Guru rogol 11 pelajar

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
BEIJING 31 Dis. - Polis menahan seorang guru di bahagian tengah China atas dakwaan merogol 11 gadis berumur antara sembilan dan 14 tahun di sekolah mereka.

Liu Xianhong yang berusia lingkungan 50-an didakwa merogol gadis-gadis tersebut di sekolah rendah pekan Jinwutang, wilayah Hunan, lapor akhbar Beijing News.

Jurucakap polis di daerah Suining, yang dikenali dengan nama keluarga Liu, tempat terletaknya sekolah terbabit mengesahkan penahanan tersebut ketika dihubungi oleh AFP melalui telefon.

Menurut akhbar tersebut, gadis-gadis berkenaan telah dihantar ke asrama oleh ibu bapa mereka yang mendapat pekerjaan di tempat lain dan menyerahkan tanggungjawab penjagaan mereka sepenuhnya kepada pihak sekolah.

Insiden tersebar selepas seorang daripada gadis tersebut jatuh sakit dan mendedahkan berlaku penganiayaan kepada seorang rakan sekelasnya.

Keluarga pelajar itu kemudian memberitahu kepada ayah mangsa yang selepas kembali ke kampung mendesak supaya siasatan dijalankan.

Sekolah terbabit cuba menyembunyikan jenayah tersebut dengan membayar 200 yuan (RM 100) kepada setiap pelajar terbabit supaya menutup mulut, tetapi ahli keluarga marah dan mula menyiarkan insiden tersebut di Internet. - AFP
 
Sponsored Post

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
selang sorang ke atau sekali gus?
 

iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,810
Reaction score
114
Points
73
aku ingat blaku kat Malaysia tadi. fuhh
 

GaliGold

Fun Poster
Joined
Jan 1, 2010
Messages
332
Reaction score
1
Points
15
gilez...ar manusia sekarang,anak murid pun jadi mangsa,nafsu menda la sampai mcm tu sekali
 

erDrAg00n

Moderator
Joined
Dec 22, 2007
Messages
13,729
Reaction score
5
Points
120
pergh....
siap sekolah tolong cover lg...
 

gandaduit

Super Active Member
Joined
Mar 26, 2008
Messages
8,486
Reaction score
38
Points
80
mkn biawak ni.,...isk isk..gila gila
 
Sponsored Post
Top
Log in Register