
0
Points
8
jgn percaya dgn pinjaman yg x ada lesen, byk yg main tipu punya
 

evensee

Freshie
Joined
Oct 22, 2020
Messages
11
Reaction score
0
Points
3
mau pinjam wang tapi kena bayar dulu, ada macam ni punya kah?
 

azmer29

Freshie
Joined
Aug 30, 2019
Messages
3
Reaction score
0
Points
13
penipu tu memang mengeramkan...kenapa tipu org pada waktu ni
 

ahimsa99

Fun Poster
Joined
Oct 31, 2013
Messages
956
Reaction score
37
Points
20
Macam tak logik..antara jv atu skim cepat kaya kot ni..
 

cropok

Active Member
Joined
Mar 30, 2018
Messages
1,671
Reaction score
423
Points
51
logic.exe has stopped working.
 

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,777
Reaction score
856
Points
86
Dalam 100 panggilan/pujukan scammer, 1 pasti akan kena.
1 yang kena tu bersamaan setahun gaji.
Tu sebab scammers ni tak berhenti dan tak kesah masyarakat nak kutuk dia.
Kalau siapa rajin lihat kat Youtube, pelawak/pengacara Daniel selamba tanya scammer, “ hari ni berapa dah kena?”
Scammer jawap baru 3,4 orang 😝
 

azmer29

Freshie
Joined
Aug 30, 2019
Messages
3
Reaction score
0
Points
13
fikiran dia tak ada yang logik....dia punya logik out...haha
 
Sponsored Post
Top
Log in Register